Oleh MOHD HAFIZ HORI

Perasan atau tidak sebelum negara kita dan seluruh dunia dilanda wabak pandemik Covid-19, beberapa syarikat besar dalam industri makanan segera telah membuat perubahan dalam sistem pembayaran mereka?

Macdonald menjadi yang terawal menggunakan sistem tanpa tunai dalam meminimakan sentuhan ditempat awam. Tetapi masih ada lagi sentuhan yang berlaku kerana pelanggan masih perlu menyentuh mesin pesanan untuk membuat pembayaran. Pernahkah anda menonton satu video di China yang mana bila pelanggan perlu membuat pesanan di
Mcdonald, mereka hanya perlu mengimbas QR code dan terus membuat pesanan dari telefon pintar tanpa menyentuh mesin pesanan?

Semua ini adalah proses perubahan dalam urusniaga bagi mengurangkan sentuhan di tempat awam. Masyarakat di China sudah melalui tragedi terdahulu daripada kita dan mereka sudah sedia maklum apa aktiviti yang perlu dikurangkan bagi menangani penularan wabak contohnya penggunaan duit tunai.

Setiap orang akan mengalami situasi yang sama apabila kehabisan tunai. Kita akan ke bank untuk ambil duit di ATM. Pintu bank kita masih boleh tolak menggunakan sarung tangan tapi di mesin ATM, pilihan menu masih perlu menggunakan jari. Skrin sesentuh zaman sekarang adalah jenis “Capacitive Touch” dimana kita perlu menyentuhnya dan baru ia beroperasi. Jika jari kita berlapik, mesin ATM tidak akan berfungsi. Kita mesti guna jari tanpa ada sebarang lapisan penghalang dan ini boleh menjadi salah satu punca penularan wabak. Tambah parah apabila kita membeli barang, duit yang digunakan pasti akan bertukar tangan dan kita tak pasti sama ada duit baki yang kita terima sudah dijangkiti virus ataupun tidak. Semua aktiviti yang melibatkan duit tunai ini berpotensi menjadi penyebab utama kepada penyebaran wabak. Lagi minima aktiviti sentuhan di tempat awam, lagi baik.

Atas sebab itu, ada beberapa kelaziman baharu yang boleh kita praktikan bagi mengurangkan penularan wabak. Sebagai seorang individu yang prihatin dengan keadaan semasa, kita boleh berubah dengan melakukan beberapa perkara seperti:

Muat turun aplikasi

Muat turun aplikasi yang mempunyai fungsi eWallet seperti Boost, GrabPay, Touch N Go,
Maybank dan ada juga supermarket yang mempunyai eWallet sendiri seperti AEON di telefon pintar masing-masing.

Senarai barang yang dibeli

Sebelum keluar membeli, buat anggaran kira-kira barang yang akan kita beli dan tambah nilai jumlah itu ke dalam eWallet tadi.

Menimakan sentuhan

Semasa membeli, minimakan setiap sentuhan kita dan pilih yang perlu sahaja. Elakkan memegang pelbagai jenis produk kerana kita berpotensi menjadi punca penyebaran atau kita berpotensi untuk dijangkiti.

Bayaran tanpa tunai

Semasa membuat pembayaran, gunakan eWallet. Tiada pertukaran tunai diantara kita dan juruwang.

Selain daripada itu, pemilik perniagaan juga boleh memainkan peranan dalam kempen perang melawan wabak merbahaya ini. Diantara langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:

1. Pemilik perniagaan yang beroperasi pada musim Covid-19 ini, perlu memastikan perniagaan mereka memiliki kemudahan eWallet bagi mengelakkan sebarang transaksi tunai.

2. Membuat kempen kesedaran kepada pelanggan dengan menggalakan mereka membayar dengan e-wallet. Sebagai contoh, jika bayar dengan e-wallet, akan dapat hadiah misteri. Dengan cara begini, kakitangan pun akan kurang sentuhan fizikal walaupun sistem penggunaan tanpa tunai. Yang pastinya, duit jualan akan terus dimasukan dalam sistem dan sekaligus isu kehilangan duit tunai boleh diminimakan.

Selain daripada itu, syarikat penyediaan sistem eWallet juga perlu memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran dikalangan pengguna. Beberapa langkah “menang-menang” boleh diaktifkan bagi menguatkan lagi jenama syarikat mereka dikalangan pengguna.

Waktu ini adalah detik terbaik untuk syarikat eWallet membuat kempen agresif dalam memupuk kesedaran dikalangan pengguna. Berikan insentif dan pelbagai hadiah menarik kepada pengguna eWallet. Dalam keghairahan memburu pelanggan baru, syarikat eWallet jangan sesekali lupa kepada peniaga yang banyak menggunakan perkhidmatan syarikat anda. Mereka juga layak mendapat ganjaran yang sama seperti pengguna yang lain.

Akhir sekali, sokongan dari kerajaan amatlah diperlukan bagi menjayakan kempen “cashless” ini. Perkara ini dilihat selari dengan kempen kerajaan untuk menghapuskan wabak covid-19. Perkasakan kempen ini disegenap media yang ada bagi memastikan rakyat mudah faham dan seterusnya selesa dengan kelaziman atau norma baru ini.

Berilah pelbagai insentif permulaan, tetapi dalam keadaan terkawal. Pastikan rakyat hanya menggunakan kemudahan ini untuk membeli barang keperluan sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Walaupun usaha ini nampak kecil, tetapi jika semua daripada kita menjadiakan ia sebagai budaya baru dalam kehidupan seharian, pasti kita dapat menangani wabak Covid-19 .

 

 

 

Untuk mendengar lebih, tekan disini dan untuk berhubung dengan lebih lanjut, email di editor@leaderonomics.com 

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Please enter your name here