Mengenai Kami

 

Roshan Thiran

Ketua Editor: Roshan Thiran

Roshan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leaderonomics. Beliau berpegang kepada kepercayaan bahawa setiap individu adalah pemimpin dan berupaya mengenakan impak terhadap alam semesta mengikut cara mereka yang tersendiri.

Editor: Yeoh Lin Lin

Lin Lin ialah editor Bahasa Malaysia. Dia bertanggungjawab untuk kandungan Bahasa Malaysia yang disiarkan di laman web dan saluran media sosial Leaderonomics. Sebagai bekas wartawan dan perunding komunikasi, dia percaya akan kekuatan pengaruh editorial dan komunikasi untuk membawa anjakan paradigma yang diidami.

 

 

Mengenai Leaderonomics

Leaderonomics ialah sebuah organisasi sosial yang bertekad untuk mencapai transformasi bangsa melalui pembangunan kepimpinan. Kami percaya bahawa setiap individu memainkan peranan yang penting dalam masyarakatnya. Dengan itu, kami berhasrat untuk mengembang dan melengkapi setiap individu, tanpa mengira umur, kaum dan latar belakang sosioekonomi, dengan keupayaan kepimpinan. Untuk maklumat lanjut, layarilah leaderonomics.org

Mengenai Leaderonomics.com

Atas kesedaran bahawa platform virtual adalah saluran terbaik untuk mencapai individu-individu biar di mana pun mereka berada, kami berusaha  membangunkan sebuah laman web — leaderonomics.comLaman ini mengandungi pelbagai jenis artikel, video dan podcast mengenai kepimpinan seperti trend dan wawasan, amalan-amalan kepimpinan terbaik, serta kisah-kisah hidup sebenar individu-individu dari dalam mahupun luar negeri. Kami berharap kandungan kepimpinan ini akan membantu individu-individu dan organisasi-organisasi untuk maju dalam perjalanan pembangunan kepimpinan mereka.

Setakat ini, laman kami adalah dalam bahasa Inggeris. Kami sedar bahawa jika kami ingin mencapai  transformasi bangsa secara menyeluruh melalui pembangunan kepimpinan, kami juga perlu mendekati komuniti-komuniti yang bertutur dalam bahasa lain. Dengan itu, laman web dalam bahasa Malaysia dibentuk baru-baru ini leaderonomics.com/bm untuk memenuhi keperluan pembangunan peribadi dan profesional mereka yang lebih fasih dalam bahasa Malaysia.

Jadikanlah leaderonomics.com/bm sebagai rakan seperjuangan dalam pembangunan kepimpinan anda!