Dilema Seorang ‘Graduan Baru’

Jan 05, 2020 2 Minit
graduan, pelajar

Dah mula kerja?

Awkwardnye nak tanya banyak soalan…

Malu nak tanya abang office macam mana nak guna printer…

Mesti ramai graduan baru yang baru saja bekerja sekarang dilemma apa yang patut dilakukan.

Ramai yang berkata pada lepasan graduan “Bila mula kerja nanti, baru kamu tahu hargai masa kamu sebagai pelajar.” Tetapi, kenapa? Tanggungjawab tak banyak, tidak perlu bayar apa-apa bil, ada masa untuk keluar dengan kawan-kawan dan lain-lain.

Kalau kamu seorang graduan baru yang baru saja mula kerja – memang susah nak biasakan diri dengan jangkaan di ruang yang baru ini. Kamu mungkin tidak tahu apa yang kamu tidak tahu.

Jadi macam mana??!

Cara-cara menyesuaikan diri di tempat yang baru

Pertama – Sebagai graduan, belajarlah untuk faham dan terima kelebihan dan kekurangan kamu (kalau kamu tidak tahu – kawan-kawan/keluarga/pensyarah yang waktu belajar dulu mungkin akan membantu). Kamu juga boleh membaca buku atau artikel yang boleh membantu kamu mengenali diri kamu kerana membaca jambatan ilmu.

Yang kedua – berkawan dengan orang yang lebih dewasa atau berpengalaman yang boleh membantu kamu. Kalau boleh, carilah mentor yang kamu selesa untuk berkongsi perkara dan jika ada masalah mereka dapat beri pendapat atau pilhan cara penyelesaian. Mungkin juga ada kawan-kawan yang baru sahaja bekerja juga dapat memberi sokongan kerana memahami posisi dan kedudukan masing-masing.

Berkaitan: Petua Buat Graduan Baharu

Ketiga – upgrade mentaliti dan fikiran: kamu bukan seorang mangsa, tetapi seorang pemenang. Jika kamu ada fikiran untuk sentiasa belajar, bukan sahaja di ruang kerja tetapi di luar waktu kerja juga, kamu akan sering dahagakan pembentukan dan prosess.

Paling penting, jangan takut untuk bertanya. Kalau segan, anda juga boleh bertanyakan melalui emel atau Whatsapp. Cabarlah diri untuk keluar dari zon selesa – buat aktiviti yang kamu minat (bersukan, melukis, kerja sukarela, dan lain-lain). Jika bukan sekarang, bila lagi?

“Satu-satunya cara untuk ke hadapan dengan bergerak ke hadapan” – Taylor Swift.

Akhir sekali – rehat. Ambil masa untuk diri sendiri – renungkan dan mendokumentasikan refleksi kamu setiap hari dengan konsisten. Bila kamu melakukannya – kamu sedar akan menjadi alat yang penting untuk setiap situasi di hidup kamu. Kamu juga akan mendapat masa untuk fikirkan cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah yang telah berlaku dan cabaran yang akan datang.

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Layang-layang

Bagaimana Pemimpin Menggunakan Tabiat Kecil untuk Keputusan yang Besar

Oleh David Dye. Bolehkah langkah mikro membuat perbezaan makro? Ketahui cara tabiat kecil menulis semula kisah kejayaan.

Aug 27, 2023 4 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Fokus Pada Perubahan Kecil

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita menumpukan usaha untuk membawa perubahan kecil pada diri. Lama-kelamaan perubahan menyeluruh akan tercapai. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Jul 19, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest