Cara Berhubung Dengan Pekerja Merentas Generasi Yang Pelbagai

Oct 07, 2019 3 Minit
pasukan, kerjasama, perhubungan antara pekerja

Mempunyai organisasi perniagaan yang berjaya merupakan impian setiap usahawan. Di tempat kerja, para pekerja tergolong dalam kalangan generasi yang pelbagai dan perhubungan sesama mereka kadang kala tidak semuanya baik. Generasi yang berbeza ini mempunyai cara tersendiri dari segala aspek yang boleh mempengaruhi pengurusan sesebuah organisasi.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk memastikan para pekerja mereka bergaul dengan baik. Ia dapat menurunkan risiko perolehan, meningkatkan kepuasan pelanggan, lalu memberi peluang kejayaan yang lebih tinggi untuk organisasi. Tidak kira apa jua kumpulan yang ada, terdapat beberapa cara untuk menjalin hubungan pekerja merentas generasi yang pelbagai ini.

1. Melayani semua orang sebagai individu 

Cara seseorang menilai keadaan yang berlaku atau orang lain di sekeliling sering dipengaruhi oleh persepsi mereka sendiri atau norma-norma budaya. Personaliti seseorang pula dibentuk oleh pengalaman yang lepas atau yang sedang dilalui dari semasa ke semasa, berserta keperibadian kendiri. Seiring dengan stereotaip terhadap sesebuah bangsa, etnik serta jantina, stereotaip seseorang terhadap suatu generasi juga tidak mewakili keseluruhan perkara sebenar.

Adalah penting untuk pihak atasan memberikan contoh yang baik demi kebaikan perhubungan pekerja merentas generasi yang pelbagai di tempat kerja. Salah satu tip ialah untuk melayani semua orang sebagai individu, tidak kira generasi atau umur. Praktikkan amalan soal dan dengar bagi lebih memahami pemangkin peribadi seseorang dengan lebih baik.

2. Ambil masa untuk berhubung dengan semua

Kebanyakan pekerja berpendapat bahawa hubungan positif yang terjalin antara rakan sekerja bersama pihak pengurusan sedikit sebanyak membantu mereka untuk berasa lebih produktif di tempat kerja.

Pihak pengurusan semestinya mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk hubungan yang baik di antara semua di sesebuah organisasi. Walaupun ia mengambil masa untuk berkomunikasi dengan semua, mereka seharusnya mengambil inisiatif untuk memahami secara mendalam apa yang mendorong para pekerja, dan cuba memberikan penyelesaian untuk memenuhi keperluan masing-masing.

Berkaitan: Mencipta Hubungan: Satu Cara Pemberian

3. Beri perhatian

Memberi perhatian merupakan antara elemen penting dalam menghubungkan pekerja merentas generasi yang pelbagai. Melalui perhatian yang diberi, seseorang dapat mengenali rakan sekerja mereka dengan lebih baik seperti apakah yang membuatkan mereka teruja, apakah perkara yang mereka tidak sukai dan sebagainya.

Sebagai pihak pengurusan yang prihatin, sikap ini dapat membantu anda memberi perhatian terhadap nuansa suara yang berbeza. Ia dapat memberi gambaran yang mendalam tentang cara yang betul untuk memotivasikan kesemua generasi yang terlibat.

Menerusi bengkel, bimbingan dan perundingan pembangunan kendiri, pihak pengurusan dapat mewujudkan perasaan tanggungjawab bersama untuk menghubungkan rakan sekerja merentas generasi yang pelbagai dengan baik, lantas mewujudkan budaya tempat kerja yang lebih positif buat semua.

4. Elakkan stereotaip dan berat sebelah

Untuk menjayakan sesebuah pengurusan organisasi, amat penting untuk kita tidak menilai seseorang tanpa soal selidik. Apabila kita membuat sedemikian, secara tidak sedar kita mewujudkan stereotaip atau sikap berat sebelah yang menghasilkan pandangan negatif terhadap individu tersebut.

Antara cara terbaik yang pihak pengurusan boleh lakukan ialah membentuk sebuah kumpulan yang terdiri daripada pelbagai generasi dalam suatu masa. Ini akan memberi mereka peluang untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain. Selain itu, amalan ini turut boleh membantu memberikan asas yang kukuh untuk hubungan ‘mentor-mentee’ yang baik.

5. Budaya kerja

Para pekerja millennial  sering mendapat reputasi buruk di tempat kerja disebabkan kepayahan mereka untuk bergaul dengan yang lain. Manakala dari pandangan baby boomers pula, mereka tidak sehaluan dengan pekerja millennial kerana cara mereka bekerja tidak sama dengan yang lebih berpengalaman di sesebuah organisasi.

Demi menghasilkan perhubungan pekerja merentas generasi yang pelbagai dengan baik,  pihak pengurusan disarankan supaya mengamalkan budaya berkomunikasi dan mendengar sebagai budaya kerja yang sihat. Cara tersebut dapat dimanfaatkan demi menghasilkan kualiti serta suasana kerja yang lebih positif.

 

Kali pertama disiarkan di Jobstore.

 

 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Inspirasi

Kisah Inspirasi daripada Pesakit Penyakit Jarang Jumpa

Oleh Amirah Nadiah. Menyingkap kisah inspirasi daripada pesakit penyakit jarang jumpa di Malaysia, Pycnodysostosis.

Nov 09, 2023 6 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Akui Kesilapan Di Tempat Kerja: 10 Cara Terbaik

Kita tidak boleh lari dari kesilapan. Biarpun naluri kita akan lazimnya mempertahankan diri tetapi sekiranya kita bersalah, akuilah kesilapan itu. Tontoni video TOP 10 untuk belajar cara-cara mengakui kesilapan di tempat kerja.

Aug 09, 2017 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest