10 Tip Untuk Anda Kekal Bermotivasi

May 17, 2019 5 Minit
Alt

Apakah yang akan anda buat apabila mendapati diri kurang bermotivasi untuk melakukan perkara yang perlu anda lakukan?

Sesetengah orang lebih cekap berfokus pada sesuatu sasaran berbanding kalangan yang lain. Tidak kira sama ada sifat ini terbentuk secara semula jadi atau dipupuk, hakikatnya adalah untuk kekal bermotivasi memerlukan usaha dan masa.
Motivasi – dorongan atau tekad untuk melakukan sesuatu yang anda tahu perlu dilakukan biarpun anda tidak ingin melakukannya – adalah sukar bagi kebanyakan kita.Walau bagaimanapun, ia adalah satu-satunya pergelutan yang menghantui manusia sejak zaman batu lagi.

Nenek moyang kita mendapat dorongan mereka daripada desakan memperoleh keperluan asas hidup supaya mereka dapat bertahan hidup.

Hari ini, keperluan yang sama masih mendesak kita, tetapi jika kita hendak mencapai potensi atau matlamat-matlamat yang tinggi, kita perlu dimotivasi pada tahap yang baharu.

Berikut adalah 10 tip untuk membantu anda kekal bermotivasi:

1. Tetapkan matlamat yang jelas

Kejelasan adalah emas, dan amat penting jika ingin bergerak dari poin A ke poin B. Jadi, tetapkan matlamat yang spesifik yang ingin dikejari. Sama ada anda seorang individu atau organisasi, anda pasti ingin menetapkan matlamat-matlamat yang cukup besar dan berani, atau BHAG (Big Hairy Audacious Goal), seperti yang disyorkan pakar pengurusan, Jim Collins.

Dalam bukunya Built To Last: Successful Habits of Visionary Companies, Collins berkata syarikat-syarikat yang mempunyai BHAG lebih berjaya. Dia menambah lagi, “BHAG sebenar adalah jelas dan menawan, dan merupakan titik fokus yang menyatukan, dan bertindak sebagai pemangkin yang jelas bagi membarakan semangat berpasukan.”

Ini serup juga di tahap individu. BHAG menyemarakkan imaginasi dan membangkitkan semangat kreatif anda untuk mencapai impian yang seakan-akan mustahil.

2. Kenali ‘kenapa’ anda

Matlamat-matlamat anda mesti cukup bermakna bagi anda jika anda ingin mencapainya. Mempunyai rasa tujuan menyalakan nyala rasa sebenar anda dari dalam.
Nyala rasa tidak akan pudar apabila menemui rintangan, malah menyemarakkan anda dengan tenaga kreatif yang terbaik, terutamanya pada masa anda mengharungi onak dan duri.
Renung bagaimana nyala rasa mempengaruhi pakar sains, terutamanya mereka yang kemudian berjaya memenangi Hadiah Keamanan Nobel selepas menghabiskan berpuluh-puluh tahun menjalankan kajian hingga mencapai kejayaan cemerlang.
Mengenai perkara ini, seorang penulis jurnal berkata, “Sebagai ahli akademik, mereka tidak melakukan ini kerana soal wang. Mereka berbuat demikian kerana ia adalah sebahagian daripada hidup mereka. Tanpa nyala rasa, mereka tidak akan terlarat untuk meluangkan masa berjam-jam dan mengharungi kegagalan demi kegagalan.

3. Bahagikan matlamat anda menjadi tanda batu kecil boleh capai

Untuk mencapai impian anda, anda perlu membahagikan matlamat keseluruhan menjadi matlamat kecil yang boleh dicapai dalam jangka masa yang pendek. Dengan memberi tumpuan kepada pencapaian matlamat-matlamat kecil ini, satu demi satu, anda sememangnya mewujudkan kemenangan jangka pendek yang akan membantu membina momentum anda dari masa ke masa.
Kemenangan kecil membantu memberi rasa tercapai sesuatu. Ingat, mencapai matlamat besar adalah maraton, bukan larian pecut.

4. Amalkan tatacara tertentu

Mempunyai set aktiviti yang tetap mengingatkan otak anda supaya anda termotivasi untuk mengambil tindakan yang tepat ke arah matlamat anda secara konsisten.
Menurut Charlse Duhigg, pengarangThe Power of Habit,“Tabiat terbentuk apabila ingatan-ingatan itu menjadi tatacara. Tatacara seterusnya menjadi tingkah laku yang automatik yang kemudiannya membolehkan anda untuk menikmati ganjaran kerana mengambil tindakan berkenaan.

5. Seni menyoal diri

Jika anda mendapati diri keletihan dan kurang terinspirasi, ingat bahawa jawapan yang terbaik selalunya terletak dalam diri anda. Tanya diri soalan-soalan yang tajam dan uraikan motivasi terselindung untik menyemarakkan semula semangat anda. Tony Robbins menegaskan, “Jika anda tanya diri soalan-soalan yang tajam, anda akan mendapat jawapan-jawapan yang tajam.”

6. Jangan fokus pada perkara di luar kawalan anda

Berhati-hati bahawa sebaik sahaja anda mengambil tindakan untuk mencapai matlamat anda, semua jenis cabaran — atau apa yang Steven Pressfield sebut sebagai tentangan —akan wujud. Cabaran anda adalah untuk tidak mempedulikan kebisingan itu — ini adalah perkara-perkara di luar kawalan anda sementara menguruskan perkara-perkara dalam kawalan anda.

7. Amalkan sikap akauntabiliti

Mempunyai rakan akauntabiliti yang membuat anda mengamalkan tingkah laku yang selaras dengan pemikiran, kata-kata dan tindakan anda adalah sangat berguna.

Satu kajian oleh Association for Talent Development mengenai akauntabiliti mendapati bahawa anda mempunyai kadar 65 peratus untuk menyelesaikan matlamat jika anda komited kepada seseorang. Dan jika anda mempunyai temu janji akauntabiliti tertentu dengan orang yang anda komited, anda akan meningkatkan peluang kejayaan anda sehingga 95 peratus.

8. Ukur kemajuan anda

Adalah dikatakan bahawa perkara apa yang anda tidak ukur tidak akan berkembang. Untuk mengetahui dengan tepat kemajuan anda, luangkan sedikit masa untuk membuat reviu: setiap hari dan setiap minggu ke arah kemajuan. Ini akan menyuntik inspirasi dalam anda untuk terus maju dan menemui halangan yang mungkin kurang ketara setakat ini.

9. Amalkan sikap yang konsisten

Ambil tindakan ke arah mencapai matlamat anda secara konsisten. Ingat, Rom tidak terbina dalam sehari. Ini bermakna jika anda terus melakukan apa yang anda tahu mesti dilakukan, maka hanya dalam beberapa ketika anda akan mencapai titik perubahan. Matlamat anda akan tercapai!

10: Beri ganjaran kepada diri

Otak memberi tindak balas, baik terhadap kesakitan atau keseronokan, jadi inilah sebabnya memberi ganjaran kepada diri apabila tercapainya matlamat akan menghasilkan kesan positif, membawa kepada jaluran jalan neural yang baharu yang terhasil daripada rasa kehebatan. Bagaimanapun, ingat bahawa bukan semua ganjaran adalah setara — sesetengah ganjaran memberi kesan negatif yang tidak produktif.

Akhir kata

Untuk kekal bermotivasi, anda perlu ketahui dengan amat jelas apa yang anda inginkan, dan mempunyai penguasaan ke atas diri jika anda ingin mencapai matlamat-matlamat anda. Ini adalah cabaran untuk kebanyakan kita, tetapi jika anda mengikuti tip-tip yang dikongsikan, anda akan berterima kasih kepada diri.

Ingat, apabila anda bergerak maju dalam usaha mencapai impian anda, anda akan rasa terbeban sekali sekala tetapi anda mesti tetap berfokus pada matlamat anda tidak kira kesulitan yang dihadapi.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Perwatakan, Kebolehan Diri

Alt
Carolyne is the founding principal at VPF Strategies, a strategic and leadership development firm helping professionals and leaders design and develop growth strategies to meet their goals: Thriving Wellness, Cultures and Businesses. She is a speaker, author of Being Grounded: 21 Days To Come Alive and Love Your Life, and a contributing writer for various publications.

Cadangan Buat Kamu

Bangunan

Kelebihan yang Dibenci oleh Pekerja: Mengapa Cuti Tanpa Had dan Pejabat Berkongsi Terbuka Tidak Disukai

Oleh Lee Nallalingham. Temui kebenaran yang mengejutkan tentang faedah pekerja. Ketahui sebab sesetengah faedah boleh menjadi kurang sesuai dan cara menawarkan faedah yang benar-benar penting kepada kesejahteraan dan produktiviti pasukan anda.

Nov 01, 2023 3 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVan Malaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest