Adakah Anda Seorang Pemimpin Yang Mudah Tersinggung?

Jan 14, 2020 2 Minit
tersinggung, terasa

Tersinggung ataupun terasa sehingga membuat ramai pemimpin di luar sana jatuh dan mengundur diri.

Walau bagaimanapun, kebanyakan pemimpin menerima banyak kritikan. Pemimpin akan di nilai dari maklumat yang didapati, khabar angin dan juga pendapat orang ramai.

Kesan negatif akibat tersinggung

  • Mengawal daripada membuat kesalahan sehingga membataskan potensi anda
  • Kesalahan yang tidak dapat di selesaikan sehingga memberi kesan terhadap pretasi anda
  • Membiarkan kesalahan sehingga menutupi bakat anda
  • Kerana fokus akan kritikan yang di beri, anda menghadkan potensi diri
  • Membiarkan kesalahan menguasai anda sehingga anda rasa tidak ada semangat

 

Cara-cara menyelesaikan masalah 

#1. Ia adalah tentang diri anda. Bukan masalah yang anda hadapi.

Anda mungkin berfikir, masalah adalah puncanya. Tetapi sedarkah anda bahawa ANDA adalah puncanya yang sebenar.

Tindakan ketika menghadapi masalah memberi tanggapan yang besar bagi ramai orang mengenali diri anda yang sebenarnya.

#2. Lihat pada gambaran yang besar

Jika anda mudah tersinggung ketika di tegur atau di kritik bermaksud anda akan mudah rasa terganggu.

Belajarlah untuk selesaikan masalah walaupun ia perkara yang kecil.

Di samping itu, anda juga tidak akan menemui kelebihan seseorang jika anda hanya fokus terhadap kelemahan seseorang.

Belajar untuk memaafkan, kerana ia membantu anda untuk bertumbuh dan juga membentuk secara peribadi.

#3. Tetapkan tujuan di minda anda

Fikirkan semula sebelum anda mengatakan ia adalah masalah untuk anda.

  • Apakah yang anda mahukan daripada pihak lain?
  • Apakah yang anda mahu beri kepada pihak lain?
  • Jika anda berjaya menyelesaikan masalah, apakah perbezaan yang anda dapati?
  • Apakah perancangan yang anda telah siapkan untuk mencapai tujuan anda?

Jadi, apakah pandangan anda terhadap pemimpin yang mudah tersinggung?

 

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Leaders, Are You too Easily Offended?

 

Sila Kongsi

1557139568519.jfif

Dan Rockwell sangat berminat dengan kepimpinan. Beliau sedang berusaha untuk membawa dirinya menjadi yang terbaik dalam perkhidmatan kepada orang lain.

Cadangan Buat Kamu

pasukan

Mengikut Rentak yang Betul: Rahsia Pemimpin Berpengaruh

Oleh Michelle Gibbings. Pemimpin yang sentiasa bertindak pantas berisiko mengurangkan tenaga pasukan mereka. Manakala mereka yang sentiasa berwaspada boleh melemahkan motivasi dan momentum. Kedua-duanya bukanlah pilihan yang ideal.

Jun 18, 2025 3 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Mengapa Ramai Orang Bijak Tidak Berkongsi?

Rajesh Setty; usahawan berbilang, guru, dan pengarang buku Smart But Stuck, berbicara dengan Roshan Thiran; CEO Leaderonomics, mengenai bukunya yang mengajar bagaimana untuk melangkaui kecerdasan semula jadi anda dan menghapuskan halangan untuk membolehkan kecemerlangan anda bersinar.

Jul 16, 2025 4.43 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest