Strategi Cinta Dalam Memimpin

Jan 24, 2020 5 Minit
cinta, sabar, baik hati

Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar, dan tidak sombong. Dia tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam. Sesiapa yang mengasihi orang lain, tidak gembira dengan kejahatan. Tetapi dia gembira dengan kebaikan. Dia tahan menghadapi segala sesuatu; dia mempercayai orang lain, tidak hilang harapan, dan sentiasa bersabar. –  Paul of Tarsus

Sungguh mengagumkan, pengasas Southwest dan bekas ketua Herb Kelleher membina seluruh perniagaannya atas dasar cinta. Kelleher berkata di akhir hayat kejayaannya “jika anda mencari kejayaan untuk jangka masa yang lama dalam perniagaan, layan setiap orang seperti keluarga sendiri dan pimpin mereka dalam bentuk kasih.”

Apa yang begitu menarik ialah kita selalu membahas topik tentang kecekapan seorang pemimpin tetapi tiada kasih sayang di dalam kepimpinan dan menyebabkan kegagalan. Setiap usahawan mahu pelanggan mencintai produk hasilan daripada syarikat sendiri. Kita juga mahu pekerja mencintai apa yang mereka lakukan dan juga syarikat tersebut. Di sebaliknya, apabila kita bercakap mengenai kepimpinan, kita tidak mengambil peduli tentang cinta/kasih.

“Salah satu kepimpinan yang berkesan adalah melakukanya dengan penuh kasih sayang terhadap semua orang.” – Ken Blanchard

Jadi, mengapa di dalam organisasi kita selalu mengabaikan perasaan kasih/cinta? Kerana cinta kita melihat dari luaran, iaitu bentuk fizikal dan paras rupa atau perasaan terhadap seseorang. Ini kerana membuatkan di organisasi tidak bercakap tentang cinta kerana ia seperti tidak sesuai. Di samping itu, pemimpin berfikir jika mempunyai perasan kasih atau cinta bermakna anda harus group hugs, berpegang tangan atau perlu memberi ceramah, bercakap secara lembut dan mungkin ada yang berfikir perlu nyanyi lagu Rasa Sayang di pejabat.

Cinta strategi usahawan

Merujuk guru Patch Adams “cinta” , setiap organisasi memerlukan “strategi cinta”. Menurut kajian, pemimpin yang melakukan kerja dengan penuh perasaan cinta adalah pemimpin yang kelihatan lebih berjaya.

Pemimpin yang hebat dipenuhi kasih – mereka mengasihi orang-orang yang bersama mereka dan juga mereka suka akan apa yang mereka lakukan.

Kebanyakan pemimpin tidak mempunyai teknik-teknik cinta di dalam strategi perniagaan kerana mereka percaya bahawa kebanyakan pemimpin agresif dan kejam. Kasih itu lemah lembut. Menjadi baik kadang-kadang memberi pandangan yang lain kerana pemimpin seharusnya tegas dan bukan dilihat sebagai seorang yang lemah lembut.

Tiada yang dapat mengalahkan kebenaran. Pemimpin yang mengasihi pasukannya ialah seorang pemimpin yang ingin melihat pekerjanya berjaya melalui “feedback” yang jujur. Mereka menjaga, membesarkan, dan menyayangi mereka seperti anak sendiri, mendidik, dan mengajar mereka untuk bagaimana menghadapi masalah dan mengatasinya supaya mereka boleh membesar dan belajar.

Penilaian akhir tahun saya bersama pengurus yang mengambil berat tidak pernah menyenangkan tetapi akhirnya saya mengetahui di mana saya berada sekarang.

Tindakan yang kita lakukan datang dari kasih

Kasih bukan hanya dari mulut ataupun apa yang anda rasa, tetapi kasih itu adalah perbuatan. Kasih itu adalah tindak balas kita kepada sesuatu perkara, seperti tokoh kita Mahatma Gandhi, kepimpinannya berdasarkan semangat dan perbuatan. Beliau juga seorang yang rendah hati, kerana begitu mengasihi rakyatnya.

Kasih adalah tindakan. Kasih membawa kita kepada pemikiran yang positif, pemikiran yang positif membawa kita ke percakapan, dan percakapan membawa kita kepada tindakan. Emosi yang yang negatif merosakan organisasi. Humberto Maturana, pakar ahli biologi berkata, kasih adalah satu-satunya menghasilkan tindakan yang produktif.

Semua pemimpin mempunyai matlamat atau cita-cita yang ingin dicapai, mempunyai perasaan yang sentiasa bersemangat, inspirasi dan kasih. Tetapi kata lawan kasih adalah benci. Benci adalah ketakutan sehingga ketakutan mengawal tindakan kita. Kasih itu bebas. Ketakutan boleh mengganggu perusahaaan, mengehadkan kreativiti, dan menghalang orang untuk berkembang dan belajar. Mungkin ketakutan boleh membawa ke arah kepatuhan tetapi bukan komitment. Malangnya, kebanyakan pemimpin menggunakan struktur ketakutan.

Kasih membawa kejayaan

Jurulatih bola keranjang John Wooden, yang pernah memenangi gelaran 10 NCAA, yang menganggap bahawa “kasih adalah senjata terkuat”. Kerana mengasihi, beliau juga pakar dalam membimbing kejayaan, dan beliau berkata “pasukan anda harus tahu bahawa anda mengambil berat tentang mereka lebih daripada seorang atlet. Yang pasti, mereka mengetahui mengapa mereka berada disana kerana kebolehan mereka sebagai pemain. Jika mereka dibawah jagaan anda, itu terpulang pada anda bagaimana anda beritahu pada mereka bahawa anda peduli tentang mereka secara individu. Saya tidak pernah tidak menyayangi sesiapa.”

“Dia yang mengasihi mereka seperti anaknya sendiri dan mereka akan bersamanya sehingga akhir nafas”  Wooden mempelajari daripada Sun Tzu’s The Art of War.

Menurut kajian, di dapati pemimpin yang berjaya datang dari kualiti yang bagus terutamanya, apabila mereka mengasihi di antara organisasi. Kasih dinilai melalui perbuatan seperti komitment, belas kasihan, kebaikan, refleksi, naluri, keadilan dan kemaafan.

John Hope Bryant, seorang pemimpin yang terkemuka, beliau percaya ada empat peraturan tentang kasih dalam kepimpinan di dalam perniagaan:

Takut akan kegagalan

Ia adalah cara yang lama untuk pemimpin menakut-nakutkan pekerjanya, tetapi memimpin dengan kasih sayangg adalah segalanya.

Cinta akan wang

Mempunyai hubungan yang baik terhadap pelanggan dan juga pekerja membina situasi dan juga memberi keuntungan.

Sikap yang terbuka

Sikap keterbukaan yang membuatkan anda dan orang lain saling memahami antara satu sama lain. Maka jika anda terbuka pada orang lain, begitu juga orang lain akan terbuka kepada anda.

Memberi dan menerima

Memberi tanpa meminta balasan adalah keikhlasan. Rockefeller juga percaya bahawa ia adalah perkara yang lebih bernilai jika kita memberi daripada menerima. Ramai yang bersatu kerana sikap beliau yang suka memberi. Beliau juga memberi peruntukan untuk membina universiti dan membayar dengan jumlah yang besar.

Kasih sayang seorang askar

Kita memandang tinggi terhadap pemimpin tentera. Pemimpin askar yang paling mengerikan tetapi Scott Snook berkata, ia memberi pandangan lain iatu kasih sayang dan “ia adalah satu perasaan cinta yang mendalam dan menghormati antara rakan seperjuangan” paling penting di medan peperangan.

Kajian yang telah dilakukan oleh Shils dan Janowitz mengapa askar sanggup berjuang sehingga ke nyawa terakhir dan mereka telah membuat kesimpulan: Seorang askar pasti akan berjuang sehingga titik terakhir “selagi dia memberi sokongan dan menerima sokongan daripada ahli pasukan yang lain.”

Askar mengasihi antara satu sama lain dan mereka sanggup mati demi menyelamatkan nyawa kawan seperjuangannya yang lain. Jika kasih/cinta boleh dirasai oleh seorang pemimpin yang tegas ketika berperang, jadi mengapa tidak dilakukan di dalam organisasi sesebuah syarikat?

Selain itu, walaupun askar masih di bawah latihan, mereka ditekankan untuk terus: Cinta akan negara, cinta rakan-rakan seperjuangan, cinta terhadap pegawai-pegawai akan berkhidmat dengan anda dan pemimpin askar yang akan mengetuai pasukan.

Pesanan terakhir

Di sini ada tujuh soalan yang boleh membantu kita membuat refleksi bagaimana kita mencintai organisasi di syarikat:

  1. Bilakah kali terakhir anda melakukan sesuatu yang baik terhadap seseorang di tempat kerja?
  2. Bilakah kali terakhir anda mengucap terima kasih, yang telah banyak memberi jasa, memberi sepenuhnya diri kepada syarikat baru-baru ini?
  3. Kepada siapakah anda belum mengucapkan terima kasih kerana telah melakukan sesuatu yang baik atau secara spesifik?
  4. Siapakah yang melakukan kerja lebih masa (contohnya bekerja sehingga lewat atau kerja yang mereka lakukan bukanlah skop kerja mereka) tetapi anda mengambil kesempatan terhadapnya?
  5. Apakah perkara yang boleh anda lakukan sepanjang masa untuk membawa persekitaran “cinta” di tempat kerja?
  6. Apakah tindakan yang boleh anda lakukan untuk “cinta” pelanggan? (Perbuatan bukanlah untuk strategi pemansaran?
  7. Apakah yang boleh anda sumbangkan di tempat kerja untuk memberi kegembiraan dan keseronokan?

Jeneral John Stanford, dikenali sebagai tentera yang sangat setia:

“Rahsia kejayaan ialah cinta. Mempunyai kasih diantara satu sama lain ia memberi kesatuan yang kuat antara satu sama lain. Seseorang yang tidak merasakan cinta, mereka tidak akan merasa seronok untuk memimpin yang lain. Saya tidak tahu jika ada perasaan lain yang lebih seronok dan positif tentang cinta.”

Ramai kita ingat bagaimana kita dilamun cinta. Kita harus mendapatkan tenaga yang sama di tempat kerja juga. Kemimpinan ialah datang daripada hati.

Kasih bermula daripada anda. Jadi, anda semua perlu mengambil masa untuk melihat kembali pada diri anda dan membuat keputusan untuk pasukan anda dan organisasi yang layak mempunyai keberanian dan menyayangi mereka.

 

 

Untuk membaca bahasa Inggeris, klik What’s Your Love Strategy? Is Love A Leadership Competency For Greatness?

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Maklum balas benar-benar hadiah?

Adakah Maklum Balas Benar-benar Hadiah?

Oleh Michelle Gibbings. Maklum balas boleh positif atau negatif. Walau bagaimanapun, anda lebih cenderung untuk mengingati maklum balas negatif daripada maklum balas positif. Baca di sini tentang perkara yang perlu anda fokuskan apabila menerima maklum balas.

Oct 05, 2022 5 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Menjadi Pendengar Yang Aktif: 10 Cara Terbaik

Kemahiran mendengar perlu dikuasai. Kita mesti pendengar yang aktif, dengan niat untuk memahami. Dengan itu, komunikasi berkesan dapat dijalin.

Oct 20, 2017 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest