Pulau Pinang adalah hab kepada beribu-ribu syarikat permulaan dan 39 daripada syarikat Fortune 1000. Google, Intel, Netflix, Facebook, Apple, Yahoo!, Adobe, Tesla Motors. Semuanya beribu pejabat di sana. Malah terdapat juga rancangan televisyen yang diterbitkan mengenai kejayaan awal serta kegagalan syarikat permulaan di rantau itu.
Ya, Lembah Silikon di California, Amerika Syarikat telah menjadi buah mulut ramai kerana suasana persaingan yang hebat. Walaupun kawasan ini terus berkembang dan menempa nama di peringkat antarabangsa, terdapat suatu tempat yang lebih dekat dengan kita yang kini digelar ‘Lembah Silikon di Timur’.
Pulau Pinang mungkin destinasi percutian yang ideal dengan seni jalanan yang aneh, pantai yang mengagumkan serta makanan bertaraf dunia, tetapi reputasinya sebagai hab kepada syarikat permulaan berasaskan elektrikal dan elektronik (E & E) serta teknologi menjadi semakin menonjol saban tahun.
‘Pulau Silikon’
Nama ini diilhamkan apabila Intel dan Bosch memulakan operasi di Taman Perindustrian Bayan Lepas pada tahun 1970-an. Bermula dari saat itu, lebih kurang 300 syarikat multinasional (MNC) telah menubuhkan pejabat mereka di pulau berkenaan dan ini menjadi tarikan utama kepada siswazah baharu.
Menawarkan keseimbangan budaya kerja yang selesa dengan adanya pusat-pusat budaya dan riadah yang banyak, Pulau Pinang bijak memasarkan negerinya sebagai alternatif yang lebih santai jika dibandingkan Kuala Lumpur. Kerancakannya turut berkembang selari dengan usaha Kuala Lumpur dan Singapura menjadi tuan rumah kepada syarikat multinasional.
Mengambil kesempatan pertumbuhan dan momentum ini adalah sekumpulan syarikat permulaan tempatan yang membina ibu pejabat mereka di ‘Pulau Silikon’. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat ini berusaha gigih membina nama masing-masing di peringkat antarabangsa.
Langkah permulaan
Dua syarikat di Pulau Pinang yang memanfaatkan pertumbuhan industri ini adalah ViTrox Corporation Berhad dan Aemulus Holdings Berhad, yang masing-masing ditubuhkan pada tahun 2000 dan 2004. Diasaskan oleh usahawan yang berkongsi kisah yang serupa, mereka telah membina perniagaan masing-masing menjadi antara organisasi terbesar dan amat dikenali di pulau tersebut.
Biarpun sudah berkembang pesat, kedua-dua syarikat ini tetap bertekad untuk terus kekal di Pulau Pinang dan tidak pernah memikirkan untuk memindahkan ibu pejabat ke bandar raya besar.
Aemulus
“Saya tidak setuju dengan idea bahawa sesebuah syarikat itu harus berpindah ke Kuala Lumpur, Singapura atau ‘bandar besar’ yang lain apabila iatelah mencapai sesuatu tahap,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Aemulus, Ng Sang Beng.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Aemulus, Ng Sang Beng.
“Dalam suasana yang lebih bersaing seperti itu, terdapat lebih tekanan yang akan melahirkan budaya di mana semua orang perlu mencapai tahap petunjuk prestasi utama (KPI) tertentu. Semua orang ingin melihat pulangan positif dengan serta-merta, terutamanya bagi usahawan.
“Terdapat banyak kajian, kreativiti dan inovasi yang terbit daripada kegagalan memandangkan kegagalan membuahkan pengajaran. Jadi, jika anda mempunyai budaya yang secara automatik melahirkan suasana kerja ‘berjaya-atau-tidak’, saya rasa itu hanya menyekat idea-idea bernas. Di Pulau Pinang, kos untuk kegagalan adalah kurang; anda mampu untuk jatuh dan bangun semula.”
Ng menubuhkan Aemulus selepas meninggalkan syarikat MNC lain yang beroperasi di pulau itu. Dia membawa masuk ahli kumpulannya yang lama dan mula menghasilkan semikonduktor dan peralatan kamera. Hari ini, individu-individu yang sama masih kekal bersamanya dan memegang jawatan tinggi untuk memacu syarikat ke arah kecemerlangan.
Tidak mengenal erti puas, Aemulus terus memberi suntikan inovasi kepada produk mereka, di mana RF wayarles membawa keuntungan yang paling tinggi kepada syarikat. Dunia Data Besar mungkin mengubah haluan bagi Ng dan pasukannya sekali lagi dalam usaha mereka berada di hadapan lengkungan dalam suasana yang semakin bersaing di Pulau Pinang.
ViTrox
ViTrox ditubuhkan oleh pengasas bersama Chu Jenn Weng dan Steven Siaw untuk menceburi bidang semikonduktor. Seperti Ng, Chu sebelum ini bekerja di salah sebuah syarikat multinasional. Bekas majikannya ialah Hewlett Packard (HP), gergasi teknologi Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Lembah Silikon.
Dalam satu lawatan ke California, Chu telah pergi ke garaj di mana pengasas bersama HP membina pelelaran awal syarikat yang kini bernilai jutaan dolar. Itulah satu-satunya motivasi yang diperlukan anak muda dari Malaysia ini.
“Jika dua siswazah teknologi Harvard boleh memulakan sesuatu yang sangat besar daripada asas yang kecil, apakah yang dapat menghalang saya daripada melakukan perkara sama di Malaysia?” kata Chu.
“Kami memilih Pulau Pinang kerana saya tahu terdapat ekosistem yang baik untuk kami di sini. Ia juga mudah untuk mendapat para siswazah kejuruteraan cemerlang yang baru menamatkan pengajian di universiti.
Pengasas Bersama ViTrox, Chu Jenn Weng.
Membina ekosistem
Ekosistem adalah elemen utama dalam falsafah Chu. Tiada sesiapa selainnya yang lebih bersungguh-sungguh dalam membina reputasi Pulau Pinang; perkembangan ViTrox terus membawa nilai kepada ekonomi pulau tersebut.
Langkah seterusnya adalah untuk berkongsi ilmu kejayaan dengan generasi seterusnya dan memastikan pasaran di Pulau Pinang dapat bertahan.
“Dalam beberapa tahun dari sekarang, kami akan memfokuskan bukan hanya kepada pembinaan ViTrox, tetapi ekosistem secara menyeluruh di Pulau Pinang dan seluruh negara,” kata Chu.
“Peluang yang ada sangat luas. Kami berada pada saiz yang sesuai untuk berkongsi dan menggunakan sumber-sumber yang ada untuk membantu lebih banyak syarikat di sektor kami untuk berkembang.
“Kami pernah berada dalam fasa permulaan, kami tahu apa yang akan membawa kejayaan dan kami boleh mendidik usahawan muda dengan berkongsi pengalaman jatuh bangun kami. Ya, kami ingin menjadi nombor satu dalam visi mesin, tetapi ini tidak bermakna kami ingin menjadi satu-satunya (pengeluar).”
Nombor satu, tetapi bukan yang tunggal. Pendekatan yang tidak mementingkan diri untuk membantu syarikat-syarikat lain di pulau ini berkembang adalah sebab mengapa perniagaan di Pulau Pinang menjadi sangat maju.
Kedua-dua Aemulus dan ViTrox adalah contoh terbaik bahawa sesebuah syarikat yang ditubuhkan di Pulau Pinang boleh memberi impak yang besar ke seluruh dunia. Harapan mereka adalah supaya syarikat permulaan tempatan yang dibantu ini dapat menandingi pencapaian syarikat multinasional yang mula-mula menempa nama di Pulau Pinang.
“Tiada negara maju bergantung kepada syarikat-syarikat asing; jika kita ingin Malaysia bersaing dengan negara-negara yang paling maju di dunia, kita mesti mempunyai ekosistem untuk syarikat multinasional kita sendiri,” kata Chu.
“Ia bermula dengan menyemai semangat keusahawanan dalam jiwa anak muda kita. Dalam dunia Objek Rangkaian Internet (Internet of Things) dan Revolusi Industri Keempat adalah mustahil bagi sesebuah syarikat kecil menjadi pemain global, tidak kira di mana ia berada.
“Saya boleh bersikap sambil lewa dan risau sekiranya Malaysia akan ketinggalan, atau saya boleh membuat sesuatu untuk membantu.”
Dan dia ternyata telah membantu. Dengan pertumbuhan luar biasa ViTrox, Aemulus dan banyak lagi syarikat tempatan yang beroperasi di Pulau Pinang, mungkin jolokan ‘Lembah Silikon di Timur’ tidak begitu tepat lagi.
Program GAIN MDEC
Aemulus dan ViTrox mempunyai persamaan dalam salah satu aspek perniagaan mereka – kedua-duanya menyertai program Pecutan Rangkaian Inovasi Global (GAIN) yang ditawarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebagai pemangkin pertumbuhan usaha globalisasi mereka.
Seiring dengan visi meningkatkan ekonomi digital Malaysia, program GAIN ditubuhkan untuk memangkinkan perkembangan teknologi Perusahaan Kecil dan Sederhana tempatan yang berpotensi untuk menjadi pemain global menerusi kemasukan pasaran, kepimpinan dan perkembangan kebolehan, gangguan teknologi dan modal skala naik.
Program GAIN memberikan bantuan berdasarkan keperluan dan matlamat setiap syarikat, sama ada ia untuk meningkatkan keterlihatan jenama, memudahkan akses pasaran, kebolehan kenaikan kemahiran, penyatuan penggabungan dan/atau pemerolehan atau pencapaian ekosistem pendanaan.
Oleh Jasjit Singh. Walaupun amalan ESG menumpukan pada meminimumkan kesan buruk dan risiko yang berkaitan dengan aktiviti syarikat, ia tidak semestinya menunjukkan bahawa syarikat mencipta impak positif bersih. Ketahui lebih lanjut tentang mencapai kesan positif bersih di sini.
Sepanjang kembara kerjayanya, Roshan Thiran telah banyak berpeluang berkhidmat di luar negara. Namun, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.