Seorang rakan baru, Datin Veronica Selvanayagy, menjemput saya baru-baru ini untuk menghadiri acara amal yang dianjurkan oleh suaminya, Datuk Dr Arunan Selvaraj.
Teks jemputannya berbunyi seperti berikut:
“Suami saya membawa empat pelajar dari Persatuan Kelainan Upaya Akal Selangor untuk mendaki Gunung Kinabalu pada 25 April. Acara ini adalah untuk meraikan kejayaan mereka.”
Walaupun sudah banyak kali menghadiri acara amal, tetapi yang ini akan tetap kekal dalam hati dan ingatan saya.
Puncak harapan
Projek Puncak Harapan (iaitu ‘Hope Peak’ dalam bahasa Inggeris) adalah pendakian ke Gunung Kinabalu dan bertujuan untuk membantu Persatuan Untuk Orang Kelainan Upaya Akal Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SAMH).
SAMH, pertubuhan amal bukan untung yang ditubuhkan pada 1964, memberi perkhidmatan kepada kira-kira 340 kanak-kanak dan orang dewasa yang kelainan upaya akal, dalam lingkungan umur tiga tahun hingga 50 tahun.
Projek ini dikendalikan oleh pasukan Rainbow, yang terdiri daripada 14 pendaki yang bersemangat, termasuk penyertaan empat pelajar dan dua guru dari SAMH yang diketuai oleh Dr Arunan.
Tujuan besar adalah untuk memenuhi impian empat pelajar lelaki yang teringin sangat untuk mendaki Gunung Kinabalu di Sabah, gunung yang tertinggi di Kepulauan Melayu.
Pelajaran mengenai kegigihan dan ketabahan
Kisah Siah Juan Kit, seorang spastik, adalah pelajaran mengenai ketekadan dan ketabahan. Pendakian itu bukan mudah untuk Siah disebabkan oleh keadaan fisikalnya.
Siah menangis kerana terpaksa patah balik.
Siah akan hilang keseimbangan dan jatuh setiap 10-15 langkah disebabkan oleh bentuk bumi yang tidak rata. Dia jatuh terkena lebam tetapi tetap bersemangat berkobar-kobar. Kegembiraan jelas kelihatan pada wajahnya setiap kali dia mendaki selangkah atau bangun semula selepas jatuh.
Pada suatu ketika, hujan turun di kem Layang Layang, menyebabkan jejak jalan menjadi sangat licin. Siah tidak berupaya menarik tali dengan tangan kirinya. Cikgu Nazrin, salah seorang guru SAMH, terpaksa memberitahunya bahawa dia terpaksa meninggalkan pendakian di stesen keempat. Sambil menangis, Siah dengan berat hati berjalan turun ke stesen kedua dengan ditemani beberapa ahli-ahli pasukan dan panduan.
Kesedihan dan kekecewaannya menyentuh hati renjer, pasukan panduan dan briged Bomba, iaitu pejuang api yang sedia menunggu Siah dalam perjalanan turunnya.
Siah tetap keras kepala dan berazam untuk menghabiskan pendakian, tidak kira apa yang perlu dibuat. Selepas berehat, Siah mendaki sekali lagi dari stesen kedua ke stesen keenam.
Tahu apa? Siah berjaya sampai ke Laban Rata pada jam 22:39, kira-kira empat jam lebih lama daripada tempoh pendakian biasa.
Buat renungan bersama
Mendaki gunung adalah cabaran yang besar sekali, tetapi membantu empat pelajar yang kelainan upaya akal dan mempunyai keupayaan fizikal yang istimewa mencapai impian mereka dengan membimbing, melatih dan mengatasi rintangan merupakan usaha yang amat mengagumkan dan hebat.
Di tempat kerja, pernahkah anda membantu rakan sekerja mengatasi had keupayaan mereka dan mencetuskan potensi mereka? Gembirakah anda apabila seseorang yang anda membantu itu berjaya?
Oleh Julie Funt. Mengutamakan kualiti tertentu boleh membantu pasukan mengunjurkan komitmen mereka dalam projek yang akan datang. Baca lebih lanjut untuk mengetahui rangka kerja pengurusan kapasiti ini.
Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.
Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!