7 Perkara Dapat Dipelajari Apabila Anda Meluangkan Masa untuk Diri Sendiri

Mar 31, 2020 3 Minit
lintas jalan, orang, kepentingan masa untuk diri

Kita sudah biasa hidup dikelilingi ramai orang – dan ia membuatkan kita lupa akan kepentingan meluangkan waktu untuk diri sendiri. Kita lupa untuk melihat dan menjaga diri kita. Jadi, untuk itu, kita seharusnya mempunyai masa untuk diri sendiri dan anda dapat melihat banyak perkara yang dapat dipelajari dengan meluangkan masa lebih pada diri sendiri dan anda akan mengenal dan menghargai diri anda dengan lebih dalam.

1. Masa pemulihan

Tidak mengira siapa kita, termasuk individu yang ekstrovert – kita pasti memerlukan masa dan ruang untuk diri sendiri untuk pulih dan recharge. Ketenangan dari segi mental pasti ada jika anda memberi ruang pada diri sendiri untuk memulihkan diri daripada kehidupan harian yang sangat tertekan.

2. Melakukan Sesuatu Mengikut Keputusan Anda

Ia lebih seronok jika kita dapat meluangkan masa bersama orang lain, tetapi ia memerlukan banyak kompromi. Setiap pendapat atau idea yang anda miliki anda harus menunggu persetujuan yang lain. Menyendiri membolehkan anda untuk melakukannya dengan mudah, apa yang anda mahu dan bila anda mahukannya. Anda boleh berpakaian seperti apa yang anda mahu, makan apa sahaja yang anda inginkan dan melakukan sesuatu kerja dengan bermakna.

3. Belajar untuk Percaya Diri Sendiri

Kebebasan bermaksud anda melakukan mengikut kemahuan anda; ia adalah kelebihan untuk mempercayai naluri sendiri dan dapat berfikir dengan lebih jelas, tanpa diganggu atau tekanan daripada individu lain. Menyendiri dapat membantu anda untuk lebih mengenali siapa diri anda, mengetahui apa yang anda mahukan, dan mengetahui apa yang baik untuk anda. Ia mengajar anda untuk lebih mempercayai diri sendiri.

Ketika dikelilingi orang lain, sama ada anda sedar atau tidak, anda membiarkan orang lain untuk mengawal reaksi untuk anda rasa dan bertindak. Tetapi ketika anda berseorangan, ia hanya bergantung pada anda. Anda mempunyai idea dan pendapat sendiri, tanpa ada individu lain yang harus bersetuju dan menunggu pendapat mereka.

Jika anda menikmati masa sendiri, maka anda dapat mengetahui banyak perkara yang anda dapat lakukan tanpa ada gangguan daripada orang lain.

4. Meningkatkan kecerdasan emosi anda

Emotional intelligence (EQ) – kecerdasan emosi adakah mengetahui dan memahami emosi sendiri dan orang lain dan juga kebolehan tindak balas anda untuk lebih peka bagaimana mengurus tingkah laku dan hubungan. Ramai yang telah diuji dan 90% daripadanya mempunyai EQ yang tinggi.

Kesedaran diri ialah asas kecerdasan emosi, dan anda tidak dapat menaikkan EQ anda tanpa itu. Memandangkan kesedaran diri memerlukan kefahaman emosi dan bagaimana anda memberi reaksi kepada pelbagai orang dan situasi, ini memerlukan refleksi yang teliti, dan refleksi terbaik ialah ketika anda menyendiri.

5. Memberi keyakinan diri

Menikmati masa sendiri dapat meningkatkan keyakinan diri. Jika anda rasa bosan dan sunyi, ia lebih mudah bagi anda untuk berfikir jika anda bosan bersendirian atau anda memerlukan orang bersama dengan anda untuk berseronok. Belajarlah untuk menikmati masa sendiri, ia juga bagus untuk keyakinan diri kerana anda belajar untuk merasa anda sebenarnya sudah cukup baik.

6. Anda akan menghargai kehadiran orang lain lebih dalam

Ketidakhadiran seseorang membuatkan anda rasa rindu terhadap mereka. Ketika anda menyendiri, ia memberi masa untuk anda melihat keseluruhan gambar di dalam kehidupan, dan ia membantu untuk anda menghargai dan berterima kasih lebih pada mereka yang telah hadir di dalam kehidupan anda.

7. Banyak Perkara Boleh Diselesaikan

Kita selalu mendengar “bekerjasama supaya dapat meringankan beban” dan mungkin ia benar jika kita melakukan tugas bergotong-royong, kerana kita memerlukan semua orang untuk bekerjasama. Dalam masa yang sama, ia sangat berbeza jika dibandingkan tugas yang harus perlu tolak ansur ramai orang. Bahkan keberkesanan melakukan perbincangan (brainstorming) adalah lebih banyak mitos.

Tekanan secara kognitif ialah kerana kecendurungan bagi mereka yang bekerja kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu projek dan terperangkap dengan idea orang lain, mengehadkan keupayaan yang baru yang mungkin boleh digunakan, dan lebih ramai orang membuatkan semua orang seperti hendak bersaing antara satu sama lain. Meluangkan masa sendiri bukan sahaja dapat mengurangkan gangguan lain tetapi dapat mengelakkan masalah daripada ramai orang.

Kebaikan

Marilah kita bersama-sama mengambil masa yang ada sekarang untuk meluangkan lebih masa untuk diri sendiri. Gunakan peluang yang ada untuk mengenali diri anda lebih lagi.

 

Untuk membaca dalam Inggeris, klik 7 Incredible Things That Happen Once You Learn to Love Being Alone. Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Alt
Dr Travis Bradberry adalah penulis bersama pemenang penghargaan dari buku terlaris #1 yaitu 'Emotional Intelligence 2.0, dan pendiri dari TalentSmart, penyedia tes dan pelatihan kecerdasan emosional terkemuka di dunia. Melayani lebih dari 75% perusahaan Fortune 500. Buku terlarisnya sudah diterjemahkan dalam 25 bahasa dan bisa didapatkan di lebih dari 150 negara. Dia telah menulis untuk Newsweek, TIME, BusinessWeek, Fortune, Forbes, Fast Company,Inc., USA Today, The Wall Street Journal, The Washington Post, dan The Harvard Business Review.
Alt

Cadangan Buat Kamu

Keseimbangan kerja dan kehidupan

Mengutamakan Kesejahteraan Pekerja untuk Pengalaman Pekerja yang Positif

Oleh Lee Nallalingham. Kesejahteraan pekerja adalah penting untuk mengoptimumkan output mereka, baca lebih lanjut untuk mengetahui cara menyediakan persekitaran yang menyokong untuk keseimbangan kerja-kehidupan mereka.

Jul 16, 2023 3 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Berbaloi Mengotori Tangan Anda

Kepimpinan hanya boleh dipelajari dan dibentuk dalam proses mengotori tangan melalui pengalaman hidup. Konteks membentuk kebolehan kepimpinan. Tontonilah video ini.   Untuk membaca artikel berkaitan, klik Mengotori Tangan Anda.

Jul 17, 2017 4 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest