Pasukan Sokongan Adalah Pemboleh Kritikal Bagi Kejayaan Peribadi

Jun 17, 2019 1 Minit
pasukan, sokongan pasukan

Bayangkan ini.

Anda sedang berlari maraton dan baru sahaja melepasi jarak 41km daripada 42.1km maraton penuh. Sekiranya rentak lari anda sama dengan rentak lari saya, ini bermakna anda sudah berada dalam terik matahari selama kira-kira empat jam. Anda sungguh letih dan hampir hendak merangkak ke garis penamat.

Anda mula melihat ramai orang bersorak menyokong anda ketika anda mendekati garis penamat; anda juga ternampak keluarga dan rakan-rakan anda di garis tepi, begitu bersemangat menggalakkan anda. Anda mula terasa suntikan darah dan tenaga yang tidak dapat dikatakan. Anda mengerah kesemua tenaga anda, mencepatkan rentak, dan melintasi garis penamat dengan penuh kemegahan.

 

Galakan daripada penyokong, baik yang dikenali mahupun yang tidak dikenali, tetap akan menyuntik semangat setiap insan untuk memberi persembahan yang terbagus.

Kelebihan bermain di tempat sendiri adalah fenomena yang cukup ketara dalam dunia sukan; satu kajian tentang lebih 400,000 perlawanan yang dimainkan sepanjang 20 tahun dalam Liga Perdana Inggeris menunjukkan bahawa 60 peratus daripada kesemua poin dimenangi dalam perlawanan di tempat sendiri.

Ramai atlet, pelakon dan ahli politik yang hebat cukup tertarik dengan sanjungan luar biasa yang diterima. Ia mengapi-apikan semangat dalam mereka untuk mencapai tahap prestasi yang lebih hebat lagi.

Beberapa kejayaan cemerlang yang saya nikmati sepanjang kerjaya saya adalah apabila saya dikelilingi pasukan sokongan yang cukup sempurna. Kami begitu bersatu dalam mengerjakan usaha untuk mencapai matlamat kami.

Memang penting sekali untuk membina pasukan sokongan yang dapat menggerakkan setiap kita untuk mencapai prestasi yang terbaik dalam kerjaya dan kehidupan peribadi kita.

Garis panduan untuk membina pasukan sokongan

Berikut adalah beberapa garis panduan untuk mengaturkan ini dalam cara yang bermakna:

1. Himpunkan pasukan sokongan yang terdiri daripada rakan-rakan, keluarga, mentor dan klien. Lebih besar pasukan ini  lebih baik kesannya. Kita juga boleh menggunakan rangkaian media sosial kita. Bagi kebanyakan kita, adalah lebih baik untuk mewujudkan kumpulan peribadi daripada melibatkan semua mereka yang berada dalam rangkaian media sosial kita.

2. Maklumkan cita-cita dan matlamat-matlamat kepada mereka. Ambil maklum balas mereka untuk membantu anda membina matlamat-matlamat ini. Anda juga perlu cukup jelas dengan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencapai kejayaan. Kita melakukan ini dengan agak  dalam zaman pembentukan hidup kita apabila kita mengumumkan matlamat-matlamat pendidikan kita; jadi kenapa tidak pula berbuat demikian sekarang?

3. Berkongsi kemajuan anda berhubung matlamat-matlamat ini baik kejayaan mahupun kegagalan — dengan pasukan sokongan anda. Mereka adalah penambat terbesar anda dalam masa-masa yang mencabarkan. Anda boleh berkongsi prestasi ini secara individu atau dalam kumpulan kecil.

4. Raikan kejayaan anda dengan mereka. Anda boleh menggunakan proses empat langkah ini untuk sebarang matlamat: mencari pekerjaan baharu, berlari maraton, menjadi pendengar yang lebih baik, malah untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Berkaitan: Siapa Lipat Payung Terjun Anda?

Pengalaman diri

Pada tahun 2018, saya memulakan cabaran dan transformasi kehidupan yang paling besar. Saya mengerah keberanian untuk meninggalkan majikan dan kerjaya yang telah memberi saya pembelajaran yang luar biasa selama hampir 21 tahun.

Semasa saya memulakan perjalanan baharu ini, saya cukup beruntung  kerana mempunyai pasukan sokongan yang luar biasa yang terdiri daripada rakan-rakan dan keluarga — mereka semua telah bersorak memberikan saya galakan. Terima kasih kepada setiap seorang daripada anda dalam pasukan sokongan saya.

Akhir kata

Kita semua akan berlari maraton kehidupan masing-masing dan kita akan berlarii pada rentak yang berbeza. Tetapi pasukan sokongan boleh memastikan kita mencungkil yang terbaik daripada diri setiap kita.

Saya berharap ini akan mengilhamkan anda untuk mula membina dan menyampaikan visi, tujuan dan aspirasi anda dengan pasukan sokongan anda pada masa-masa akan datang.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Your Support Team Is a Critical Enabler for Personal Success.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Perwatakan, Hubungan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

11 Kemahiran Kepimpinan untuk Dibina Pada 2024 untuk Eksekutif dan Pemimpin Baru Muncul

Oleh William Arruda. Dedahkan kemahiran penting untuk kepimpinan moden pada tahun 2024. Daripada kecerdasan emosi kepada celik digital, temui kecekapan yang mentakrifkan pemimpin yang berjaya dalam landskap kerja yang berubah. Kemahiran ini, menggabungkan kemahiran tradisional dan insaniah, membentuk asas untuk pemimpin mengharungi kerumitan, memupuk keterangkuman dan memacu inovasi dalam persekitaran dinamik hari ini.

Jan 07, 2024 3 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Jadilah Pemimpin: Mengukir Sesuatu Kelainan Yang Ketara

Sesuatu kelainan yang ketara boleh diukir untuk meninggalkan impak yang besar. Tetapi, ia harus bermula dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengukir sesuatu kelainan.

Feb 14, 2017 0 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest