Oleh MEGUMI MIKI

Ketika di tanya, pernahkah di kalangan mereka di minta untuk menjadi “lebih yakin”, kebanyakan tetamu di golongan wanita atau individu yang lebih profesional, sekitar 40-60% yang mengangkat tangan. Ketika diminta untuk terus mengangkat tangan sekiranya mereka merasa lebih yakin apabila diberitahu untuk “lebih yakin” ramai di antara mereka menurunkan tangan.

Sesetengah individu yang pendiam mungkin kelihatan seperti kurang keyakinan diri, tetapi mungkin mereka lebih selesa untuk diam, menjadi lebih berhati-hati dengan kata-kata atau cara mereka berfikir. Mereka tidak memerlukan perhatian dari orang ramai kerana sebenarnya mereka mempunyai keyakinan yang tinggi.

Sementara itu, individu yang lebih banyak bercakap tidak bermaksud mereka mempunyai keyakinan yang lebih. Sesetengah individu bercakap banyak kerana bimbang atau mencari perhatian.

Anda juga mungkin dapat melihat individu yang kelihatan begitu yakin tetapi disebaliknya mereka akan bersikap difensif ketika menerima sebarang komen. Di situ kita dapat melihat contoh di mana sikap luaran yang tidak sepadan dengan tahap keyakinan dalaman yang ada.

Ia agak berbahaya kepada pemimpin yang kelihatan yakin tetapi disebaliknya tiada keyakinan diri di dalam dan cuba untuk menutupi dengan pelbagai cara agar kelihatan yakin di depan orang ramai. Mungkin anda pernah meilhat banyak contoh bahawa ramai pemimpin gila kuasa, tidak mendengar, menyalahi orang lain dan mengambil kesempatan daripada orang lain juga.

Keyakinan = kebolehan = pemimpin-seperti

Minda kita mudah di pengaruhi oleh kesan “awestruck”, di mana kita gagal berfikir secara rasional dan sebaliknya terpedaya oleh individu-individu yang yakin dan berkarisma.

Di samping itu, kita juga dinasihati pakar psikologi untuk berhati-hati dengan kesan “Dunning-Kruger” di mana mereka yang kurang berprestasi di tempat kerja tetapi lebih konfiden dengan kebolehan masing-masing berbanding mereka yang berprestasi tinggi.

Mungkin kadang kala anda pernah terfikir atau mendengar “Saya tidak begitu yakin untuk melakukan xxx.” Ini berpotensi untuk kita membuat andaian bahawa individu seperti ini harus yakin untuk mengambil tindakan yang berani.

Untuk membina keyakinan diri, kita haruslah berani mengambil tindakan. Jika anda tidak mula mengambil langkah, maka anda berpotensi kehilangan keyakinan diri dengan mudah. Oleh itu, kita perlu mempunyai sokongan yang lebih supaya kita mempunyai keberanian.

Perkara yang kita harus ubah adalah memberitahu individu untuk jadi “lebih yakin” kerana itu menyebabkan mereka rasa lebih bimbang. Dan perasaan itu akan mengganggu mereka, kerana berkemungkinan individu tersebut merasa seperti dikritik, atau menimbulkan perasaan ragu-ragu terhadap diri mereka. Jadi apa yang harus dilakukan?

Berdasarkan kebanyakan temu bual bersama pemimpin yang mempunyai sifat pendiam adalah senjata rahsia dalam sikap memimpin, di sini ada beberapa pilihan.

1. Periksa spekulasi anda

Periksa – bagaimana anda membuat andaian jika seseorang itu yakin pada diri sendiri atau tidak. Jika kerana seseorang tidak begitu banyak bercakap atau kelihatan seperti cemas tidak bermaksud mereke tidak mempunyai keyakinan diri.

Berhati-hati ketika membuat andaian terhadap seseorang. Tidak bermaksud kerana seseorang individu tidak bercakap banyak bermakna beliau seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri, begitu juga disebaliknya jika seseorang individu bercakap banyak tidak bermakna beliau seorang yang begitu berani.

Di samping itu, kita percaya setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri. Cabar diri anda, bagaimana anda boleh menggunakan kelebihan diri anda dengan baik dan bersikap rendah diri.

2. Beri fokus terhadap kelebihan dan kemahiran anda

Lebih baik kita menyokong seseorang individu untuk lebih fokus akan kelebihan dan kemahiran mereka daripada meminta mereka untuk menjadi lebih yakin contohnya, mungkin and membantu individu tersebut tentang “cara-cara berkomunikasi didalam kumpulan” tetapi sesetengah individu kekuatan mereka ada di dalam diri mereka.

3. Memberi galakkan kepada individu yang memerlukan

Kita juga boleh menolong mereka dengan memberi pendapat dimana mereka boleh membuat uji kaji dahulu. Mulakan dengan perkara yang kecil, keluar dari zon selesa. Selain itu, mereka boleh membuat refleksi dan belajar, terus berusaha untuk membentuk diri.

Pemimpin yang mempunyai perwatakan yang lebih diam dan rendah hati ialah pemimpin yang hebat. Mereka memberi lebih fokus terhadap tujuan yang perlu dicapai.

 

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Stop Telling People to “Be More Confident” 

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Please enter your name here