Kenapa Saya Berterima Kasih

Sep 19, 2018 2 Minit
pasukan, kerjasama

Semalam seorang kenalan bertanya tentang kepentingan rasa terima kasih. Saya teringat seorang rakan sekerja menanya saya soalan yang serupa beberapa minggu yang lepas apabila saya berbelanja mereka makan sebagai tanda terima kasih.

“Bos, ini hebat sekali, ribuan terima kasih… tetapi boleh saya tanya kenapa bos meluangkan masa untuk berbuat demikian. Sesungguhnya, saya cuma membuat kerja saya.”

“Cuma membuat kerja saya.”

Saya menjawab, “cuma” membuat kerja mereka (dengan cemerlang) bermakna Leaderonomics* menimba manfaat daripada usaha gigih dan sumbangan mereka yang berterusan.

“Cuma” membuat kerja mereka memudahkan hidup kerja bos mereka kerana mereka begitu ceria sekali membuat kerja mereka.

“Cuma” membuat kerja mereka bermakna klien, sekolah tempatan, dan belia di seluruh negara diimpakkan dengan positif, hasil kerja keras, bakat dan komitmen mereka.

Saya amat berterima kasih untuk setiap seorang dalam pasukan saya. Tanpa mereka, saya tidak dapat membuat apa yang saya lakukan. Saya tidak terdaya membentuk pemimpin seorang diri; saya tidak berupaya mewujudkan kelab, program dan inisiatif merentas Malaysia seorang diri.

Saya menunjukkan rasa terima kasih untuk satu sebab: Saya amat bertuah dikelilingi individu-individu yang sudi bekerja dengan cemerlang dan begitu ceria berusaha bersama  untuk mencapai matlamat dan visi organisasi: menjadikan Malaysia negara yang lebih hebat daripada sekarang.

Tidak sesiapa yang “cuma” membuat kerja yang bekerja dengan saya. Sumbangan mereka memberi impak yang lebih besar daripada yang disedari mereka — dan saya sebenarnya belajar begitu banyak daripada mereka.

Oleh kerana itu, saya amat berterima kasih.

 

Berkaitan: Berterima Kasih
 

Tahun ini (2018), Leaderonomics menyambut ulang tahun ke-10. Sejak ditubuhkan pada 2008, organisasi sosial ini tetap bertekad kuat dalam usahanya mencapai transformasi bangsa melalui pembangunan kepimpinan seorang demi seorang.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni, Hubungan

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

kerjaya, pemimpin

Adakah Anda Bersedia Menjadi Pemimpin Kerjaya Anda?

Oleh Michelle Gibbings. Menjadi pemimpin dalam kerjaya anda bermakna menetapkan matlamat yang jelas, kekal fleksibel, dan berusaha secara aktif untuk berkembang. Ini adalah tentang membuat pilihan yang selaras dengan visi anda dan menghadapi cabaran sebagai langkah ke hadapan. Adakah anda bersedia untuk mengambil kawalan dan memimpin diri anda ke arah kejayaan?

Nov 05, 2024 5 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Fokus Pada Perubahan Kecil

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita menumpukan usaha untuk membawa perubahan kecil pada diri. Lama-kelamaan perubahan menyeluruh akan tercapai. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Jul 19, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest