‘Tahun baru, diri baru’? Beberapa hari bakal menjelang tahun baru. Ramai yang sedang membaca artikel, menonton video untuk mencari semangat menetapkan resolusi tahun baru.
Manakala tradisi tahun baru sentiasa mempunyai matlamat untuk dicapai. Walaupun ia agak tertekan kerana banyak perkara yang masih belum tercapai. Bagaimana kita boleh menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini?
Melangkah ke tahun baru membuat ramai orang berasa cemas ataupun tertekan untuk berusaha mencapai matlamat mereka (kebanyakkan azam yang sebelumnya akan ditekadkan lagi setiap tahun baru) dimana mereka sendiri tidak menanam tekad untuk mencapainya.
Juga kita masih cuba untuk mempunyai azam kerana mereka yang lain juga berbuat begitu.
Jangan salah faham – setiap individu memilih untuk memiliki azam yang sama dan ia memberi kesan yang baik pada mereka. Jika anda seorang yang bertekad untuk mencapai azam tahun baru dan berdisiplin untuk mencapainya, anda seorang yang hebat!
Dengan itu, artikel ini ditujukan kepada mereka yang mengikuti fenomena tahun baru dan tenggelam dengan azam tahun baru yang harus dicapai untuk menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Disini mungkin ada cadangan lain yang boleh anda gunakan tahun yang akan datang.
Dengan itu, disini ada beberapa persoalan yang ada di minda, berkemungkinan dapat membantu anda untuk menjawab setiap soalan dan membantu untuk melegakan sedikit tekanan yang dialami.
Kita mempunyai pilihan bagaimana kita ingin menjalani kehidupan kita dan mereka yang lain juga mempunyai pilihan bagaimana menjalani kehidupan terbaik mereka. Akhir sekali, semoga dengan cara ini dapat merungkai dan membantu anda untuk mengenali diri sendiri dan mengetahui dimana anda berada sekarang.
Melangkah ke tahun 2020…
Apa yang paling penting untuk saya?
Ramai di antara kita mempunyai ‘mind set’ setiap kali menjelang tahun baru kita harus mempunyai azam. Manakala, sesetengah orang ingin mengetahui dimana titik permulaan, ada orang pula masih meneruskan tanpa ada titik permulaan mahupun garisan penamat.
Jika kita rasa itu bernilai, kita patut mengambilnya. Apa yang patut kita abaikan iaitu perkara yang perlu mula dari awal kerana semua orang melakukan itu. Lakukan perkara yang membantu anda. Jika memulakan titik permulaan membantu, teruskan; jika anda merasa selesa dan gembira mengikuti matlamat yang anda telah tetapkan.
Apa yang paling penting untuk saya?
Secara peribadi saya akan menggunakan masa di hujung tahun untuk membuat refleksi atau renungan diri sendiri untuk saya tahu apa yang berbaloi yang telah saya lakukan, mencipta atau mencari idea baru.
Menetapkan azam baru itu perkara yang baik tetapi kadang-kadang kita lupa mengapa kita bertekad untuk mempunyai azam tersebut. Matlamat yang terperinci membantu, kerana kita mengetahui tujuan disebalik semua itu. Sudah tentu nilai boleh dikaitkan di mana-mana sahaja tidak kira dari aspek kesihatan.
Anda ingin jadi orang yang seperti mana? Apa yang anda ingin sumbangkan pada orang lain (dan juga pada diri sendiri)
Apa yang saya bersyukur?
Seperti yang selalu kita dengar ‘Tahun Baru, Diri Baru’ bagaimana saya boleh menjadi lebih baik? Apa yang perlu saya lakukan? Ini adalah soalan yang membantu untuk kita berfikir cara untuk menjadi lebih baik. Ini membantu kita untuk berpandagan di sudut yang berbeza.
Masa berjalan –bagaimana saya boleh menjadi seorang yang bijak dalam jangka masa yang cepat? Itulah sebabnya tidak pelik jika ramai yang tertekan dan risau.
Ia adalah masa yang baik di pertengahan bulan Disember untuk merenungkan apa yang saya bersyukur contohnya, bersyukur dengan kerjayaan syarikat (termasuk pasukan organisasi yang hebat), dan banyak perkara peribadi.
Selain itu, masa boleh digunakan untuk mengimbau masa yang kita luangkan bersama rakan-rakan, orang yang tersayang dan juga yang tidak bersama lagi.
Oleh itu, saya selalu mengingatkan diri “Saya bersyukur kerana segalanya mencukupi didalam kehidupan saya.” Tidak kira kejayaan yang ‘kecil’ mahupun kejayaan yang ‘besar’.
Bagaimana jika saya berhenti membandingkan diri saya dengan yang lain?
Ini adalah soalan yang paling bagus untuk membuat refleksi diri tahun ini. Kita akan sentiasa berfikir: Saya seharusnya di kedudukan yang lebih jauh dari yang sepatutnya. Saya patut mendapat pendapatan yang lebih di usia ini.
Kita manusia akan sentiasa bimbang tentang perkara ini. Ia menjadi masalah kerana ia melebihi kemampuan kita. Sementara itu, ia boleh menjadi satu cabaran yang dapat kita belajar, dari perbandingan yang kita lakukan,
Oleh itu, jika kita berhenti membandingkan diri kita dengan yang lain kita akan lebih fokus terhadap diri kita sendiri, kerana kita tidak perlu memenuhi keinginan mereka. Di situlah kita boleh belajar memberi masa dan ruang kepada diri kita.
Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/
Oleh Morgan Loh. Adakah kita benar-benar menghargai ahli wanita dalam masyarakat kita? Baca perbezaan yang mengejutkan dalam penyertaan tenaga buruh dan pendidikan di sini.
Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.
Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!