Tip Kepimpinan: Maafkan Dan Lupakan

Saya sering dinasihati supaya cepat maafkan dan lupakan perkara negatif yang berlaku ke atas diri saya.
Selama ini, saya ingat apabila saya mengampuni seseorang, ia bermakna saya melupakan perkara negatif yang dikenakannya terhadap saya. Dan jika saya tidak melupakan perkara negatif itu, ini bermakna saya belum memaafkannya. Tetapi kemudiannya, saya mendapati ini adalah tidak benar.

Memaafkan tidak bermakna menghapuskan sama sekali segala peristiwa pahit dari minda kita. Ia cuma bermakna kita melepaskan kesakitan yang selama ini mengawal emosi dan tindakan kita.
Jadi, nasihat saya kepada anda:
“Layan orang yang berbuat jahat terhadap kita sebagai manusia yang ada salah silapnya. Benci perbuatan salah itu tetapi bukan pembuatnya. Seterusnya, maafkan DAN LUPAKANnya.”
Memang lebih mudah berkata daripada berbuat, tetapi ia tidak mustahil.
Berkaitan: Cara Dan Manfaat Meminta Maaf Dengan Ikhlas
Kepimpinan
Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/