Menghindari Rasa Keletihan Mesyuarat dalam Talian yang Berterusan

May 20, 2020 3 Minit
rasa keletihan

Kebelakangan ini, mungkin ramai yang bekerja tanpa henti terutamanya apabila mesyuarat dalam talian dijalankan secara berterusan. Kini, komunikasi alam maya adalah perkara yang tidak asing lagi buat ramai orang semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Dari sudut pandangan seorang pemimpin, ini adalah kelebihan di mana semua orang dapat hadir dan menyertai mesyuarat tersebut tidak kira di mana mereka berada. Online meeting sangat mudah dilakukan, tetapi kemudahan ini mempunyai kekurangan yang tersendiri dan dapat menjejaskan kesihatan kita.

Mungkin anda perlu mengambil kopi ketika 5 minutes break untuk mesyuarat, berjalan ke bangunan yang lain atau mengambil masa selama 15 minit untuk ke tempat mesyuarat. Walaupun ia hanya 5 minit masa yang anda ambil untuk bercakap dengan rakan sekerja atau mengambil air kosong, ia telah membantu anda untuk kembali fokus semula. Sebilangan orang menghabiskan berjam-jam setiap hari untuk hadir mesyuarat dalam talian.

Jadi, untuk menghindari rasa letih kerana mesyuarat yang berterusan, saya bergerak dan melakukan senaman atau regangan ringan untuk meningkatkan peredaran darah dan merehatkan mata dari terus memandang skrin untuk jangka masa yang lama walaupun hanya 5 minit.

Untuk mengelakkan rasa letih, di sini ada beberapa tip-tip untuk pemimpin, atau kepada individu di luar sana, yang saya temui sangat berguna untuk mengelakkan sebarang masalah.

Tanya diri anda jika mesyuarat tersebut adalah perkara yang perlu

Kebelakangan ini, segala perkara yang perlu dibincangkan akan dilakukan melalui mesyuarat dalam talian. Tapi adakah ia diperlukan? Banyak masa yang telah dibazirkan untuk pergi dan balik, dan akhirnya, keputusan akan dibuat selepas satu atau dua jam berlalu sedangkan ia boleh hanya dilakukan selama 15 minit.

Penggunaan WhatsApp atau e-mel adalah alternatif yang lebih baik, jika mereka memberitahu perkara tersebut terus terang, ringkas dan jelas dalam komunikasi. Jika isu tersebut penting, bermaksud, perlu adakan talian mesyuarat (online meeting).

Rehatkan mata anda

Ketika menggunakan komputer riba untuk jangka masa yang panjang, cuba ikuti follow the 20-20-20 Rule yang membantu untuk meregangkan mata yang melihat skrin terlalu lama. Setiap 20 minit, larikan pandangan mata anda dari skrin untuk 20 saat dan lihat sesuatu yang 20 kaki jauhnya. Ini membantu untuk merehatkan otot mata dari terus tegang.

Bangun dan bergerak

Tubuh kita bukan diciptakan untuk duduk terlalu lama. Setiap jam, lakukan dua atau tiga regangan di meja anda untuk mengurangkan rasa sakit di leher, bahu dan juga di tempat lain. Regangan yang singkat juga membantu untuk mengurangkan rasa tekanan dan ketengangan yang kita rasa ketika duduk di hadapan komputer riba.

Kelebihan kuasa tidur (nap)

Tidur jangka masa yang pendek (10-20 minit), ia membantu memberikan anda tenaga untuk fikiran dan juga kepekaan. Tidur untuk jangka masa 10-20 minit pada waktu tengahari lebih ideal, tetapi jika tidur melebihi 30 minit boleh menyebabkan rasa kesal dan keletihan.

Justeru, alat peranti juga mempunyai masa untuk berehat dari penggunaan sepanjang hari, oleh sebab itu, ambil lah kesempatan untuk memberi masa rehat pada diri sendiri.

Lakukan 5 minit meditasi

Walaupun meditasi yang ringkas memberi kebaikan yang besar. Bila kita menutup mata, fokus terhadap pernafasan kita dan mengutamakan diri kita pada masa ini, ia membantu mengurangkan tekanan terhadap ‘senarai kerja’ yang kita fikirkan. 5 minit meditasi juga berguna untuk mereka yang gementar untuk membuat ucapan atau persembahan. Meditasi sangat baik dilakukan setiap hari.

Akhir sekali, jika anda letih, minta diri untuk tidak hadir

Melainkan jika kehadiran anda adalah wajib (contohnya: anda perlu memberi update atau memberi report), kebanyakan pemimpin memberi kebenaran jika anda meminta diri untuk tidak hadir dalam online meeting dan mendapat laporan selepas itu. Pemimpin yang baik pasti memberi ruang bagi mereka yang memerlukan, pekerja yang gembira (dan cukup rehat) akan menjadi lebih kreatif dan bertenaga.

 

Untuk mendengar lebih, tekan disini dan untuk berhubung dengan lebih lanjut, e-mel di editor@leaderonomics.com 

 

 

 

 


 

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Menyingkap Intipati Kepimpinan Sejati: Apa yang Anda Perjuangkan?

Oleh Ella Zhang. Apa yang diperlukan untuk mempunyai kepimpinan yang sebenar? Selidiki nilai teras, watak dan daya tahan untuk memimpin secara tulen.

Aug 06, 2023 4 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Kepimpinan Itu Ekstrem

Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!

Jul 16, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest