Mungkin ramai yang sedang membaca artikel ini untuk mencari idea bagaimana sebagai ibu bapa perlu menunjukkan sikap kasih sayang pada anak-anaknya. Mungkin juga ada di antara kita sebagai anak ingin melihat apa yang ibu bapa harus lakukan untuk anak-anak mereka.
Anak adalah anugerah yang diberikan pada setiap keluarga, saya pasti ramai ibu bapa di luar sana ingin anak mereka menjadi yang terbaik di kehidupan mereka. Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat mereka berjaya?
“Keluarga yang baik, melahirkan komuniti yang baik”
Saya percaya, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dan mereka harus menunjukkan teladan yang baik dari semua aspek. Seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” yang bermaksud, anak-anak harus di didik dari kecil kerana ketika anak-anak masih kecil, mereka seperti span yang menyerap banyak perkara.
Jadi, bagaimana anda sebagai ibu bapa boleh mendidik anak-anak anda untuk menjadi lebih baik:
Masa
Kita semua pernah melalui zaman kanak-kanak. Kita mengetahui keperluan mereka, iaitu masa. Berikan beberapa jam atau minit untuk anak-anak anda supaya anda bersama mereka boleh membina hubungan yang erat sebagai keluarga. Dengan ini anda juga boleh menggenali mereka dengan lebih dekat contohnya minat, cita-cita, hobi dan juga sebagainya. Anda juga tahu mereka bergaul dan berkawan dengan siapa. Jika anda sebagai ibu bapa melakukan ini, ia adalah sesuatu perkara yang sangat berharga buat mereka.
Berkaitan: Pengurusan Penggunaan Teknologi
Sentuhan kasih
Memeluk mereka dengan penuh perasaan kasih sayang, memegang tangan mereka ketika berjalan di shopping mall atau ketika memusing taman perumahan, piggy-back anak anda, beri mereka ciuman di dahi, beri mereka pelukan ketika mereka rasa takut atau ketika mereka berjaya melakukan sesuatu.
Peranan ibu bapa
Menukar lampin, menyediakan sarapan pagi, tengahari, minum petang dan makan malam untuk mereka, membantu mereka menyiapkan kerja rumah, dan membetulkan permainan mereka. Walaupun ia kelihatan seperti perkara yang remeh tetapi ia sangat dihargai oleh anak-anak anda kerana mereka melihat kesanggupan anda terhadap mereka.
Hadiah
Tidak perlu membeli hadiah yang mahal. Cukup hanya sekadar coklat, minuman, buah-buahan, permainan atau buku warna untuk mereka ia sudah cukup memadai. Hadiah yang mudah dan kecil seperti ini boleh membuat mereka cukup gembira, atau siapa sangka ada diantara mereka memeluknya sehingga mereka tertidur.
Kata-kata
“I LOVE YOU”
Secara peribadi, saya akan menjadi sangat suka bila di beritahu ayat ini. Terutamanya ketika saya masih kecil, ayat ini sentiasa mengingatkan saya terhadap orang tua saya bahawa mereka sentiasa menyayangi saya. Bukan saja menyatakan sahaja malah dengan menunjukkan support, bimbingan atau memberi nasihat dan pendapat ia sangatlah menaikkan semangat saya.
Saya percaya, begitu juga dengan anak-anak yang lain. Mereka sentiasa haus akan kasih sayang tidak kira dari segi perbuatan mahupun luahan ayat daripada anda sebagai ibu bapa.
Terakhir, jika anda ingin melihat anak-anak anda berjaya suatu hari nanti dan melihat mereka menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat dan negara anda haruslah menjadi teladan dan contoh yang baik terutamanya di rumah.
“Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan mencorakkannya”
Pengumuman: Sebagi seorang ibu dan bapa, kita sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak-anak dan kita ingin menjadi contoh, dan memberi mereka pengaruh yang baik. Jadi, jom sertai kami di 21 M.A.D. Days Challenge bersama-sama sebagai satu keluarga untuk membentuk komuniti yang berbeza untuk perubahan yang baik. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik Ya, kami komuniti yang berbeza!