Percayalah Kepada Keberanian Kata Hatimu!

Jun 19, 2017 5 Minit
keberanian, potong

Membuat keputusan yang hebat adalah sifat utama pemimpin yang hebat. Ramai pemimpin ‘mengikut keberanian kata hati mereka’ dalam membuat banyak keputusan. Tetapi yang lain pula tidak akan membuat keputusan melainkan selepas sederetan mesyuarat, perbincangan, pendapat pakar dan masukan data yang tidak berkesudahan. Namun, kualiti keputusan tersebut tidak lebih baik daripada keputusan yang dibuat dengan cepat berdasarkan ‘keberanian kata hati’.

Saya sering bertemu dengan ramai pemimpin Sumber Manusia yang memerlukan resume, borang permohonan dan sesi temuduga yang diikuti dengan mesyuarat yang lama sebelum menggaji seorang calon; tetapi pada akhirnya mendapati bahawa individu itu bukanlah pengambilan yang baik.

Pakar psikologi Samuel Gosling mengkaji fenomena ini dan mendapati bahawa para pengurus akan membuat keputusan yang lebih baik dengan menghabiskan masa 30 minit di rumah calon sambil melihat persekitarannya berbanding dengan menghabiskan masa berjam-jam untuk menemuduga calon tersebut. Agak aneh bukan?

Konsep menghiris-tipis

Menurut pengarang terkenal, Malcolm Gladwell:

“Keputusan-keputusan yang dibuat dengan cepat mungkin sebaik keputusan yang dibuat dengan berhati-hati dan yang disengajakan.”

Bagaimanakah ini boleh terjadi?

Gladwell memanggilnya ‘menghiris-tipis’ (thin-slicing). Ia merujuk kepada “keupayaan tidak sedar kita untuk mencari corak dalam keadaan dan kelakuan berdasarkan hirisan sempit pengalaman”.

Keberanian kata hati adalah minda separa sedar kita yang menimbang semua faktor yang dikenali dan kemudian digunakan untuk membuat keputusan dengan cepat. Konsep ini didemonstrasikan oleh ahli psikologi John Gottman yang menganalisis rakaman video pasangan yang telah berkahwin selama beberapa dekad. Dia dapat meramal dengan ketepatan sehingga 95% sama ada pasangan tersebut akan tinggal bersama atau bercerai pada 15 tahun akan datang hanya dengan mendengar pasangan itu bercakap antara satu sama lain selama 15 minit.

Bagaimanakah Gottman melakukannya? Dia menghiris-tipis perbualan 15 minit ini dengan mengetepikan pengungkapan, nada dan kata-kata tetapi fokus terhadap empat isyarat utama: mempertahankan diri, membalas balik kata-kata, kritikan dan kebencian. Dengan memberi tumpuan kepada isyarat utama, Gottman berhasil untuk membuat penghakiman yang cepat dan tepat terhadap perkahwinan, berbanding kaunselor-kaunselor perkahwinan lain yang menghabiskan masa berbulan-bulan bersama pasangan berkahwin.

Pemikiran yang bergerak laju

Ramai yang akan berasa bahawa keputusan menghiris-tipis terlalu emosional dan tidak rasional. Tetapi ia sebenarnya sangat rasional. Gladwell menyimpulkan bahawa “ia adalah pemikiran yang bergerak laju dan beroperasi secara misteri berbanding jenis pengambilan keputusan yang perlahan dan berhati-hati yang biasanya kita kaitkan dengan ‘berfikir’.”

Menghiris-tipis adalah sesuatu yang dibuat oleh semua orang sepanjang masa. Dalam dunia bola sepak, penyerang paling berbakat yang mempunyai ‘naluri-sasaran’ dan pemain-pemain hebat seperti Gary Linekar menjaringkan gol untuk tujuan berseronok. Dalam ketenteraan, jeneral-jeneral yang cemerlang memiliki coup d’oeil, yang bererti ‘kuasa sekali imbas’.

Para penyelidik mendapati bahawa semakin tinggi tangga korporat yang diduduki seseorang pemimpin bisnis, semakin mereka bergantung pada keberanian kata hati. 80% daripada ketua pegawai eksekutif yang berjaya mempunyai gaya membuat keputusan berdasarkan keberanian kata hati, walaupun kadangkala tidak ada logik yang jelas untuk membuktikannya.

Kemahiran menghiris-tipis boleh dipelajari

Berita baiknya adalah membuat keputusan secara menghiris-tipis boleh dipelajari dan diamalkan. Anda sebenarnya boleh menjadi lebih baik dalam membuat penghakiman segera, cepat dan mengikut naluri melalui amalan dan pengalaman.

Di dalam bisnis, jurujual yang terbaik adalah pakar penghiris-tipis. Semasa mereka bertemu dengan pelanggan, mereka cepat mendengar dan membuat pertimbangan dengan segera tentang keperluan dan fikiran pelanggan mereka. Tetapi mereka juga mengelakkan kesilapan terbesar yang biasa dilakukan oleh ramai jurujual – jangan sekali-kali menghakimi pelanggan berdasarkan paras rupa tetapi menganggap bahawa semua orang mempunyai kemampuan membeli yang sama.

Sama seperti Gottman, seorang jurujual yang cemerlang mengabaikan penampilan dan faktor-faktor luaran seperti jenis kereta yang dipandu oleh pelanggan tetapi terus fokus kepada kunci-kunci penting pada pelanggan yang membolehkan mereka melakukan transaksi penjualan.

Jadi bagaimana anda mempelajari kemahiran ini? Jack Welch, yang dinobatkan sebagai “Pengurus Abad ini” oleh majalah Fortune, sangat terkenal dengan membuat keputusan berdasarkan keberanian kata hati. Dia menerangkan bagaimana dia belajar untuk ‘menghiris-tipis’:

“Kadangkala membuat satu keputusan adalah sukar bukan kerana ia tidak popular, tetapi kerana ia datang daripada keberanian kata hati anda dan melawan semua rasional ‘teknikal’. Banyak yang telah ditulis mengenai misteri keberanian kata hati, tetapi sebenarnya ia hanya satu pengenalan corak, bukan? Anda telah banyak kali melihat sesuatu yang anda tahu akan berlaku. Fakta mungkin tidak lengkap atau data sangat terhad, tetapi situasi tersebut terasa sangat-sangat biasa kepada anda.”

Jack Welch belajar menghiris-tipis melalui kesilapan dan pengalaman yang tidak terkira.

Mengenal pasti isyarat-isyarat sebenar

Kepakaran dalam menghiris-tipis diperoleh dengan mengenal pasti isyarat-isyarat sebenar yang dapat membantu kita membuat keputusan yang baik, dan menenggelamkan faktor-faktor penentu yang bersifat berat sebelah seperti bangsa, jantina atau rupa yang mengganggu keberkesanan cara menghiris-tipis. Seorang jurujual kereta yang menghakimi seorang wanita yang masuk ke kedainya sebagai bukan pelanggan hanya kerana sikap berat sebelahnya terhadap perempuan, tidak akan dapat menjadi seorang jurujual yang hebat. Dia perlu melucutkan semua sikap berat sebelah dan memberi tumpuan kepada apa yang pelanggan itu benar-benar katakan, dan ini akan meningkatkan kemungkinan satu penjualan akan terjadi.

Meluangkan masa dengan orang yang berlainan

Satu lagi cara untuk memupuk menghiris-tipis adalah dengan meluangkan masa dengan orang-orang yang tidak seperti kita. Ini akan meluaskan pengetahuan kita dan memberikan perspektif baru dalam mengembangkan asah pengalaman kita. Mempunyai pengalaman dan konteks yang lebih kaya akan menajamkan keupayaan kita untuk menghiris-tipis.

Memberi perhatian kepada keadaan emosi

Akhir sekali, beri perhatian kepada keadaan emosi anda. Apabila tertekan atau perasaan hati yang tidak baik, keberanian kata hati anda akan diherot oleh perasaan-perasaan negatif. Menurut penyelidikan Dave Grossman, anggota polis cenderung melakukan banyak keputusan yang buruk selepas satu adegan kejar-mengejar dengan kereta berkelajuan tinggi. Penyelidikan menunjukkan bahawa keputusan menghiris-tipis yang buruk dibuat apabila seseorang itu sangat tertekan. Apabila fikiran anda dalam keadaan santai, detik-detik ‘aha’ akan berlaku. Tetapi orang yang terlalu tertekan dengan jadual yang terlalu padat akan kehilangan kebijaksanaan semula jadi untuk menurut kata hati mereka.

Lenyapkan prasyarat sebelum menghiris-tipis

Menghiris-tipis kadangkala boleh mengenakan anda terutamanya jika anda terlalu yakin dan kekurangan kepakaran dalam bidang atau fungsi yang berubah-ubah. Sebagai contoh, ada di antara kita mempunyai prejudis atau prasyarat dalaman yang menyatakan bahawa orang yang tinggi sangat pintar dan bertenaga sebagai pemimpin. Biarpun ramai ketua pegawai eksekutif adalah orang yang tinggi tetapi pada hakikatnya, orang rendah pun sama pintar dan mampu seperti mereka.

Penceramah dan pelatih professional telah lama menyatakan bahawa tanggapan pertama terbentuk dalam masa dua minit. Tetapi pakar menghiris-tipis percaya bahawa ia mengambil masa kurang daripada 3 saat untuk kita menghiris-tipis dan mewujudkan tanggapan pertama.

Saya telah menemuramah dan menggaji lebih daripada 1000 orang di pelbagai organisasi sejak 15 tahun lalu. Jika saya melihat kembali keputusan pengambilan pekerja terbaik saya, mereka adalah dari golongan yang diupah dengan cepat dan mengikut kata hati. Ada masanya, saya tidak mempunyai rasional bagi keputusan tersebut, tetapi keberanian kata hati saya terus memberitahu saya bahawa ia adalah tepat. Apabila saya tidak mendengar keberanian kata hati saya, biasanya saya akan menghadapi penyesalan.

Dengar juga kata hati pekerja

Mendengar keberanian kata hati dan membuat keputusan dengan cepat juga menguntungkan bisnis dan memacu kepada prestasi bisnis yang lebih baik. Penyelidikan Eisenhardt (1989) mengaitkan pengambilan keputusan yang pantas dengan prestasi bisnis yang berkesan.

Adakah anda bersedia untuk mendengar seorang pekerja mengatakan ‘Saya mempunyai keberanian kata hati tentang projek ini?’ DuPont mendapati bahawa masa pembangunan produk mereka dipendekkan daripada tiga tahun kepada kurang daripada tiga bulan setelah mereka bergiat aktif dengan gerak hati pekerja dalam perancangan produk mereka.

Akhir kata

Pepatah “Percaya kepada keberanian kata hati anda” adalah satu ungkapan basi tetapi ia adalah 100% benar, jika anda telah belajar seni menghiris-tipis dengan baik. Kita telah diprogramkan secara genetik dengan pengetahuan seumur hidup yang melengkapkan diri kita dengan keupayaan untuk membuat keputusan yang BAIK dengan cepat. Ingatlah, limpahan maklumat negatif boleh menjejaskan keupayaan kita untuk menghiris-tipis dengan berkesan. Oleh itu, kembangkan keberanian kata hati anda dan kemudian percayalah kepadanya!

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Trust Your Gut: Thin-Sliced Decisions May Be Better Than Deliberated Ones

 

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Bunga

Membuka Potensi Anda: Memanfaatkan SkillsFuture Singapura untuk Pertumbuhan Peribadi

Oleh Germaine Ignacio. Apabila mempertimbangkan kos kursus SSG yang agak rendah berbanding dengan alternatif peningkatan kemahiran yang lain, mengambilnya adalah tidak perlu, terutamanya jika anda boleh mencari masa.

May 28, 2023 4 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Biar Mereka Gagal

Setiap pemimpin yang hebat pasti pernah gagal berulang kali dalam kembara kehidupannya. Belajar daripada setiap kegagalan. Jangan ulanginya. Jadikan kegagalan-kegagalan itu sebagai batu asas kejayaan masa hadapan. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Tidak Mengapa, Biar Mereka Gagal.

Jul 06, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest