Ingin Galakkan Penglibatan Pekerja? Hentikan Mengurus Secara Mikro

Nov 11, 2019 1 Minit
penglibatan kerja, kerjasama

Dalam kepimpinan, kita sering bercakap tentang dunia VUCA (Volatility/Kemeruapan, Uncertainty/Ketidakpastian, Complexity/Kerumitan, Ambiquity/Kesamaran) dan keperluan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan trend jika kita inginkan organisasi kita bertahan.

Salah satu elemen penting yang ramai pemimpin akan setuju ialah pemberdayaan pekerja – menugaskan kerja dan kuasa, serta memberi kebebasan untuk melaksanakan idea dan inisiatif yang boleh membantu perniagaan mengekalkan daya saingnya.

Seperti yang pernah dikatakan Steve Jobs:

Tidak masuk akal menggaji orang pintar dan kemudian memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan; kita menggaji orang pintar supaya mereka dapat memberitahu kita apa yang harus dilakukan.

Tugas pemimpin adalah menggaji orang pintar dan membiarkan mereka memberitahu pemimpin apa yang harus dilakukan – jika tidak, buat apa menggaji bakat terbaik? Tetapi malangnya, yang biasa terjadi ialah pemimpin akan terus menyekat jenis kreativiti yang sebenarnya akan meringankan beban kerja mereka apabila organisasi berkembang.

Anda mungkin bertanya, “Mengapa beberapa pemimpin memimpin dengan cara yang menghalang mereka tetapi masih tidak menyedari impaknya?

Masalah terbesar adalah godaan mengurus secara mikro yang tidak dapat dielakkan oleh kalangan pemimpin. Mengurus secara mikro juga boleh membangkitkan banyak masalah berhubung kait kreativiti pekerja, inovasi, dan keterlibatan. Ini termasuk:

1. Membuat pekerja merasa gelisah

Mengurus secara mikro bermakna memantau kerja orang ramai dengan rapi dan senitiasa mencari jalan untuk memperbaiki tingkah laku. Pekerja yang ketahui diri sentiasa diperhatikan pasti akan cenderung ‘menurut perintah’, tetapi mereka tidak akan berasa diri terinspirasi atau diberi kuasa untuk bertindak melampaui batas jangkaan minimum.

Pemimpin yang menghabiskan banyak masa mengurus secara mikro sebenarnya mengabaikan tugas konstruktif lain yang perlu dilakukan oleh mereka sebagai pemimpin.

2. Mengurangkan autonomi

Pekerja yang paling terlibat adalah mereka yang mempunyai sedikit sebanyak kuasa untuk membuat keputusan dalam peranan mereka. Mereka yang boleh membuat sedikit sebanyak keputusan berhubung kerja mereka akan merasa diri dipercayai dan dihormati, dan dengan itu akan berasa termotivasi untuk melaksanakan kerja mereka dengan baik. Mengurangkan autonomi pekerja akan menyebabkan mereka terasa kurang terlibat dan moral mereka merundum.  

3. Menyekat pertumbuhan

Satu-satunya cara untuk pekerja – dan organisasi – tumbuh dan berkembang adalah dengan mencuba idea baharu, melangkah keluar dari zon selesa, dan mengepalai sesuatu inisiatif. Pemimpin-pemimpin yang mengurus secara mikro menghalang pertumbuhan dengan tidak membenarkan apa-apa risiko terkira yang perlu diambil dan menegaskan bahawa perkara-perkara hanya boleh dilakukan dengan mengikut cara mereka. Akibatnya, kemajuan lambat berkembang, dan itulah jika ia tidak bertakung  sama sekali.

Jadi, apakah yang boleh dilakukan untuk membantu pemimpin dan pekerja bekerja dan membangun bersama supaya semua akan berkembang maju?

Berkaitan: Pekerja Tidak Terlibat? Pimpinlah Mereka

Berikut adalah beberapa cadangan saya. Ingat, untuk memperoleh perubahan, kita perlu bersedia bekerja untuk mencapainya. Bercakap tentang cara tidak mencukupi. Kalau tiday, masalah lama yang sama (seperti yang disebut di atas) akan kekal wujud.

1. Pemimpin perlu (betul-betul) menyedari diri

Kesedaran diri adalah sesuatu yang sering disebut dalam kepimpinan. Walau bagaimanapun, untuk benar-benar memupuk kesedaran diri yang mendalam, tidak mencukupi untuk merenungkan kekuatan kita dan perkara-perkara yang perlu diperbaiki.

Untuk mencapai keputusan yang lebih baik, pemimpin perlu secara proaktif bertanya diri:

  • “Apakah perkara yang saya buat dengan betul… dan bagaimana mungkin saya salah?” 
  • “Adakah saya benar-benar mencari maklum balas yang jujur ​​daripada orang lain, atau adakah saya membiarkan ego saya menjadi penghalang?”
  • “Apa lagi yang perlu saya pelajari mengenai diri sendiri?”
  • “Bagaimanakah saya dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada pekerja dan anggota pasukan saya?”

2. Berlatih menaruh kepercayaan kepada pasukan anda

Adalah sukar bagi sesetengah pemimpin untuk menugaskan kerja  dan memberi kebebasan kepada pekerja mereka. Kepimpinan semacam ini cukup ketinggalan daripada teori ‘The Great Man’, di mana ‘bos-tahu-terbaik’ dan adalah kuasa di atas segalanya. Gaya kepimpinan ini telah lama digantikan oleh pendekatan yang lebih konstruktif seperti kepimpinan transformasi dan kepimpinan melayani.

Sikap percayakan pasukan untuk menghasilkan idea bagus – dan untuk melaksanakannya – akan, lebih kerap daripada tidak, memanfaatkan organisasi dan membantu memperbaiki polisi, prosedur dan pengalaman pelanggan. Jika idea itu tidak berjaya, anda tidak rugi apa-apa, sebaliknya menimba manfaat kerana ia menambah kepercayaan dan komitmen pekerja-pekerja terhadap organisasi dan kepimpinan.

3. Berhenti sejenak

Mengurus secara mikro pada asasnya berakar pada ketakutan. Pemimpin takut bahawa jika mereka tidak memberi perhatian rapi, semuanya akan menjadi kelam kabut. Pada hakikatnya, pemimpin yang cukup yakin untuk memberi ruang dan menugaskan kerja kepada pekerja akan melihat peningkatan dalam tahap prestasi dan produktiviti. Ini kerana para pekerja yang akan merasakan diri mempunyai pemilikan ke atas kerja mereka dan ini akan mendorong mereka untuk memberi lebih banyak daripada diri mereka kepada peranan yang disandang. Sebaliknya, pekerja yang diurus secara mikro akan melakukan kerja sekadar cukup makan, sehingga peluang yang lebih baik mendatangi mereka.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Want People to be More Engaged? Stop Micromanaging

Sila Kongsi

Alt

Roshan is the Founder and “Kuli” of the Leaderonomics Group of companies. He believes that everyone can be a leader and "make a dent in the universe," in their own special ways. He is featured on TV, radio and numerous publications sharing the Science of Building Leaders and on leadership development. Follow him at www.roshanthiran.com

Cadangan Buat Kamu

Pemimpin

Kepimpinan, Tabiat dan Ego

Oleh Sonia McDonald. Ketahui cara membina tabiat positif, lepaskan ego anda dan pupuk kecerdasan emosi sebagai seorang pemimpin.

Oct 15, 2023 7 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Berani Gagal

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran berkata setiap orang mesti berani gagal dan belajar daripada kegagalan untuk terus maju dalam kembara kehidupan. Kejayaan pasti dalam tangan kelak.

Jul 28, 2017 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest