Menjalin Hubungan: Komponen Teras Kejayaan Sesebuah Bisnes

Aug 29, 2019 1 Minit
bisnes, urus janji
“Tidak penting sama ada ia masalah teknikal atau produk, isu penjualan atau pemasaran, atau sekalipun cabaran mendapat pembiayaan – akhirnya semuanya adalah mengenai orang dan budaya syarikat.”

Ini adalah pegangan Pengarah Urusan Segamat Panel Boards (SPB), Peter Fitch. Yang penting baginya adalah pekerja mesti memiliki kemahiran yang tepat untuk menampung pasaran-pasarannya dan mengekalkan syarikat di barisan hadapan inovasi produk.

SPB ditubuhkan pada 2002. Pada mulanya, ia berkhusus dalam pembuatan panel papan gentian kepadatan sederhana yang nipis  dan berkualiti tinggi. Tetapi suasana bisnes sudah banyak berubah.  

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu telah meluaskan kepelbagaian barangannya untuk meliputi produk nilai tambah seperti  kerajang kertas bercetak, lamina venier dan melamina, kulit pintu, panel bersalut asas dan UV, dan kulit pintu teracu.

Inovasi untuk memenuhi keperluan pasaran semasa ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan pasukan yang penuh dedikasi yang berkongsi visi dan nilai syarikat. 

Sokongan pasukan teras

“Kami cukup bertuah kerana ramai pengurus kanan yang membentuk pasukan teras berkhidmat dengan syarikat ini dari hari pertama kami mula beroperasi 15 tahun yang lalu,” kata Fitch. 

“Kajian telah menunjukkan, berulang kali, bahawa wang ringgit bukan kesemuanya. Meskipun amat penting, sudah tentu, ia bukan faktor muktamad yang menentukan sama ada seseorang terus berkhidmat dengan syarikat atau tidak,” kata Fitch apabila ditanya kenapa pekerja SPB kekal setia kepada syarikat buat selama ini.

Katanya, mempunyai nilai bersama dan visi yang sehaluan dengan syarikat membolehkan pekerja untuk mengambil lebih banyak pemilikan akan peranan mereka dalam syarikat.

“Mereka juga ingin melihat syarikat mencapai kejayaan dan berkembang bersama – dan pada pendapat saya, kebanyakan pekerja kami telah berbuat demikian, jadi ini sebabnya mereka masih bekerja di sini,” kongsinya.

Betul, kaji selidik LinkedIn pada tahun 2017 dalam kalangan profesional di Malaysia menunjukkan bahawa biarpun gaji adalah pertimbangan utama apabila membuat keputusan kerjaya, pendorong intrinsik seperti kesesuaian budaya dalam organisasi dan peluang pertumbuhan adalah penting juga. 

Membina amanah

Sebagai sebuah syarikat, SPB terpaku dengan hubungan kuat yang dikembangkan sejak bertahun-tahun. Perkara ini bukan sahaja wujud di dalam syarikat dengan tenaga kerja, tetapi juga di luar syarikat dengan pelanggan dan pembekalnya.

Fitch mengemukakan beberapa perkara yang penting untuk membina dan mengekalkan hubungan dengan pihak luar yang berkepentingan, menyatakan bahawa ia adalah perkara yang sememangnya perlu dalam  mana-mana hubungan bisnes: perkhidmatan, kualiti dan nilai.

Tambahnya, satu aspek yang kurang dibincangkan tetapi sama penting ialah nilai amanah. “Ramai pelanggan kita berurus niaga dengan kami lebih kurang sejak hari pertama – mereka susah senang bersama-sama kami. Apabila kami memerlukan sokongan, mereka memberikannya kepada kami; apabila mereka mengalami kesulitan, kami pula membalas dengan memberi sokongan kepada mereka,” kata Fitch. 

Ini telah membina banyak ‘kredit amanah’ antara SPB dan pihak berkepentingannya, dan membolehkan Fitch untuk menjalin beberapa hubungan peribadi yang baik dengan pemilik dan pengurus kanan syarikat-syarikat tersebut. Dia berkongsi contoh hasil hubungan baik ini – apabila dia dijemput untuk menghadiri majlis makan malam perkahwinan anak kepada salah seorang pelanggannya.

Hubungan peribadi dan urusan bisnes

Adakah betul untuk mencampuradukkan hubungan peribadi dengan urusan bisnes?

Fitch percaya ia bukan sesuatu isu selagi hubungan peribadi disemai dalam suasana profesional, menyebut nepotisme, kronisme dan pilih kasih sebagai larangan mutlak.

Satu cara untuk memastikan urusan peribadi dan bisnes tidak bercampur aduk adalah dengan mengamalkan pendirian yang amat terbuka dalam cara transaksi bisnes dikendalikan – tanpa rahsia atau agenda yang tersembunyi.

“Setiap sesuatu mengenai bisnes – dari segi harga pasaran, kualiti, jangkaan pelanggan dan juga anda sebagai pembekal – perlu telus dan tertakluk kepada pengawasan bukan sahaja oleh juruaudit dan pihak luar yang berkepentingan, tetapi lebih penting lagi, oleh kakitangan anda sendiri,” kata Fitch.

“JIka kakitangan anda berfikir anda menyembunyikan agenda peribadi, maka mereka akan hilang kepercayaan pada prinisp dan polisi syarikat anda, jadi ini adalah teramat penting.”

Fitch berkata, sementara SPB tidak memberi apa-apa sokongan khas kepada pihak berkepentingan, ia sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa ia memberi perkhidimatan, kualiti dan nilai yang hebat.

“Perkhidmatan, kualiti dan nilai membuka pintu, tetapi sama ada anda akan mendapat bisnes yang berulang atau berjangka panjang… ia melibatkan amanah,” kata Fitch. Ända tidak boleh membinanya semalaman; ia bukan sesuatu yang anda boleh beli. Ia adalah sesuatu yang anda perlu usahakan sepanjang sesuatu jangka waktu.”

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Relationships: A Core Component of Business

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Perwatakan, Hubungan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Memimpin

Memimpin dengan Keterbukaan

Oleh Jacob Morgan. Ketahui hakikat sebenar tentang kepimpinan tulen dan bagaimana ia berinteraksi dengan kepimpinan yang terbuka di tempat kerja. Mari kita kupas isunya!

Dec 11, 2023 4 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Biar Mereka Gagal

Setiap pemimpin yang hebat pasti pernah gagal berulang kali dalam kembara kehidupannya. Belajar daripada setiap kegagalan. Jangan ulanginya. Jadikan kegagalan-kegagalan itu sebagai batu asas kejayaan masa hadapan. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Tidak Mengapa, Biar Mereka Gagal.

Jul 06, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest