#TanyaRoshan: Boleh Berjaya Dalam Hidup Tanpa Sijil?

Jan 04, 2019 2 Minit
Alt

“Anak lelaki saya berumur 18 tahun. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysianya kurang baik. Buat masa ini, dia bekerja sebagai tukang masak sambilan.

Saya asyik menasihatkannya supaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran seperti dalam industri pembinaan atau pertanian. Tetapi dia enggan. Dia berkata, tidak semestinya orang yang tiada sijil atau diploma tidak boleh berjaya dalam hidup.

Apakah yang boleh saya buat untuk meyakinkan anak saya supaya kembali belajar?”

“Cadangan Puan bernas sekali. Dalam dunia kerja yang sengit bersaing ini, adanya kelebihan jika seseorang lepasan sekolah beroleh sijil (baik diploma mahupun ijazah) sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Ini kerana untuk mana-mana jawatan kosong, berpuluh-puluh, malah beratus-ratus orang akan memohon untuk jawatan itu. Sekiranya seseorang calon tidak mempunyai sebarang sijil, peluangnya agak tipis untuk dipanggil untuk sesi temu duga.

Ya, memang ada orang yang tiada sijil pun yang berjaya, berjaya besar pula itu! Tetapi kebanyakan kita bukan Jack Ma, Bill Gates, Richard Branson — kita insan biasa-biasa tetapi diberkati dengan bakat-bakat tertentu yang perlu kita nyalakan untuk mencapai kejayaan.

Jadi, nasihat saya buat anak Puan adalah dia mesti ketahui nyala rasa sejati diri. Dia perlu meluangkan masa untuk membuat renungan serius tentang masa hadapannya — apakah yang ingin diceburi dan dicapai. Lepas itu orak langkah ke arah mencapai impian itu. Sekiranya dia terbuntu jalan dalam kembaranya, tidak apa. Sesuaikan semula dan bergerak ke hadapan. Lebih baik berikhtiar dan melakukan sesuatu daripada langsung tidak mengambil apa-apa tindakan, atau cuma membiarkan hidup ditiup haluan angin hari demi hari.” — ROSHAN THIRAN

Berkaitan: Dah Selesai Peperiksaan… Nak Buat Apa Sekarang?

 

Roshan Thiran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leaderonomics, serta penulis dan penceramah kepimpinan yang berwibawa. Sekiranya anda ada soalan berkaitan dengan kecemerlangan kerjaya dan kepimpinan, anda boleh menghubungi beliau melalui roshan.thiran@leaderonomics.com atau Facebook.

 

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Kebolehan Diri

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Imej Vektor

Pasaran Digital dan Kepimpinan dan Pembangunan – Keupayaan Masa Depan (Bahagian 3)

Oleh Arun Nagarajah. Temui arah aliran masa depan dalam kepimpinan digital dan pasaran pembangunan: peningkatan pendedahan jenama, saluran pemasaran yang dipertingkatkan dan kuasa bukti sosial.

Jun 06, 2023 5 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pembelajaran Efektif Melalui Pengalaman

Cuma 10% daripada pembelajaran efektif diperolehi daripada latihan dalam kelas, 70% adalah berasaskan pengalaman, dan 20% adalah melalui pemerhatian.

Apr 13, 2018 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest