7 Langkah Mencapai Kebebasan Kewangan

Aug 01, 2018 1 Minit
wang, kewangan

Apakah perkataan dengan tiga suku kata yang menjadi kegemaran saya? Satu suku kata itu ialah ‘ma’. Jika tekaan anda ialah ‘percuma’, anda betul.

Dalam bulan Ogos ini, kita panjatkan syukur atas usaha Perdana Menteri kita yang pertama, barisan menteri dan pemimpin politik, kerana kini kita bakal meraikan hari kemerdekaan tanah air yang tercinta.

Pada sambutan hari Merdeka yang julung kali diadakan, diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, laungan kalimah Merdeka bergema sebanyak tujuh kali bagi memperingati detik bersejarah tersebut.

Bertitik tolak dari sini, kali ini ingin saya bicarakan satu lagi kebebasan, iaitu usaha untuk mencapai kebebasan kewangan dengan lebih kukuh, yang merangkumi tujuh langkah.

1. Perhati perbelanjaan anda 

Agak memalukan jika anda tidak dapat menjelaskan ke mana wang anda pergi, untuk apa ia dibelanjakan. Gunakan buku nota, perancang atau aplikasi telefon untuk memastikan supaya anda sentiasa peka dengan perbelanjaan sendiri.

2. Jadi seorang yang bertanggungjawab

Sama ada tanggungjawab terhadap ibu bapa, atau kepada diri sendiri, sekiranya anda tidak bertanggungjawab dengan wang sendiri, tidak lama wang dalam akaun bank akan lesap, tanpa anda sedari ke mana wang anda mengalir. Sikap ini juga boleh menyebabkan orang lain melabelkan anda sebagai seorang yang cuai dan tidak bertanggungjawab.

3. Pastikan anda benar-benar memerlukan sesuatu sebelum mendapatkannya

Produk rambut itu mungkin membuatkan anda tampil segak dan berjaya. Anda rasa beg tangan baharu itu mungkin dapat menyempurnakan hidup anda. Keinginan untuk menaik taraf tiket ke kelas pertama mungkin rasa seperti idea terbaik dalam hidup. Walau bagaimanapun, ambil masa untuk benar-benar fikirkan akibat jangka panjang daripada perbuatan anda.

Berkaitan: Petua Untuk Graduan Baharu

4. Ukur baju di badan sendiri

Melainkan anda ada saudara atau rakan nun jauh di sana di pelosok dunia yang bermurah hati mendermakan seguni wang ke dalam akaun bank anda, saya berani menjamin simpanan wang anda ada batasnya. Rasanya hebat jika dapat bersuka ria pada masa sekarang, namun tindakan anda pada hari ini lambat laun mungkin menghantui anda suatu hari nanti.

5. Sentiasa peka dengan keperluan kewangan semua tanggungan secara menyeluruh

Jika anda sudah memegang status sebagai pekerja, anda mungkin mempunyai tanggungan selain daripada diri sendiri. Boleh jadi pasangan, anak-anak, ibu bapa, ataupun binatang kesayangan, maka cara anda berbelanja turut sama memberi kesan kepada orang lain. Memanglah pada dasarnya perbelanjaan anda tidak menjejaskan negara, namun ini tidak bermaksud keperluan insan yang bergantung pada anda kurang penting.

6. Jangan gunakan wang bukan milik anda

Kenyataan ini jelas, tetapi anda mungkin terkejut apabila menyedari ramai yang terjerat dalam hutang disebabkan oleh perbelanjaan kad kredit tanpa kawalan. Sementara itu, jangan jadikan tabiat berhutang sebagai kebiasaan, kerana hakikatnya anda perlu membayar semula hutang tersebut, sama ada dalam bentuk wang dan/atau hubungan anda dengan si peminjam menjadi renggang.

7. Sentiasa mempunyai hati nurani yang ikhlas 

Cara terbaik untuk sentiasa sedar diri dalam berbelanja adalah dengan bertanya pada diri sendiri: adakah saya bakal menghadapi masalah sekiranya orang lain mengetahui pendapatan dan/atau cara saya berbelanja? Jika jawapannya ya, maka anda perlu luangkan masa untuk merisik hati nurani diri.

Akhir kata

Kebebasan kewangan yang sebenar bukannya sekadar memiliki wang yang cukup, tetapi juga ketenangan hati dan minda apabila kita bijak membelanjakan wang. Acapkali, kehidupan yang sederhana namun damai dan tulus ​​jauh lebih baik daripada lakonan, pembohongan, dan penyelewengan demi memastikan hidup tampak mewah.
 

Selamat menyambut Hari Merdeka, dan pandai-pandai menjaga perbelanjaan.

 

Untuk membaca ini dalam bahasa Inggeris, klik Seven Steps To A Greater Financial Freedom

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Kewangan, Kebolehan Diri

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Pemimpin

3 Cara untuk Menjadi Pemimpin yang Yakin

Oleh William Arruda. Anda perlu mempunyai keyakinan untuk dapat membuat keputusan yang kukuh dan selamat. Satu-satunya cara untuk melakukannya ialah mendapatkan pengalaman kepimpinan dunia sebenar.

Jan 03, 2023 5 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Biar Mereka Gagal

Setiap pemimpin yang hebat pasti pernah gagal berulang kali dalam kembara kehidupannya. Belajar daripada setiap kegagalan. Jangan ulanginya. Jadikan kegagalan-kegagalan itu sebagai batu asas kejayaan masa hadapan. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Tidak Mengapa, Biar Mereka Gagal.

Jul 06, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest