Oleh ROSHAN THIRAN

Setelah beberapa hari berada di rumah kerana arahan kawalan pergerakan yang dikeluarkan pihak kerajaan, saya menerima satu mesej WhatsApp dari rakan saya. Saya menerima banyak mesej sebegini setiap hari dan dengan serta-merta hendak memadamnya, tetapi perasan satu baris yang mengatakan ia ditulis oleh Bill Gates, iaitu pengasas dan bekas CEO Microsoft, dan seorang dermawan yang telah menderma berbilion dolar untuk membasmi kemiskinan dan membantu memperbaiki dunia.

Mesej Palsu Oleh Bill Gates Dan Iktibar Yang Dapat Dipelajari.

Sudah tentulah, ia membuatkan saya berminat untuk terus membacanya dan mujurlah saya bertindak sedemikian. Saya percaya ramai di antara kita boleh mendapat pengajaran daripada pelbagai artikel yang berkongsi maklumat terutamanya dalam keadaan krisis.

Kerana ingin tahu isinya, saya mula membaca dan (seperti yang saya syak), ia tidak ditulis oleh Encik Gates. Saya mengeluh dan sekali lagi hendak memadam mesej tersebut, tetapi saya mula membacanya untuk kali yang kedua, dan sedar ia mempunyai maksud yang tersirat tentang pandemik yang sedang berlaku sekarang. Lantas, tanpa membuang masa saya menulis artikel ini di sini dan mengongsikannya kepada anda.

Bill Gates tidak menulisnya, tetapi isinya tetap penting. Inilah mesej yang saya dapat dari Whatapp. Mari baca bersama-sama dibawah:

 

Mesej yang TIDAK ditulis oleh Bill Gates:

“Saya seorang yang sangat pentingkan kerohanian disebalik setiap peristiwa, sama ada yang baik atau buruk. “Sedang saya merenungkannya, saya ingin berkongsi dengan kalian, apa yang saya rasakan tentang kesan Corona/Covid-19 ini terhadap kita.

1. Peringatan kepada semua, kita semua adalah sama, tanpa mengira bangsa, agama, pekerjaan, status kewangan, atau betapa terkenal kita. Wabak ini memandang kita sama-rata, mungkin kita juga harus melihat sepertinya.

 Jika anda tidak mempercayai saya, anda boleh bertanya pada Tom Hanks. (Tom Hanks adalah seorang pelakun filem Hollywood yang terkena virus Corona ini)

2. Peringatan bahawa kita semua saling bergantung antara satu sama lain dan jika sesuatu berlaku kepada seseorang maka ia memberi kesan kepada orang lain juga.

Ia mengingatkan kita walaupun ada yang menghalang pada setiap negara tetapi tanpa kita sedar virus tersebut tidak memerlukan passport untuk kemana-mana. Ia juga memberitahu kita bahawa virus ini juga boleh menindas kita untuk jangka masa yang pendek seperti mana ada individu yang lain ditindas sepanjang kehidupan mereka.

3. Peringatan bahawa betapa pentingnya kesihatan dan bagaimanakah kita mengawal pemakanan yang dihasilkan daripada buah-buahan dan juga minuman yang tidak tercemar pada kimia.

Jika kita tidak memandang berat terhadap kesihatan, sudah pasti kita akan jatuh sakit.

4. Selain itu, ia juga mengingatkan kita betapa singkatnya hidup dan perkara paling penting yang harus kita lakukan ialah menolong satu sama lain, terutamanya pada mereka yang tidak sihat dan warga emas.

5. Peringatan betapa materialisik manusia dan ketika kita ditimpa musibah, sedarlah bahawa kita perlu mementingkan keperluan seperti (makanan, minuman, ubat) dan bukannya kemahuan seperti kemewahan.

6. Peringatan tentang betapa pentingnya keluarga dan rumah dan bagaimana kita selalu mengabaikan kehadiran mereka.

Ia memaksa kita untuk kembali ke rumah dan menikmati masa bersama bahawa pentingnya untuk memupuk kasih sayang dan ikatan bersama ahli keluarga.

7. Peringatan kepada kita bahawa kerja harian yang kita lakukan bukanlah tujuan kita diciptakan.

Kerja yang seharusnya kita lakukan ialah untuk menjaga antara satu sama lain, melindungi dan memberi manfaat kepada antara satu sama lain.

8. Tidak lupa juga, ia mengingatkan kita untuk sentiasa mengawal ego sendiri.

Ia memberitahu bahawa, betapa hebatnya kita memandang diri sendiri dan bagaimana orang lain memandang hebatnya kita, kita semua masih boleh menjadi mangsa virus kecil ini.

9. Peringatan kepada kita bahawa kita bebas membuat pilihan.

Kita boleh memilih untuk menolong antara satu sama lain, berkongsi, memberi, membantu, dan memberi sokongan kepada satu sama lain atau kita boleh memilih untuk menjadi pentingkan diri, tamak, dan sombong. Sesungguhnya, kesusahan akan mengasah kebolehan kita.

10. Kita boleh sabar atau panik.

Kita tahu bahawa situasi seperti ini pernah berlaku beberapa kali dahulu dan sama ada kita bertenang, atau kita cemas dan panik seakan dunia akan berakhir, dan akibatnya menyebabkan lebih buruk daripada yang baik.

11. Mungkin pengakhiran atau permulaan sesuatu yang baru.

Masa ini boleh digunakan untuk tatapan atau renungan dan mengimbas kembali untuk memahami apa yang berlaku, di mana kita belajar dari kesilapan, atau ia boleh menjadi permulaan yang baru sehingga kita belajar dari apa yang berlaku.

12. Bumi sedang sakit.

Di mana kita dapat melihat bumi semakin tercemar dengan pelbagai idea ‘kreatif’ yang dilakukan oleh manusia, contohnya tisu tandas dalam sekelip mata boleh habis. Kita sakit kerana bumi yang kita tinggal buat sementara ini lebih sakit.

13. Ia sentiasa mengingatkan kita selepas kesulitan yang berlaku pasti ada sebab disebaliknya.

Kehidupan kita seperti roda; ada masanya kita di bawah dan ada masa kita berada di atas. Kita tidak perlu panik berikutan apa yang telah terjadi.

14. Di mana banyak yang melihat Corona/virus COVID-19 sebagai musibah yang sangat besar, saya melihatnya lebih kepada ‘pembetulan besar’.

Ia diutus kepada kita untuk mengingati pentingnya pelajaran yang kita sudah lupa dan ia terpulang kepada kita jika kita belajar darinya atau tidak. – Oleh Bill Gates

Kepada sesiapa yang menulis mesej ini, beliau percaya bahawa tujuan semua ini berlaku adalah kerana ‘kepercayaan rohani disebalik apa yang berlaku’.  Saya bersetuju dengan penulis bahawa keadaan sukar dan sakit begini memerlukan ‘pembetulan yang besar’ dan ini mungkin lebih menyatukan kita. Virus ini bukan sahaja mengancam nyawa kita, tetapi juga menjejaskan kegiatan ekonomi global. Apabila kita menentangnya, kita semua bersatu sebagai umat manusia.

Banyak perkara yang berlaku waktu krisis seperti ini.

“Di saat kesusahan yang kita hadapi, disitu kita akan menemui peluang” – Albert Einstein

Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Einstein. Di Leaderonomics, kami sedang belajar pada waktu krisis ini dan kami berjaya menghasilkan alternatif baru untuk terus menjalankan urusan perniagaan. Kami memikirkan pelbagai cara baru untuk mempertingkat nilai organisasi dan kaedah lama yang sudah tidak boleh dipakai kami buang. Ini tidak mungkin berlaku jika wabak ini tidak melanda. Kita terpaksa memperbaik kemampuan kita, dan hasilnya kita menjadi lebih kuat.

Beberapa hari yang lalu, saya berkongsi dengan pasukan Leaderonomics kami tentang podcast oleh John Maxwell, yang saya dengar baru-baru ini.

“Krisis mengubah keseimbangan risiko dan ganjaran. Di waktu biasa kita tidak membuat perubahan seperti yang perlu kerana kita takut risiko berkaitan dengan perubahan. Ketika krisis berlaku risiko untuk bertolak unsur lebih tinggi kerana mempunyai pelbagai alternatif yang tidak dapat diterima. krisis memaksa kita untuk lebih memberi tumpuan seperti tidak ada yang lain. dalam segala perkara, tidak kira betapa sayangnya kita terhadap sesuatu, betapa cantiknya, betapa baiknya, ia akan dibuang jika tidak penting, jika ia tidak membantu anda untuk bertahan.”

Ini mungkin boleh menolong kita menukar kaedah lama kita melakukan kerja dan mungkin juga cara kita berfikir. Kita juga perlu melupakan pemikiran seperti “hanya inilah caranya untuk melakukan sesuatu” atau “ini adalah apa yang pelanggan mahukan” di mana cubaan ini membuat kita mementingkan keperluan asas untuk terus bertahan.

John Maxwell juga menyatakan bahawa kita tidak boleh menguruskan masalah yang sedang berlaku, kita mesti keluar daripadanya. Lantas kepimpinan yang berkaliber sangat kritikal sekarang. Malangnya, begitu banyak masalah kepimpinan di dunia. Dari Presiden di Amerika Syarikat, sehingga ke Perdana Menteri yang kurang cekap di Malaysia dan di banyak negara lain yang mengalami krisis ini, kita dapat melihat cara kepimpinan di setiap negara. Kita harus memimpin yang lain dan bukannya tunggu untuk dipimpin.

Maxwell juga memberitahu “perubahan berperingkat tidak cukup” Perubahan sebegini tidak dapat dilakukan ketika krisis. Beliau menggunakan pendidikan sebagai contoh. Pembelajaran atas talian, ataupun ‘online learning’ sudah digunakan sejak 15 tahun yang lalu dan ia telah menunjukkan kadar pertumbuhan yang tinggi. Untuk ramai orang, ia satu-satunya pilihan yang mereka ada sekarang. Yang sudah tahu mengenainya, sudahpun menggunakannnya dan mula melihat kebaikkannya. Mereka sekarang menggunakannya dan tidak mungkin akan kembali menggunakkan apa yang digunakan sebelum ini. Krisis membantu kita untuk keluar daripada zon selesa dan membuat kita menjadi lebih kreatif.

Dan saya rasa mungkin kami di Leaderonomics juga melakukan perkara yang sama. Masalah ini membawa kita ke arah yang lebih kreatif dan membantu kita mengubah individu dah organisasi lalu mengubah negara. Dan kemungkinan besar kami harus melakukannya dengan cara yang sangat berbeza dan tidak sama seperti mana kami lakukan sebelum ini.

Jadi, sama ada artikel ini benar ditulis oleh Bill Gates atau bukan (sudah pasti bukan!), ia tetap memberi inspirasi kepada saya untuk melihat wabak yang sedang berlaku sekarang dan peluang yang ada. Ia peluang untuk mencipta semula diri saya dan organisasi saya, iaitu Leaderonomics. Saya juga berharap anda melihat ini sebagai peluang untuk mengubah perspektif. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang menulis artikel ini dan saya akan menggunakannya untuk memberi inspirasi pada diri sendiri dan juga pasukan saya di Leaderonomics untuk membuat perubahan di dunia.

Hati-hati, jaga diri dan bersama-sama kita berjuang!

 

 

Untuk membaca artikel bahasa Inggeris, klik The Fake Bill Gates COVID-19 Message and the Lessons We Can Still Take From It

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Please enter your name here