Terus Bekerja Sepenuh Masa Sambil Menguruskan Perniagaan Sendiri

Jul 11, 2018 1 Minit
bekerja, perniagaan sendiri
Faedah Positif Memulakan Perniagaan Sendiri Ketika Anda Bekerja

Memulakan dan mengembangkan perniagaan yang berjaya adalah amat sukar, lebih-lebih lagi apabila anda masih terikat dengan kerja sepenuh masa. Dan memastikan anda memperoleh pendapatan bagi diri sendiri juga terasa sukar.

Namun, terdapat banyak faedah positif memulakan perniagaan sendiri ketika anda masih bekerja sepenuh masa.

Berikut adalah 10 petua praktis yang dapat membantu anda menjadi bos sendiri di samping mempunyai kerjaya sepenuh masa.

1. Tanya diri sendiri berapa sangat anda inginkannya

Memulakan perniagaan sememangnya sukar, akan menegangkan perhubungan, dan akan terus memaksa anda membuat keputusan yang sukar. Buat senarai aktiviti dan komitmen dalam hidup anda, termasuk masa yang diperuntukkan kepada setiap satunya dalam seminggu.

Catatkan mana-mana aktiviti di mana anda boleh kurangkan penglibatan, dan beritahu mereka yang terlibat yang anda ingin memfokus kepada projek baharu yang bermakna bagi diri anda.

Fikirkan perkara yang mudah dahulu: masa yang digunakan untuk menonton TV, bermain permainan video, atau melayari Facebook dan Instagram. Lebih banyak masa yang dapat diluangkan, lebih cepat anda dapat melihat hasilnya.

2. Buat inventori ke atas kemahiran, keupayaan dan kelemahan anda

Apakah set kemahiran yang diperlukan dalam idea perniagaan anda yang baharu? Anda bakal berhadapan dengan keputusan yang sukar jika anda tidak mempunyai sekurang-kurangnya beberapa kemahiran yang diperlukan untuk merealisasikan perniagaan anda. Belajarlah kemahiran baharu atau mencari sesiapa yang boleh melakukannya untuk anda.

Dengan menggunakan lembaran kerja penilaian kemahiran, anda perlu senaraikan setiap aset dan kemahiran yang diperlukan idea perniagaan anda dan petakan keperluan-keperluan itu mengikut keupayaan anda sekarang.

3. Sahkan idea perniagaan anda

Baru-baru ini, majalah Fortune menjalankan kajian terperinci ke atas 101 syarikat permulaan yang lingkup, dengan memberi penekanan kepada soalan mengapa syarikat-syarikat ini gagal dari kaca mata pengasas mereka. Alasan nombor satu yang ditemukan Fortune adalah produk mereka tidak diperlukan di pasaran, sebagai yang dinyatakan oleh 42% syarikat yang gulung tikar.  

Ini menunjukkan keperluan untuk mengesahkan idea perniagaan anda dan mendapatkan maklum balas yang jujur daripada pelanggan berpotensi sebelum anda mula membina, mencipta, dan membelanjakan wang.  Biasalah sifat manusia, kita akan fikirkan yang kita betul dan idea kita semuanya luar biasa belaka.

Malangnya, konsep perniagaan kita dan idea produk selalunya tidak difikirkan habis-habis, berguna, atau dikaji sedalam-dalamnya.

4. Tuliskan kelebihan bersaingan anda

Kelebihan bersaingan didefinisikan sebagai manfaat unik yang membolehkan anda, sebagai perniagaan, menjana jualan atau margin yang lebih besar dan, atau memperoleh dan mengekalkan lebih banyak pelanggan daripada pesaing. Inilah yang membuatkan perniagaan anda hak anda.   

Ia boleh hadir dalam bentuk struktur kos, penawaran produk, rangkaian pengagihan, sokongan pelanggan, atau di mana-mana dalam perniagaan.

5. Tentukan matlamat yang terperinci, yang boleh diukur dan realistik

Agak sukar bagi anda untuk maju tanpa meletakkan matlamat yang dapat dicapai dan tarikh akhir yang realistik. Dari pengalaman saya, meletakkan matlamat harian, mingguan, dan bulanan adalah yang terbaik. Ia membantu saya meneruskan usaha saya dengan objektif jangka pendek serta panjang.

Pada peringkat permulaan, matlamat harian anda mungkin hanya kemenangan kecil atau jenis perkara yang kena buat; selepas itu anda akan mula mencapai detik penting dalam perjalanan anda melancarkan perniagaan anda.

Berkaitan: Ambil Tanggungjawab Atas Kerjaya Sendiri

6. Petakan rancangan anda dari tarikh pelancaran dan seterusnya

Anda harus menjadi sangat proaktif dalam memetakan rancangan anda untuk mencapai titik B, C, D dan seterusnya. Tiada sesiapa yang boleh lakukan untuk anda, tetapi anda tidak boleh melakukannya sendiri juga.

Pengasas bersama WeWork Adam Neumann adalah penyokong kuat ‘sentiasa sediakan pelan B’. Itulah cara dia mengembangkan komuniti ruang kerjasamanya menjadi perniagaan yang bernilai berbilion dolar.

Kebolehan anda menyelesaikan masalah dan mencari jalan mengatasi halangan akan menentukan tahap kejayaan perniagaan anda.

7. Dapatkan khidmat luaran untuk apa sahaja yang mungkin

Ini berkenaan fokus. Selagi boleh, cari khidmat luaran bagi setiap bahagian perniagaan anda. Maksudnya di sini adalah anda hanya perlu lakukan perkara terbaik yang anda dapat lakukan.

8. Sentiasa dapatkan maklum balas

Matlamat anda adalah membina produk atau menyediakan perkhidmatan yang memberi nilai kepada orang ramai. Oleh sebab itu, ia adalah penting bagi anda untuk mendapatkan maklum balas luaran yang tidak berat sebelah untuk memastikan yang anda membina sesuatu yang betul-betul dapat dipasarkan.

Lakukan ini dari hari pertama dan jangan berhenti. Untuk mendapatkan kumpulan maklum balas awal ini, anda harus mencari mereka yang betul-betul akan memberi pendapat yang jujur. Dekati mereka secara peribadi. Kumpulan maklum balas saya dianggotai rakan-rakan usahawan yang rapat dan beberapa mentor yang saya sentiasa berhubung.

9. Jangan guna masa kerja anda untuk membuat kerja di projek peribadi

Ia mungkin terang lagi nyata, tetapi jangan gunakan waktu kerja anda untuk projek peribadi anda.

Anda juga harus menahan diri daripada menggunakan sumber syarikat untuk projek peribadi anda, tidak kira betapa menarik sekalipun idea itu. Ini termasuk tidak menggunakan komputer atau mana-mana alatan dalam talian, perisian, langganan, atau buku nota, dan juga jangan meminta bantuan daripada rakan sekerja yang lain. 

10. Capai tahap tertinggi dalam perniagaan sebelum meletakkan jawatan

Jangan salah faham, saya penyokong tegar dalam membuat perkara yang saya sangat minati, dan membuatnya dengan sepenuh tenaga. Namun begitu, saya bersedia mengambil masa untuk menyemak sesuatu idea, mengenal pasti pasaran sasaran saya, dan menguji idea itu bersama mereka, sebelum membuat satu-satunya keputusan yang mengatakan ‘ini mesti hebat!’

Mengambil masa untuk meneliti setiap perkara dan mendapatkan nasihat daripada orang lain amat memanfaatkan perniagaan baharu anda.

Yang lebih penting, melainkan anda sedang bekerja untuk sebuah perniagaan permulaan yang berpotensi berkembang maju dan boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada pelabur (atau anda mempunyai dana sendiri), secara realistiknya anda perlukan satu sumber pendapatan sebelum projek baharu anda dapat berperanan sebagai sumber kelangsungan anda.

Kesimpulan

Memulakan perniagaan pada ketika anda masih bekerja sepenuh masa sememangnya sukar, tetapi bukan mustahil. Jalan menuju keusahawanan sama banyak dengan bilangan usahawan di dunia. Pertimbangkan langkah-langkah ini, dan anda akan menuju ke arah menjadi bos anda sendiri.

Alangkah luar biasanya perasaan itu.

 

Jeff Haden ialah seorang penulis kepada lebih daripada 50 buku bukan fiksyen dan penulis siluman kepada orang yang membawa pembaharuan dan pemimpin perniagaan. Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Why You Should Keep Your Job And Start A Business.

Sila Kongsi

Ilmu Bisnes

Tag: Kepemimpinan Tanpa Batas

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

bekerja

Kepentingan yang Semakin Meningkat untuk Perkhidmatan Tafsiran dalam Perniagaan Moden

Oleh Helen Bell. Memandangkan perniagaan terus berkembang di peringkat global, keperluan untuk perkhidmatan tafsiran profesional akan terus berkembang.

Oct 04, 2023 3 Minit

Kejatuhan Nokia

Kisah Benar Punca Kejatuhan Nokia

Banyak yang mengatakan kegagalan Nokia berpunca daripada betapa lambatnya ia beralih kepada dunia telefon pintar. Tapi sebenarnya ada punca lain yang menyebabkan Nokia lambat untuk mentransformi organisasinya. Jom ikut kisah benar tentang Nokia, yang diceritakan sendiri oleh Tricia Wang, bekas pekerja Nokia sendiri.

Dec 08, 2021 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest