Take Nothing Personally: Belajar Hidup Lebih Tenang

Jan 21, 2026 2 Minit
diri
Sumber:

imej dari freepik.com

Pernah tak kita rasa penat, bukan kerana terlalu banyak kerja, tetapi kerana terlalu banyak perkara kita simpan dalam hati? Kadang-kadang, kata-kata orang, reaksi mereka, atau perkara kecil pun boleh membuat kita berfikir terlalu jauh dan akhirnya emosi sendiri yang keletihan.

Tanpa sedar, kita memikul terlalu banyak perkara yang sebenarnya bukan tanggungjawab kita. Sedangkan apa yang orang lain katakan atau lakukan selalunya lebih berkait dengan keadaan dan emosi mereka sendiri, bukan tentang nilai diri kita.

Jangan Ambil Semuanya Secara Peribadi

“Take nothing personally” bukan bermaksud kita tidak peduli atau menjadi dingin. Ia bermaksud kita belajar untuk menjaga emosi sendiri dan tidak membiarkan reaksi orang lain menentukan bagaimana kita melihat diri kita.

Perubahan ini tidak berlaku dalam sehari, tetapi boleh dimulakan dengan langkah kecil yang konsisten.

1. Terima Diri Dengan Lebih Baik

Belajar menerima diri bukan perkara mudah, tetapi ia sangat membantu mengurangkan kebergantungan kita pada pujian orang lain. Apabila kita mula menghargai diri sendiri, kritikan tidak lagi terasa terlalu berat, dan kita lebih tenang menghadapi pandangan orang.

imej dari freepik.com

2. Kurangkan Keperluan untuk Sentiasa Disukai

Keinginan untuk disukai adalah sesuatu yang normal. Namun, apabila ia terlalu menguasai, kita mungkin mula mengabaikan keperluan sendiri. Perlahan-lahan, belajarlah berkata jujur dengan diri tentang apa yang kita mampu dan tidak mampu lakukan.

3. Elakkan Membuat Andaian

Fikiran kita mudah mencipta pelbagai kemungkinan, terutamanya apabila kita sudah letih atau sensitif. Jika sesuatu mengganggu fikiran, cuba dapatkan kejelasan dengan cara yang baik. Ini boleh mengelakkan salah faham dan mengurangkan tekanan yang tidak perlu.

4. Ambil Masa Sebelum Memberi Reaksi

Tidak semua perkara perlu dijawab serta-merta. Memberi ruang seketika untuk bernafas dan berfikir boleh membantu kita memberi respons yang lebih tenang dan sesuai dengan keadaan.

5. Tetapkan Batasan Dengan Lembut Tetapi Jelas

Menjaga batasan bukan bermaksud kita mementingkan diri, tetapi kita sedang menjaga kesejahteraan sendiri. Apabila batasan disampaikan dengan baik, hubungan juga boleh menjadi lebih sihat dan seimbang.

6. Belajar Melepaskan Perkara yang Tidak Dapat Dikawal

Ada perkara yang kita tidak mampu ubah, walaupun kita sudah cuba sedaya upaya. Melepaskan sesuatu perkara bukan bererti kita kalah, tetapi kita memilih untuk memberi ruang kepada ketenangan dan memberi perhatian kepada perkara yang lebih penting.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Fokus Pada Pilihan Anda, Bukan Penilaian Orang Lain

Apabila kita berhenti mengambil segala-galanya secara peribadi, kita memberi peluang kepada diri untuk hidup dengan lebih ringan. Kita masih peduli, tetapi tidak lagi membiarkan emosi orang lain menguasai perasaan sendiri. Sedikit demi sedikit, kita belajar untuk lebih tenang, lebih sedar, dan lebih menghargai diri sendiri.


Workshop Akan Datang untuk HR:

Workplace Psychological First Aider

Dipimpin oleh kaunselor berlesen Boey Yin, workshop ini membekalkan anda dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengenal pasti dan menangani tekanan emosi serta cabaran kesihatan mental di kalangan rakan sekerja.

Layak untuk tuntutan penuh HRD Corp.

Daftar Sekarang!

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Sumber Rujukan:

  • Philosophy Sage
Alt

Berlatarkan pendidikan dalam Bahasa dan Linguistik Melayu, Amirah Nadiah ialah seorang Content Editor yang berpengalaman dalam kerja terjemahan serta penghasilan kandungan yang jelas, menarik, dan meyakinkan.

Alt

Cadangan Buat Kamu

resume

Resume ‘Bukan Fresh Graduate’ dari Kaca Mata Seorang Penemu duga

Oleh Mohammad Syukur Md Noh. Ramai yang berpengalaman, tapi tidak tahu cara menyerlahkannya dalam resume. Ini panduan ringkas untuk bantu anda dinilai dengan lebih adil.

Jul 03, 2025 2 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVan Malaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest