Wajarkah Ijazah Menentukan Pekerjaan Atau Karier?

Mar 26, 2018 1 Minit
pengajian, ijazah

Dilemanya begini: Anda dah tamat pengajian tetapi menyedari kemudian ia tak serasi dengan nyala rasa anda. Jadi, bagaimana?

Anda berjaya mendapat ijazah dalam bidang falsafah sedangkan pada tahun akhir pengajian, anda sedari yang anda sebenarnya ingin menjadi seperti Mark Zuckerberg.

Ibu bapa anda memaksa anda mengikuti jurusan perubatan tetapi jantung anda tidak berdegup untuk pesakit (sekadar bermain dengan maksud kata-kata!).

Anda memperoleh ijazah perakaunan, tetapi minat anda sebenarnya pada fesyen.

Jadi, patutkah ijazah universiti menentukan pekerjaan anda? Jawapannya, tidak.

Anda boleh mencari pekerjaan berdasarkan ijazah anda, tetapi itu bukan satu kemestian bagi menentukan kejayaan.

Bagi mereka yang tidak mahu mempraktikkan bidang pengajian yang ‘terpaksa ditempuhi’, ini adalah berita baik. Tidaklah mustahil sekiranya seseorang ‘menukar fikiran’ setelah tamat belajar.

Berikut adalah beberapa pandangan yang boleh diambil kira:

1. Tidak mustahil ‘menukar haluan’ selepas tamat belajar 

DENGAN SATU LANGKAH BERANI, KEHIDUPAN SAYA BERUBAH SELAMA-LAMANYA.

Saya bekerja dalam bidang pemasaran tetapi sebenarnya saya tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang itu. Perkara ini membuatkan orang lain terkejut. 

Saya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi, iaitu kursus yang menitikberatkan matematik dan yang lebih sesuai untuk tadbir urus dan penggubalan dasar. Pada usia 15 tahun, saya bercita-cita menjadi peguam. Jadi, saya ingat kursus ini boleh dianggap sebagai pelengkap kursus pra undang-undang.

Tetapi kehidupan saya berubah empat tahun kemudian. Saya mengambil keputusan meninggalkan bidang guaman dan menceburi dunia korporat.

Saya mendapat kerja sebagai pelatih pengurusan dan dibimbing untuk mencuba bidang pemasaran. Saya bersetuju kerana saya sememangnya sentiasa kagum dengan seni meyakinkan orang ramai untuk membeli sesuatu produk.

dengan satu langkah berani, kehidupan saya berubah selama-lamanya.

Saya menyedari bahawa pemasaran bukan hanya tentang mempunyai kekreativan yang luar biasa.

Lebih daripada glamor membuat iklan televisyen atau video YouTube, kerjaya saya memerlukan kemahiran yang sangat penting dan ia berkaitan dengan kursus saya di universiti: peramalan.

Tidak kira apa produk yang dijual atau perkhidmatan yang ditawarkan, pemasar akan terus bekerja dengan lembaran hamparan untuk meramal inventori dan jualan.

Dan saya tidak bersendirian. Ada antara kawan-kawan saya yang memperoleh ijazah kejuruteraan tetapi kini bekerja sebagai eksekutif jualan bagi Apple, Samsung dan HTC. Mereka tidak mengehadkan pilihan mereka kepada pekerjaan berkaitan teknikal atau sains.

Ini kerana kemahiran menjual boleh dipelajari sepanjang masa tetapi pengetahuan asas tentang komputer tidak boleh dipelajari dalam masa yang singkat.

Di negara-negara lain, kerjaya ahli antropologi atau ahli etnografi tidak hanya terhad di muzium, akademia atau kerja sosial. Google, Intel dan Microsoft kini menggaji mereka untuk pekerjaan melibatkan interaksi manusia dengan teknologi.

Usahawan dan pemilik syarikat permulaan di Lembah Silikon besar kemungkinan adalah siswazah IT atau kejuruteraan, tidak semestinya siswazah perniagaan sahaja.

Kuncinya adalah menjadi berani untuk melawan tanggapan salah yang biasa bahawa bahagian sumber manusia tidak akan memanggil anda untuk temu duga hanya kerana kursus anda berbeza.

Berkaitan: Percayalah Kepada Keberanian Kata Hatimu!

2. Lebih belajar daripada pengalaman bekerja

70% daripada melakukan tugasan (melakukan tugasan secara rutin dan mengulangi apa yang memberi pulangan dan mengelakkan daripada yang tidak)

Dalam kebanyakan kes, apa yang dipelajari di universiti hanyalah perkara umum tentang ‘membuat kerja dengan efisien’.

Sebagai contoh, anda belajar ilmu kira-kira pada tahap yang lebih tinggi, perbendaharaan kata dan keupayaan menulis yang lebih sofistikated, serta pemahaman mendalam tentang budaya, dunia dan penyakit masyarakat.

Mana-mana ijazah universiti dapat memberi anda kesemua ini, tetapi hanya pada asasnya sahaja.

Gambaran yang lebih meluas adalah mengaplikasinya kepada tugasan tertentu di tempat kerja.

Anda mungkin pernah mendengar tentang model pembelajaran dan perkembangan popular 70-20-10 yang berasaskan kajian yang dijalankan oleh Morgan McCall dan rakan-rakan sekerjanya.

Dalam kajian tersebut, mereka merumuskan bahawa pengajaran yang didapati oleh pengurus-pengurus yang berjaya datang daripada sumber berikut:

  • 70% daripada melakukan tugasan (melakukan tugasan secara rutin dan mengulangi apa yang memberi pulangan dan mengelakkan daripada yang tidak)
  • 20% daripada orang ramai (maklum balas dan pemerhatian yang dikongsi oleh bos, rakan sekerja dan lain-lain)
  • 10% daripada kursus dan pembacaan

Apa maksudnya ini? Maknanya, walaupun anda terlepas semua kelas di universiti (atau dalam kes saya, tidak pernah masuk ke kelas pemasaran langsung!), anda masih mempunyai peluang untuk bersaing kerana pekerjaan itu sendiri yang akan menjadi guru yang baik.

Berkaitan: Berilah Saya Peluang!

Inilah mengapa saya selalu menekankan bahawa pengalaman akan mengatasi kelayakan sijil walaupun daripada universiti paling terkemuka.

Pada peringkat permulaan, saya melakukan pelbagai jenis kesilapan semasa menyiapkan iklan televisyen dan poster untuk bekas majikan saya. Apabila saya semakin mahir dalam melakukannya, makin kurang juga kesilapan yang saya lakukan.

Belajar dengan melakukan adalah mantera saya. Saya menyambut baik kegagalan. Saya mahu merasai kegagalan pada peringkat awal dan secepat mungkin supaya saya dapat mengelakkan diri daripada melakukannya apabila saya meningkat dewasa.

Saya tidak berasa kesal hari ini. Saya memang seorang pelajar yang ingin tahu. Saya sangat suka bertanya soalan kepada mentor dan bos saya hinggakan sampai ke peringkat menjengkelkan.

Saya meminta kebenaran untuk menyertai mesyuarat bahagian pemasaran lain yang tiada kena-mengena dengan projek saya kerana saya belajar banyak perkara baharu dengan hanya mendengar.

Saya juga pernah menghadiri acara dan konsert yang dianjurkan industri yang luar biasa, seperti mereka yang menjual kain napkin atau alat pembunuh nyamuk.

Saya memerhatikan amalan terbaik mereka yang boleh saya aplikasikan pada jenama saya.

Saya cukup matang untuk mendapat maklum balas tentang kelemahan saya walaupun ia menyakitkan hati.

Sedikit demi sedikit, setelah melalui liku-liku yang penuh berduri dan menempuh kejayaan demi kejayaan, saya memulakan kerjaya sebagai pemasar walaupun tidak mempunyai latihan formal dalam bidang itu.

Kejayaan menjadi semakin manis apabila bos saya yang pertama memberitahu saya, “Sekarang awak sebahagian daripada mereka.”

3. Kemahiran insani penting dan tidak dapat dipelajari dalam kelas

Sebaliknya, dia hanya ingin melihat jika anda dapat bekerja dengan ahli kumpulan, atau jika anda dapat mengetuai projek dengan ahli kumpulan yang jauh lebih tua daripada anda.

Apa yang menentukan kejayaan anda dalam bidang kerjaya yang dipilih?

Mendapat ijazah dalam pengkhususan yang diingini semestinya akan memberi anda kelebihan. Tetapi teori tidak berguna jika anda tidak dapat mengaplikasinya dalam dunia sebenar.

Bos anda tidak akan kisah jika anda lulus dengan keputusan yang cemerlang atau jika anda berada dalam senarai dekan.

Sebaliknya, dia hanya ingin melihat jika anda dapat bekerja dengan ahli kumpulan, atau jika anda dapat mengetuai projek dengan ahli kumpulan yang jauh lebih tua daripada anda.

Dia akan risau jika anda tidak dapat membuat pembentangan PowerPoint dengan 10 helaian slaid, dengan yakin.

Bos anda akan memerhatikan tenaga anda dan memeriksa cara anda membuat keputusan dalam kesamaran, serta pada masa ketiadaannya.

Ciri-ciri ini yang membentuk kemahiran insani: sikap anda, personaliti, motivasi, dan kecerdasan emosi (EQ) – semuanya tidak mungkin diajar di sekolah.

Ini sangat diperlukan apabila keadaan menjadi sukar di tempat kerja, terutama ketika anda terasa seperti ingin putus asa atau kerana bos anda orang yang paling kejam di dunia.

Pekerja yang berjaya menaiki tangga korporat tidak semestinya yang paling pintar. Dengan kemahiran insani yang dimiliki, mereka tahu bagaimana menggaji dan mempengaruhi orang yang lebih pintar daripada mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.

Malangnya, anda tidak dapat membeli kemahiran insani di kedai berdekatan.

Ia sebahagian daripada DNA anda, yang dipengaruhi oleh cara ibu bapa anda membesarkan anda atau bagaimana keadaan sekeliling membentuk anda.

Walau bagaimanapun, kemahiran insani boleh dibentuk dan diperbaiki sepanjang masa dengan cara mendedahkan diri kepada lebih banyak kesilapan dan model peranan. Ini adalah bukti bahawa ijazah hanyalah sebahagian kecil daripada gambaran yang lebih luas.

Jangan ambil nasihat ini bulat-bulat

Bukan semua orang akan melalui pengalaman yang sama seperti saya. Saya cumalah seorang yang bertuah kerana berada di tempat dan pada masa yang tepat. Tetapi anda juga boleh menjadi sebahagian daripada statistik itu jika anda tabah. Satu-satunya musuh kepada yang bercita-cita tinggi adalah masa.

Jadi, jika anda sedang membaca artikel ini dan sedang mengikuti kursus di universiti yang anda rasa anda telah salah pilih (dan terpaksa melaluinya selama tiga tahun atau lebih), ketahuilah yang kemungkinannya sangat banyak.

Bayangkan perkara-perkara mengagumkan yang bakal berlaku lima tahun dari sekarang!

 

Jonathan Yabut ialah rakan fakulti Leaderonomics dan juara program realiti The Apprentice Asia. Dia mempunyai firma pakar runding di Kuala Lumpur. Dia juga melibatkan diri dalam ceramah motivasi tentang belia dan kepimpinan merentasi Asia Tenggara, juga seorang penulis buku From Grit to Great, yang menceritakan pengalamannya menyertai dan memenangi program tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkan khidmat Yabut, e-mel kami di info@leaderonomics.com
Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik How Much Weight Does Your Degree Carry In Landing Your Dream Job?
Artikel ini adalah pendapat penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak Leaderonomics.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Pengurusan

Pengurusan Perubahan 101: Letakkan Budaya di Tempat Duduk Pemandu

Oleh Aniisu K Verghese. Budaya organisasi mungkin terlepas pandang dari semasa ke semasa. Temui cara ia memberi manfaat kepada tempat kerja dan cara memacunya ke hadapan.

Aug 03, 2023 3 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Berbaloi Mengotori Tangan Anda

Kepimpinan hanya boleh dipelajari dan dibentuk dalam proses mengotori tangan melalui pengalaman hidup. Konteks membentuk kebolehan kepimpinan. Tontonilah video ini.   Untuk membaca artikel berkaitan, klik Mengotori Tangan Anda.

Jul 17, 2017 4 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest