Kemasyarakatan Korporat Kian Mengubah Interaksi Antara Bisnes Dan Masyarakat

Jun 26, 2019 1 Minit
organisasi, kerjasama, tanggungjawab, kemasyarakatan

Milenial kini membentuk lebih separuh daripada jumlah tenaga kerja di banyak negara. Laporan EY menganggarkan bahawa menjelang 2025, mereka akan membentuk 75 peratus daripada tenaga kerja global. 

Golongan ini cenderung mementingkan bukan sahaja pendapatan bersih sesebuah organisasi tetapi juga standard tanggungjawab sosial korporat yang tinggi dalam organisasi tersebut.

Hakikatnya, menurut laporan Deloitte Insights, sebuah kajian pada tahun 2017 mendapati bahawa ‘milienial semakin peka terhadap cara organisasi mereka menangani isu-isu seperti ketidaksamaan pendapatan, kebuluran, dan alam sekitar.

‘Sebanyak 88 peratus daripada milenial percaya bahawa majikan patut memainkan peranan penting dalam mengurangkan beban isu-isu ini, dan 86 peratus berkata kejayaan bisnes patut diukur bukan sahaja dari segi keuntungan.’

Kemasyarakatan korporat, ‘CSR’

Kemasyarakatan korporat — yang merujuk kepada tanggungjawab sosial sesebuah organisasi terhadap masyarakat — kini bertambah penting berbanding dahulu untuk menarik, melibatkan dan mengekalkan milenial. 

Lebih banyak organisasi kini menyahut seruan tersebut dan kian membuat perubahan dalam model bisnes mereka. Akibatnya, organisasi-organisasi semakin beroperasi sebagai keusahawanan sosial.

Menurut laporan 2018 Deloitte Global Human Capital Trends (Trend Modal Insan Global Deloitte 2018), keusahawanan sosial adalah ‘organisasi yang misinya menggabungkan pertumbuhan hasil dan penjanaan keuntungan dengan keperluan menghormati dan menyokong alam sekitar dan rangkaian pemegang taruhnya’.

‘Ini termasuk mendengar kepada, melabur dalam, dan secara aktif menguruskan trend yang membentuk dunia hari ini. Ia adalah organisasi yang menggalas tanggungjawbnya sebagai masyarakat yang bagus (baik di dalam mahupun di luar organisasi), berkhidmat sebagai suri teladan kepada rakan-rakan setara, dan memajukan kolaborasi yang tinggi dalam setiap peringkat dalam organisasi.’

Kemasyarakatan korporat bukan lagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan sekali-sekala, atau taktik pemasaran atau program tahunan yang dipimpin oleh jabatan sumber manusia.

Kini ia adalah strategi bisnes yang melibatkan ketua pegawai eksekutif (KPE) organisasi kerana ia mentakrifkan identiti korporat organisasi berkenaan.

Prestasi korporat setakat ini

Bagaimanapun, manakala 77 peratus daripada 11,069 responden global yang dikaji selidik oleh Deloitte menyebut bahawa kemasyarakatan korporat adalah penting, cuma 18 peratus yang berkata ia dianggap sebagai keutamaan penting dan termasuk dalam strategi organisasi. Ini menunjukkan bahawa organisasi di serata dunia masih jauh ketinggalan dalam mengusahakan kemasyarakatan korporat sejati.

Untuk berbuat demikian, laporan itu mengesyorkan supaya organisasi-organisasi ini perlu mengatur program-program mereka supaya berhubung kait; pada masa ini, program-program yang dijalankan adalah terasing daripada satu sama lain. 

‘KPE dan jemaah eksekutif patut merangkakan satu strategi yang menyeluruh dan sebenar, yang mentakrifkan siapakah syarikat tersebut, apakah yang diperjuangkannya, dan apa yang dilakukannya. Kemudian, mereka patut memastikan bahawa pemimpin-pemimpin organisasi bertanggungjawab untuk mencapai hasil strategi itu.’

Impak organisasi

Dalam era digital hari  ini, yang menjadikannya begitu mudah sekali bagi pengguna, pelabur dan pekerja untuk membuat penilaian dan pemerhatian terhadap sesebuah organisasi, pemimpin bisnes perlu bertanya diri:

“Apakah impak organisasi saya terhadap masyarakat?”

Jawapan kepada soalan ini mungkin kunci kepada kejayaan masa hadapan organisasi.

 

Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia 2019, ‘MLS2019’
Leaderonomics, bersama dengan Together We Can Change the World (Bersama Kita Boleh Ubah Dunia), akan menganjurkan Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia 2019 pada 11 Julai 2019.
Sidang kemuncak itu, yang membawa tema ‘Berhubung. Berkolaborasi. Menyumbang.’ bertujuan untuk membina pemimpin yang lebih baik dan membantu mengumpul dana untuk organisasi bukan kerajaan dan inisiatif komuniti.
Seramai 10 penceramah kepimpinan global akan berkongsi pandangan tentang bagaimana pemimpin dapat berhubung dan berkolaborasi secara lebih baik dengan rakan kerja dan pelanggan, dan menyumbang kepada pembinaan dunia yang lebih baik, bersama.
Maybank, kumpulan perkhidmatan kewangan yang terbesar di Malaysia dan kumpulan perbankan yang terkemuka di Asia Tenggara adalah penaja tajuk; SP Setia, syarikat hartanah  infrastruktur dan perniagaan yang utama di Malaysia adalah penaja tempat; dan Tenaga Nasional, syarikat elektrik terbesar di Malaysia adalah penaja emas.
Untuk maklumat lanjut, sila layari bit.ly/mls2019.
Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik The Changing Interaction Between Businesses and Society.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Kualiti, Identiti, Hubungan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Pekerja gagal membalas pelanggan

Apabila Pekerja Gagal Membalas Pelanggan

Oleh Shawn Sher. Syarikat menghadapi cabaran yang semakin meningkat berkenaan dengan pekerja yang mengambil sedikit masa untuk membalas kepada rakan sekerja dan atasan mereka serta kepada pelanggan. Dalam keadaan sedemikian, apakah yang boleh dilakukan oleh organisasi anda untuk menangani isu ini.

Dec 11, 2022 5 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Kepimpinan Itu Ekstrem

Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!

Jul 16, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest