Oleh ROSHAN THIRAN

“Jangan memandang rendah sekumpulan kecil yang mempunyai idea, komitmen pada mereka mampu untuk mengubah dunia; itu sahaja yang pernah berlaku.” – Margaret Mead

Pada tahun 2011, seorang budak perempuan yang berumur 18 tahun menemui satu masalah isu iaitu perubahan iklim: mengapa tiada tindakan yang diambil? Dunia semakin merosot.

Beliau semakin meningkat dewasa, tujuh tahun kemudian meningkat remaja dan bertekad menyedarkan orang lain tentang masalah tersebut dan beliau menjadi seorang aktivis alam sekitar. Pada Ogos 2018, ketika waktu sekolah beliau banyak menghabiskan masanya di parlimen Sweden, menyeru agar orang ramai untuk mengambil perhatian akan isu ini. Sepanjang demokrasi tersebut, beliau membawa sepanduk yang bertulis ‘Skolstrejk for klimatet’.

Seluruh dunia mengetahui kesungguhan yang mahu dilakukan oleh seorang remaja perempuan berasal dari Sweden, Greta Thunberg, dimana ia membawa pengaruh terhadap pelajar-pelajar dari sekolah lain. Pada tahun 2019, dari pelbagai negara, ramai orang kagum akan keberanian bersuara yang dilakukan oleh seorang anak muda perempuan ini.

“Perubahan tidak akan berlaku jika kita menunggu seseorang, atau kita menunggu hari yang lain. Kita menunggu diri sendiri untuk itu. Kita adalah seseorang itu yang seharusnya melakukan perubahan.” – Barack Obama

Beberapa tahun selepas itu, beliau menjadi seorang yang terkenal kerana keazamannya. Beliau juga telah menjadi pemimpin yang membawa pengaruh yang kuat untuk perubahan iklim.

Kerana dedikasinya terhadap isu pemanasan global ini memjadikan perbualan orang ramai. Walaupun apa pun pandangan orang lain, mereka tidak mengambil apa-apa tindakan.

Perkara yang memukau saya bukanlah bagaimana Greta mengharungi masalah yang ada tetapi beliau terus berjuang melakukan perkara yang beliau percaya walaupun keadan beliau yang kurang sihat (Greta disahkan mengidap sindrom Asperger). Walaupun keadaan begitu, beliau masih memberi pengaruh yang sangat kuat kepada seluruh dunia.

Sebagai penghargaan jasa beliau, Greta Thurnberg telah dianugerahkan Royal Scottish Geographical Society, dan telah dinobatkan Nobel Peace Prize, beliau juga tersenarai diantara 100 Most Influential People pada 2019 oleh Time Magazine.

Di Leaderonomics, kami juga bekerjasama dengan belia yang mempunyai keyakinan dengan potensi mereka untuk menjadi seorang pemimpin, bukan itu sahaja, mereka juga seorang yang peka dengan keadaan sekeliling seperti sosial isu, kreatif, dan inovatif. Ia adalah satu kegembiraan dapat melihat orang-orang muda di Malaysia mempunyai kekuatan dan kebolehan yang mereka boleh melakukan banyak perkara.

Kita selalu memandang rendah dan salah faham terhadap orang-orang muda bahawa mereka juga boleh memberi sumbangan terhadap masyarakat. Greta Thurnberg ialah contoh belia yang harus dicontohi. Jika anda benar-benar melakukan sesuatu perubahan, lakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Greta Thurnberg, Malala Yousafzai, Sophie Cruz, Easton LaChappelle, Boyan Slat adalah diantara anak-anak muda yang tidak menunggu orang lain untuk melakukan perubahan. Tetapi, mereka sendiri melangkah untuk menjadi seseorang individu tersebut. Setiap mereka percaya bahawa, tiada had umur untuk seseorang jika benar-benar mahu melakukan perubahan.

“Anda mempunyai musuh? Bagus. Bermakna anda mempunyai pendirian terhadap sesuatu, sesuatu di dalam kehidupan” – Winston Churchill

Sudah tentu, Greta Thurnberg, Malala dan anak-anak muda aktivis yang lain dikritik atau tidak disokong apa yang mereka mahu lakukan. Komitmennya membawa beliau terus berdiri teguh, menghadapi kritikan, sehingga membuatkan ramai anak muda yang lain sedar dan kagum.

Sebaliknya, mereka juga faham dan menerima ini semua juga adalah sebahagian cabaran yang harus mereka hadapi kerana perubahan yang mereka mahukan. Pengkritik akan sentiasa mengkritik dan menjatuhkan orang-orang lain. Ia adalah satu pengajaran dimana orang dewasa juga belajar daripadanya.

Setiap kita mempunyai pandangan sendiri terhadap perubahan iklim, begitu juga Greta Thurnberg, tetapi artikel ini untuk meraikan orang muda, kesungguhan dan kesanggupan mereka untuk memberi sumbangan terhadap dunia. Ia juga adalah panggilan buat pemimpin-pemimpin – bukan sahaja mendengar permintaan mereka tetapi, membina hubungan dan mendengar apa yang mereka tawarkan, sama ada di sekolah atau komuniti, atau di organisasi apabila mereka terlibat mengikuti pasukan tersebut.

Anak-anak muda selalu dipandang rendah dan dikatakan tidak mempunyai kebolehan melakukan sesuatu perkara, mereka juga dikatakan kurang berilmu dan tiada pengalaman yang cukup tetapi, kita selalu mengatakan bahawa anak-anak kita adalah masa depan negara.

Akhir sekali, masa depan kita dicipta sekarang. Hari besok adalah terpulang pada pilihan yang kita lakukan sekarang. Ia akan menjadi teruk jika kita kehilangan anak muda yang berpotensi sekrang kerana tidak membiarkan mereka terlibat dalam banyak perkara untuk membina masa depan yang baik.

Anak-anak muda mempunyai potensi untuk mencipta sesuatu yang positif yang membawa perubahan terhadap dunia.

 

 

Untuk membaca dalam Inggeris, klik One Person Can Change The World – And Children Are Teaching Us HoW

3 KOMEN-KOMEN

  1. Sy amat meminati artike tersebut,mmng betul org muda hrus dibagi peluang utk mngemukakan idea mereka krna INI secara tidak langsung akn melatih kepimpinan DLM diri anak muda sekrng.trutama skrng dikmpung2 org2 tua x ambil atu x memngalakkan org2 muda utk mngikuti kempiminin DLM masyarakat khususnya.

  2. Alasan mereka org muda trlalu mntah atu Blum matang memikirkn Dan membuat sbrng kputusan.sy mnta pndpt DRI leaderonomics cara membuang/megubah pemikiran masyarakat trhdp golongan muda yg kononnya masih kebudak-budakan.

    • Terima kasih atas comment “santulius” – memang susah utk mengubah cara fikiran (atau mindset) sesiapa pun. Kami dipupuk dari usia yang muda bahawa beginilah dunia ini, dan “mindset” ini akan kekal utk lama. Ia hanya boleh diubah jika kami dapat pengalaman yang bertentangan dengan “mindset” yang dipegang ini. Sebagai contoh, jika kami percaya bahawa kaum kami saja yang berkebolehan, jika dapat satu experience yang positif dari seorang yang bukan dari kaum kami, kami akan mula berfikir “betulkah hanya kaum saya saja yang berkebolehan.” Jika pengalaman ini berterusan dengan banyak lagi orang dari kaum yang lain, lama-kelamaan kami akan bertukar pendapat dan fikiran kami.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Please enter your name here