Tentang Kami

Grow. Build. Transform.

Terima kasih kerana sudi singgah ke laman web kami. Buat saja macam rumah sendiri. Leaderonomics.com adalah kurator bahan pembelajaran untuk syarikat induk kami, Leaderonomics. Sebagai syarikat, kami menawarkan servis dan produk digital untuk pembelajaran dan perkembangan kepimpinan di peringkat korporat dan komuniti. Misi kami mudah: Grow people into leaders, build Communities of love, and transform nations.

Click on theLogoand journey through the stages of development of an individual based on the SOBL.

Science of Building Leaders

Kami perhatikan yang banyak pemimpin termasyhur dari dahulu hingga sekarang mempunyai banyak persamaan. Kalau kita bandingkan hidup mereka, banyak pengalaman yang sama dialami pada waktu lingkungan usia yang serupa.

Mustahil ini kebetulan sahaja. Untuk menguji teori kami, subjek kawalan didedahkan kepada pengalaman yang sama. Sering kali, eksperimen kami menunjukkan hasil yang positif - individu-individu ini menjadi pemimpin yang lebih sempurna. Setelah sekian lama, kami menyatukan semua data dari penyelidikan kami dan menamakannya Science of Building Leaders, ataupun dipendekkan kepada SOBL.

Foundational Leadership

Membina Pemimpin di Setiap Peringkat Hidup

Asas Kepimpinan

Bayi

Kanak-kanak

Remaja

Kepimpinan Berkembang

Kerja Pertama

Dah Lama Kerja, Bro

Pucuk Kepimpinan

Junior Manager

Manager Pertengahan

Manager Atasan & C-Suite

Kamu masih muda dan perlukan sokongan yang kukuh untuk memberi keyakinan dan keberanian kepada diri. Sokongan ini lazimnya datang dari ibu bapa, tetapi boleh datang dari sesiapa sahaja.

Tekan setiap empat komponen untuk melihat empat bahagian ini.

Bolehkah sesuatu yang begitu subjektif seperti ‘kepimpinan’ diukur dengan tepat?

Kami telah membahagikan konsep kepimpinan kepada empat bahagian, iaitu Keperibadian, Ilmu Praktikal, Keusahawanan dan Kepimpinan.
Untuk menjadi pemimpin, kita mestilah mendalami kesemuanya.

Functional Mastery
Functional Mastery

Ilmu Praktikal

Memperdalam ilmu pengetahuan mengenai subjek/topik terperinci

Leadership Mastery
Leadership Mastery

Kepimpinan

Bolehkah kamu membuat keputusan yang terbaik berdasarkan situasi dan konteks?

Business Mastery
Business Mastery

Keusahawanan

Bolehkah kamu berfikir dan membuat keputusan seperti seorang usahawan?

Personal Mastery
Personal Mastery

Keperibadian

Kebolehan untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan diri sendiri.

Click setiap komponen untuk penjelasan lanjut.

Science of Transforming Organisation

Kami sedar yang sekadar menolong individu berubah tidak cukup. Kita juga perlu mengubah persekitaran di sekeliling individu tersebut. Kalau individu boleh diibaratkan sebagai kuih, maka persekitaran adalah acuan yang membentuknya. Jika kita hendak membawa perubahan yang kekal, kita perlulah merancang untuk mengubah bukan saja pekerja, tetapi seluruh organisasi itu juga. Hasilnya, lahirlah Science of Transforming Organisations (SOTO) kami.

 

SOBL dan SOTO bagai isi dengan kuku. Untuk melahirkan pemimpin yang mantap, sesebuah organisasi itu perlu kuat. Untuk sesebuah organisasi itu kuat, pemimpin yang mantap diperlukan.

Earth
Leadership

Membangunkan Negara

Artikel, podcast dan video yang kami kongsi, semuanya adalah berdasarkan fahaman ini. Kami juga telah membahagikannya kepada aneka peranan yang diperoleh daripada SOBL dan SOTO. Tujuannya mudah: pastikan maklumat kami sampai ke pengguna yang betul.

 

Tak kira di mana anda berada dalam perjalanan anda menjadi seorang pemimpin, pasti ada bahan di sini yang relevan kepada situasi anda. Tak payah nak pergi cepat sangat. Lepak dulu bro.

7358

Artikel

Lihat Lagi

275

Podcast

Lihat Lagi

192

Video

Lihat Lagi

Untuk pengalaman terbaik, kami cadangkan anda mendaftar sebagai ahli Leaderonomics.com. Tapi kalau sudah puas dengan sekadar meneroka laman web kami, silakan meneroka lagi!

Jadilah Pembaca Leader’s Digest