Pemimpin Baharu: Elakkan 6 Kesulitan Biasa Ini

Oct 21, 2019 1 Minit
proses, strategi, catur

Seorang kawan akan menyertai organisasi baharu dalam peranan kanan. Dia bertanya kepada saya jika saya ada nasihat untuknya untuk memudahkan peralihannya menyandang peranan kepimpinan dalam syarikat baharu.

Pada pendapat saya, peralihan kepimpinan sememangnya rumit dan banyak bergantung kepada konteks, persekitaran dan budaya organisasi yang akan disertai. Tetapi ada beberapa kesulitan biasa yang perlu dielakkan, terutamanya dalam 90 hari pertama. Saya pernah juga tersilap. Di sini saya kongsikan beberapa kesulitan biasa tetapi maklumlah ia bukan senarai lengkap.

1. “Saya perlu memberi tumpuan kepada memahami peranan saya; Saya akan memikirkan dinamik organisasi kemudian.”

Kita perlu mengutamakan hubungan dalaman. Kita perlu memahami lanskap baharu dan meluangkan masa untuk membina rangkaian. Kita perlu bertanya, mendengar dengan mendalam dan memerhati secara sedar. Dalam konteks hari ini, kita memerlukan orang lain untuk berjaya, berbanding masa yang lepas. Walau apa pun, kebanyakan kita tahu kerja yang perlu kita usahakan. Bukankah itu satu-satunya sebab kita diambil bekerja di tempat itu? 

2. “Pasukan saya perlu berusaha mendapat kepercayaan saya sebelum saya memberikannya.” 

Kita tidak boleh bermula dengan premis bahawa orang lain perlu membuktikan diri mereka untuk mendapatkan kepercayaan kita – terus terang sebaliknya juga penting. Lebih teruk lagi, kita tidak boleh mengambil kerja seseorang dari luar dengan segera tanpa memahami peranan, pencapaian, kekuatan dan jurang kemahiran semasa dalam organisasi. Ini bukan sahaja akan menimbulkan rasa tidak selamat dan ketakutan tetapi kita juga akan kehilangan pengetahuan institusi. Adalah penting untuk menguruskan isu-isu dalm organisasi terlebih dahulu tetapi jaga-jaga, kesemua ini perlu dilakukan dengan teliti dan terperinci.

3. “Pertama saya perlu menyelesaikan apa yang saya wariskan dan kemudiannya bina untuk masa hadapan.”

Ya, kita semua mendapat warisan daripada pendahulunya – sebahagian daripadanya baik dan ada yang tidak begitu baik. Tetapi sebagai pemimpin kita tidak ada kemewahan masa untuk mengatakan bahawa kita akan menangani cabaran semasa terlebih dahulu dan kemudian baru beralih kepada urusan membina masa hadapan. Kedua-dua ini perlu dibuat serentak – kalau tidak, kita akan sentiasa ketinggalan dan perlu mengejar kembali.

Berkaitan: 5 Soalan Menilai Diri Untuk Maju Sebagai Pemimpin Hebat

4. “Tetapi dalam syarikat saya yang terdahulu…”

Kita tidak boleh selalu membuat perbandingan dengan syarikat kita yang lepas. Pemimpin yang paling berjaya akan tahu bila masanya mereka perlu melepaskan pengajaran dahulu dan menyemai rasa ingin tahu untuk belajar yang baharu. Kita tidak boleh membenarkan kepakaran kita menjadi penghambat yang menyempitkan pemikiran kita dan mengekang pandangan kita. Memang naluri insaniah kita untuk membuat perbandinan tetapi ia perlu dikurangkan.

5. “Saya tidak boleh meminta pertolongan di peringkat saya – ia akan memberi gambaran seolah-olah saya ini lemah.”

Mungkin seseorang memberitahu kita pada suatu ketika bahawa sebagai pemimpin, kita perlu mempunyai semua jawapan. Tetapi tiada siapa yang memilikinya. Tiada siapa. Sehingga kita bertanya atau mencari bantuan; kita akan terlepas peluang menimba pengetahuan berharga yang ada pada orang lain. Dan ingatlah kita harus terus bertahan dalam jangka pendek untuk memberi impak kepada jangka sederhana dan panjang. Sekiranya mungkin, kita perlu mencari seseorang dalam pasukan/organisasi kita yang boleh kita bersandar.

6. “Saya perlu membuat visi  dan peta jalan – hanya kemudian saya akan membuat keputusan.”

Tiada siapa yang menjangkakan kita mencadangkan visi pada hari/minggu/bulan pertama, terutamanya bukan tanpa melibatkan pasukan anda dalam proses tersebut dan tanpa memahami organisasi yang anda sertai. Tetapi beberapa kemenangan kecil dan keputusan sehari-hari dan menangani apa yang memerlukan perhatian kita adalah penting untuk membina momentum dan membuktikan kredibiliti semasa kita memikirkan pelan jangka sederhana/panjang.

Akhir kata

Ini adalah beberapa perangkap kesulitan biasa yang menjejaskan prestasi pemimpin baharu yang boleh dielakkan jika kita memberi tumpuan kepada usaha menjalin hubungan berbanding bertindak, mendengar berbanding bercakap, dan memahami berbanding membuat jangkaan. Dan lebih baik lagi, membuat renungan dan mendapatkan maklum balas secara berkala. Berusahalah untuk mengatasi kesulitan biasa ini dan anda akan bergerak maju menjadi pemimpin baharu yang hebat!  

 

Shilpa Vaid ialah seorang pemimpin bisnes yang bersemangat sekali dalam membentuk dan membina organisasi, budaya, bakat dan pemimpin. Untuk membaca artikel ini, klik New Leaders: Avoid these 6 common pitfalls.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Anda Seorang Pemimpin

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Akhir tahun

Adakah Anda Sudah Mengira Detik?

Oleh Michelle Gibbings. Percutian sentiasa sesuatu yang dinanti-nantikan, dan kita sering memperoleh banyak kegembiraan semata-mata daripada jangkaan percutian. Berikut ialah lima petua untuk membantu anda mengurus tarikh akhir, menamatkan tahun anda dengan jayanya dan bersedia untuk rehat yang anda perolehi dengan baik.

Dec 05, 2022 5 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Kepimpinan Itu Ekstrem

Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!

Jul 16, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest