Tip Kepimpinan: Asah Bakat Dengan Gigih

Apr 06, 2018 1 Minit
gigih berlatih

Tentu sekali anda pernah mendengar nasihat ‘asah bakat’. Jika anda berlatih dengan bersungguh-sungguh, anda boleh menjadi pakar dalam sesuatu bidang. Kajian juga membuktikan bahawa seseorang perlu berlatih dengan tekun selama 10 tahun atau 10,000 jam sebelum boleh menjadi genius.

Berkaitan: Asahkan Kapak Anda Demi Pertumbuhan Peribadi

Bill Gates melaburkan 10,000 jam pengaturcaraan sebelum dia berjaya. Kumpulan Beatles berlatih bertahun-tahun sebelum mereka diterima sebagai kumpulan pemusik yang baik. Tiger Woods dan David Beckham pula berlatih bertahun-tahun dalam bidang masing-masing sebelum mereka menjadi ahli-ahli sukan bertaraf antarabangsa.

Jika anda membuat kiraan, dengan hanya berlatih tiga jam sehari selama 10 tahun, anda sudah pun boleh menjadi pakar.

Jadi, nasihat saya kepada anda:  

Jika anda mahu menjadi genius dalam sesuatu, berlatih dan terus berlatih! Memang tidak mudah! Mencapai taraf antarabangsa bukan sesuatu yang senang tetapi terdaya dicapai jika kita tekun berusaha dan mengasah bakat kita.

Berkaitan: Giat Berlatih Untuk Mencapai Kecemerlangan

Sila Kongsi

Alt

Roshan is the Founder and “Kuli” of the Leaderonomics Group of companies. He believes that everyone can be a leader and "make a dent in the universe," in their own special ways. He is featured on TV, radio and numerous publications sharing the Science of Building Leaders and on leadership development. Follow him at www.roshanthiran.com

Cadangan Buat Kamu

passion dalam pekerjaan

Temui Minat yang Mendalam dalam Pekerjaan

Oleh Christien Suharyanto. Apakah setiap orang dapat menemukan passion dalam pekerjaannya?

Dec 15, 2024 3 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pembelajaran Efektif

Cuma 10% daripada pembelajaran efektif diperolehi daripada latihan dalam kelas, 70% adalah berasaskan pengalaman, dan 20% adalah melalui pemerhatian.

Jan 04, 2024 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest