Bekerja Dari Rumah? Cara-cara Mengehadkan Masa Bekerja dan Kehidupan

Apr 30, 2020 3 Minit
bekerja dari rumah

Bekerja dari rumah sememangnya memberi banyak kelebihan. Tidak perlu tergesa-gesa untuk ke satu tempat dan ke tempat yang lain dan mempunyai banyak waktu untuk membuat senaman (atau tidur); jadual kita menjadi lebih fleksibel; tiada gangguan di pejabat, dan kita juga berpeluang untuk berpakaian lebih selesa.

(Tetapi, beringatlah jika anda mengambil bahagian di perjumpaan online bersama pelanggan anda mungkin tidak mahu dilihat memakai baju tidur Superman anda…)

Sementara kita mempunyai manfaat bekerja di rumah, ia juga ada keburukannya. Di artikel ini, kita akan fokus terhadap cabaran yang dihadapi oleh segelintir orang yang ada masalah diantara bekerja di rumah dan kehidupan di rumah apabila kedua-dua di bawah bumbung yang sama.

Mari kita menyelami dengan lebih dalam untuk mencari tip yang boleh menjaga masa terluang anda selepas bekerja.

Secara sedar mewujudkan batas anda

Perjalanan pulang kita dari pejabat mempunyai jarak psikologi dan psikologi dari tempat kerja. Bekerja dari rumah tidak membolehkan anda berbuat begitu, dan sangat penting untuk mencipta jarak psikologi tersebut.

Bekerja dari rumah mempunyai masalah yang tersendiri. Jika masa kerja anda sudah selesai, lakukan aktiviti yang menyenangkan anda dan menjauhkan anda daripada terus berfikir untuk meneruskan kerja. Saya suka meluangkan masa selama 30 minit untuk bermain gitar, dan anda boleh buat perkara yang membantu anda untuk bersantai.

Ada game online yang boleh membantu anda untuk berehat, jika itu adalah kesukaan anda; anda boleh mendengar lagu kegemaran anda atau membaca buku; melukis atau mewarna; gunakan aplikasi yang boleh memberi ketenangan kepada anda; atau, meluangkan masa bermain bersama haiwan peliharaan anda. Apa pun pilihan anda, buatlah perkara yang anda nikmati supaya boleh membantu anda membataskan waktu kerja dan masa lapang anda.

Membuat jadual untuk diri sendiri

Ia adalah penting untuk menjaga masa anda; jika tidak, orang lain akan mengambil kesempatan terhadapnya. Anda boleh melakukan secara terbuka,  dan anda boleh meletakkan tanda pada masa lapang di Google Calendar atau Outlook Calender. Anda juga boleh mengehadkan masa untuk berhubung tentang perkara kerja selepas waktu bekerja.

Melainkan ia adalah sangat penting. Kerja boleh dibawa ke hari seterusnya. Jika anda mendapati bahawa diri anda rasa bersalah atau tidak pasti, bayangkan anda adalah kawan anda, yang anda sedang cuba bantu. Apakah yang anda akan beritahu kepada mereka? “Anda patutnya terus bekerja sehingga ke hujung nyawa?!” Mungkin tidak.

Anda pasti akan memberi nasihat yang membantu mereka – mereka berhak mendapatkan rehat, selepas semua kerja keras mereka lakukan dan begitu juga anda.

Belajar untuk mengatakan “Tidak”

Sejak dari kanak-kanak lagi kita telah dipupuk sikap untuk menolong orang lain dan mengutamakan orang lain selain kita. Jika dilihat ia adalah perbuatan yang baik. Tetapi, mengatakan “Ya” kepada semua permintaan yang anda terima, akhirnya akan memberi risiko pada diri sendiri.

Inilah sebabnya penting untuk belajar mengatakan ‘Tidak’, sebabnya anda boleh menjaga masa lapang, anda untuk mengumpulkan semula tenaga dan memberi yang terbaik kepada yang lain selepas itu.

Sudah pasti, ini tidak bermaksud anda harus menolak semuanya. Sebaliknya, ini adalah untuk memperhatikan apa yang dapat anda lakukan dan selalu anda lakukan. Memilih untuk berkata ‘Tidak’ adalah satu komitmen yang tidak selesa diambil untuk menjaga masa anda. Ada beberapa tip untuk belajar mengatakan ‘Tidak’.

Luahkan perasaan anda

Ia bukanlah perkara yang mudah untuk berkata ‘Tidak’ kepada orang, dan kadang-kadang anda mungkin rasa bersalah kerana berkata sedemikian.

Cubalahh cara yang efektif ini. Apabila fikiran anda berkata “Kamu pentingkan diri sendiri. Bagaimana kamu boleh mengatakan tidak? Kamu hanya duduk!”, dan balas dengan berkata, “Terima kasih untuk pendapat anda, fikiran. Untuk sekarang, saya mahu berehat dan melakukan perkara yang membuat saya gembira, supaya nanti saya boleh menjadi yang terbaik untuk orang lain.”

Daripada terus melawan apa yang bermain di fikiran anda (menghasilkan keputusan yang memenatkan) membiarkan mereka datang dan pergi. Ketahui bahawa anda yang mengawal akan apa yang anda perlu lakukan, bukan fikiran anda.

Nikmati masa lapang anda

Di buku beliau, The Top Five Regrets of the Dying, Bronnie Ware menyelidiki penyesalan yang paling biasa dikongsi oleh pesakit yang berusia ketika di kawalan penjagaan paliatif. Ini adalah lima penyesalan yang sentiasa diperkatakan dan berterusan, dan mereka mengajar kita perkara yang penting: masa yang kita ada sekarang, perlu dinikmati daripada ‘digunakan’.

Kerja dan komitmen yang lain juga penting, tetapi hidup kita merangkumi segala-galanya. Pastikan anda menikmati, setiap detik, ketika bersama keluarga atau orang tersayang; menikmati aiskrim yang sedap; menonton drama atau movie yang lucu di Netflix; mendaki di pagi sabtu dan menikmati pemandangan dan ketawa bersama kawan-kawan.

Jadi,hargailah masa yang anda ada dan ingat, perkara yang membawa anda kepada kegembiraan bukanlah ‘rasa bersalah’ – ia adalah ramuan yang bermakna ditambah di kehidupan.

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni, Perwatakan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Kerjaya

Melebihi Gaji dan Faedah: Mengapa Perbualan Kerjaya Penting

Winnie Jiang, Claire Harbour dan Antoine Tirard. Pelajari seni perbualan kerjaya—integral kepada kejayaan bersama apabila pekerja berasa dihargai, bermotivasi dan komited. Kisah sebenar, cerapan dan petua praktikal untuk mengubah pendekatan anda terhadap pengurusan bakat.

Feb 05, 2024 5 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Akui Kesilapan Di Tempat Kerja: 10 Cara Terbaik

Kita tidak boleh lari dari kesilapan. Biarpun naluri kita akan lazimnya mempertahankan diri tetapi sekiranya kita bersalah, akuilah kesilapan itu. Tontoni video TOP 10 untuk belajar cara-cara mengakui kesilapan di tempat kerja.

Aug 09, 2017 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest