Emosi: Kekuatan Anda

Feb 25, 2020 4 Minit
emosi, kekuatan diri
Memahami Emosi Anda

Mira keluar dari kereta dan menguncinya. Dia melihat kereta api sudah hampir tiba di stesen dan mula berjalan dengan cepat untuk menaikinya. Jika dia terlewat hari ini, bermakna ini kali ketiga Mira terlewat. Apabila tiba di stesen, baki wang tidak mencukupi. Mira harus berbaris di kaunter, dia bernasib baik kerana barisan tidak panjang. Ketika di platform, Mira bergegas ingin masuk ke dalam kereta api tersebut, malangnya gerabak kereta api telah penuh dan beliau harus menunggu untuk kereta api seterusnya. Mira berasa perasaan yang tidak senang.
Marah? Cemas? Sedih? Saya percaya jika ini terjadi pada kita, emosi kita juga akan bercampur baur. Jadi bagaimana anda mengawalnya? Emosi merupakan sesuatu reaksi biologi dalam manusia. Semua orang mempunyai emosi dimana pada sesetengah orang mungkin emosi yang dialaminya lebih kuat dan ada juga sesetengah orang mengalami emosi yang kurang. Yang pasti, semua orang mempunyai pelbagai emosi.

Apakah fungsinya? Rasanya hidup pasti lebih senang dan selesa tanpa emosi. Tidak perlu mengalami tekanan, tidak perlu sakit hati apabila hubungan putus atau rasa takut. Namun, ia ada fungsinya. Dari segi evolusi, emosi itu penting untuk kita tahu jika ada masalah dalam sekeliling kita. 
Cuba kita bayangkan, jika melihat haiwan liar, secara lahiriah sebagai manusia kita akan rasa takut. Tindak balas ketakutan ini adalah apa yang mempersiapkan badan untuk melawan atau melarikan diri (fight or flight response). Perasaan marah juga akan memberi tenaga kepada kita untuk melakukan apa yang tidak kita jangkakan, seperti melawan musuh. Selain itu, perasaan jijik juga penting kerana itu untuk mengelakkan kita daripada memakan racun seperti buah-buahan atau bunga/sayur yang mempunyai racun atau diracuni. Perasaan gembira akan membuatkan kita mengingati perkara yang menyebabkan kegembiraan itu terjadi dan kita akan bekerja keras untuk mendapatkannya.
Filem berkaitan: Inside Out
Namun, dalam era moden sekarang, ia berfungsi sedikit berbeza. Ia memberi kita motivasi untuk mengambil tindakan. Apabila marah kita secara tidak langsung akan termotivasi atau mendorong untuk memprotes ketidakadilan. Tanpa perasaan marah, tiada motivasi untuk tindakan tersebut contohnya jika peperiksaan tidak lama lagi, pelajar akan mula berasa cemas dan ini memberi motivasi kepada diri mereka untuk belajar. 

“Emosi yang tidak dapat diungkapkan tidak akan mati. MEREKA AKAN DITANAM HIDUP-HIDUP DAN AKAN dinyatakan DENGAN CARA YANG LEBIH MENAKUTKAN” – SIGMUND FREUD

Ia juga memainkan peranan dalam keputusan kehidupan seharian kita. Kadang-kadang ini berlaku tanpa kita sedar tetapi kita cenderung membuat pilihan yang akan membuat kita berasa lebih baik walaupun pilihan itu bukan yang paling bermanfaat contohnya, memilih antara tidur awal atau keluar dengan kawan. Jika tidur awal lebih bermanfaat kerana ada kerja hari esok tetapi kita memilih untuk keluar dengan kawan rasa lebih seronok.
Perasaan merupakan tanda penting dari badan tentang keadaan mental fizikal kita. Jika kita mempunyai perasaan yang tidak senang, kita tidak patut mengabaikannya dan menafikannnya tetapi sebaliknya merasakan tersebut. Ia agak tidak masuk akal, bagaimana mahu saya merasakanya jika saya mempunyai perasaan itu? Maksud saya, berhenti seketika apa yang anda sedang lakukan dan hanya duduk dan layan emosi anda. Selain itu, anda juga boleh cuba untuk menggambarkan perasaan anda.

“Saya tidak mahu emosi mengawal saya. Saya mahu menggunakan mereka, menikmatinya, dan menguasainya.” –  Oscar wilde 

“Aiyo…saya lewat sekali lagi. Pastilah bos akan marah saya. Kenapalah saya selalu lambat dan kenapa ada banyak orang dalam tren?”
“Saya rasa cemas sekarang dan tertekan kerana saya akan lewat untuk kerja. Saya rasa hati saya berdebar dengan kuat dan darah mengalir dengan cepat dalam badan”. 
Apabila kita mengekspresi emosi, emosi tersebut akan keluar dari badan dan kadang-kadang ia membuatkan kita tidak dapat berfikir dengan jelas. Manakala jika kita tidak menghadapinya dan mengabaikannya, maka suatu hari nanti emosi tersebut akan meletup tanpa sangkaan kita.
Berkaitan: Adakah Anda Seorang Pemimpin Yang Mudah Tersinggung
Dengan latihan menghadapi emosi, ia akan menjadi kebiasaan dan perlahan-lahan anda akan mendahului orang lain kerana,
1) Anda dapat mengalami emosi anda dan mengambil tindakan tanpa emosi yang mengawal anda.
2) Anda akan lebih mudah selesa kerana anda dapat memahami emosi anda (yang merupakan isyarat penting dari alam sekitar dan keadaan dalaman anda) dan berusaha memperbaikinya. Lebih baik kita menggunakannya untuk kelebihan kita. 

“Ketika mengendalikan sekumpulan orang, ingatlah bahawa anda bukan berhadapan dengan makhluk hidup yang logik, tetapi makhluk yang mempunyai emosi.” – Dale carnegie


Lihat video dibawah:

Dapatkan necole di sini.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Pekerja gembira

Life@Leaderonomics: Selamat Hari Pekerja daripada Kami Semua!

Pejabat Leaderonomics pernah dipaparkan sebagai salah satu daripada 10 pejabat paling berinspirasi di Malaysia. Pengasas membina pejabat yang terasa seperti di rumah selepas menyedari bahawa perubahan persekitaran boleh mengubah tingkah laku orang ramai.

Apr 30, 2023 1 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest