15 Kerjaya Popular Menjelang 2030 & Kursus Berkaitan

Apr 23, 2025 3 Minit
kerjaya
Sumber:

imej oleh @senivpetro dari freepik.com

Pernah terfikir tak, macam mana rupa dunia kerja dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang?
Dengan teknologi yang semakin berkembang pesat, banyak pekerjaan hari ini mungkin akan berubah—dan sebahagian besar kerjaya masa depan mungkin masih belum wujud pun sekarang.

Namun, satu perkara yang pasti, anda boleh mula bersedia dari sekarang.

Kerjaya Apa yang Akan Jadi Pilihan?

Berikut adalah 15 kerjaya yang dijangka akan terus berkembang menjelang 2030 berdasarkan laporan World Economic Forum (WEF) – Future of Jobs Report, LinkedIn Emerging Jobs Report, dan laporan daripada agensi kerajaan yang sah seperti TalentCorp, MDEC, dan DOSM. Serta kursus-kursus yang boleh membantu anda memasuki bidang tersebut:

Kerjaya

Kursus Berkaitan

Data Scientist

Sains Data, Statistik, Python

AI Engineer

Artificial Intelligence, Machine Learning

Cybersecurity Analyst

Keselamatan Siber, Rangkaian Komputer

Doktor Perubatan

Perubatan, Sains Hayat

Jururawat

Kejururawatan, Sains Kesihatan

Software Developer

Kejuruteraan Perisian, Sains Komputer

Pakar Pemasaran Digital

Pemasaran Digital, Komunikasi Media

Guru Pendidikan Khas

Pendidikan Khas, Psikologi Pendidikan

Jurutera Robotik

Kejuruteraan Mekatronik, Automasi

Pereka UI/UX

Rekaan Grafik, Psikologi Pengguna

Jurutera Tenaga Lestari

Kejuruteraan Tenaga, Sumber Boleh Baharu

Pegawai Kesihatan Awam

Kesihatan Awam, Epidemiologi

Pakar Bioteknologi

Bioteknologi, Sains Bioperubatan

Kaunselor Kesihatan Mental

Psikologi, Kaunseling

Pakar Pengurusan Projek

Pengurusan Projek, Perniagaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semua bidang ini bukan saja relevan, tapi juga memberi peluang kerja yang luas—baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Baca lagi:

12 Kemahiran Kepimpinan Kritikal untuk Pemimpin Autentik pada Tahun 2025

Petua Pilih Kursus yang Sesuai Dengan Anda

Pilih kursus bukan sekadar ikut trend. Ia adalah keputusan penting yang boleh bentuk masa depan anda. Ini beberapa perkara yang boleh membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak:

1. Kenal pasti minat sebenar
Apa yang anda suka lakukan? Apa yang membuat anda teruja untuk belajar? Apabila anda minat, anda lebih mudah konsisten walaupun kursus itu agak mencabar.

2. Nilai kekuatan diri
Kalau anda lebih cemerlang dalam subjek teknikal, mungkin bidang seperti Sains Komputer atau Kejuruteraan sesuai. Kalau anda suka berkomunikasi dan kreatif, mungkin bidang media atau psikologi lebih sesuai.

3. Fikirkan masa depan, bukan sekadar sekarang
Tanya diri anda sendiri — di mana anda mahu berada 5 atau 10 tahun nanti? Pilih bidang yang boleh bantu capai impian jangka panjang anda.

4. Jangan terlalu ikut kawan, ikut kesesuaian diri
Kadang-kadang kita mudah terpengaruh dengan pilihan orang lain. Tapi setiap orang ada laluan dan kekuatan masing-masing. Fokus pada apa yang sesuai dengan anda.

Anda mungkin menyukai artikel ini:

Kerja Pertama: Asas Kejayaan Kerjaya Anda

Fakta Menarik:

Menurut World Economic Forum, kemahiran paling dicari dalam masa terdekat termasuk:

  • Pemikiran Analitik dan Inovasi
  • Literasi Teknologi
  • Kepimpinan dan Pengaruh Sosial
  • Ketahanan, Toleransi terhadap Tekanan & Fleksibiliti
  • Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence)

Jadi, selain pilih kursus, kemahiran insaniah (soft skills) juga penting untuk dibina.

Bersedia Dari Sekarang

Tak ada siapa tahu dengan tepat apa akan jadi 5 tahun lagi, tapi yang pasti — tindakan hari ini akan tentukan ke mana arah anda pergi esok.

Kalau anda sedang fikir nak sambung belajar atau pilih kursus, jangan terburu-buru. Ambil masa, buat kajian, tanya orang yang lebih berpengalaman. Yang penting, buat pilihan yang sesuai dengan siapa diri anda.

Masa depan memang tak pasti, tapi langkah bijak boleh bermula sekarang.


ilustrasi dari Facebook: Shazone Sham

Sila Kongsi

Belia

Alt

Berlatarkan pendidikan dalam Bahasa dan Linguistik Melayu, Amirah Nadiah gemar membaca dan mengikuti perkembangan semasa, yang membolehkannya kekal peka terhadap pelbagai isu. Sebagai seorang Content Editor, beliau aktif dalam kerja terjemahan serta penghasilan kandungan yang menarik dan meyakinkan. Pada masa lapang, beliau suka berkongsi frasa self-love di platform X miliknya.

Alt

Jadilah Pembaca Leader’s Digest