5 Petua Membina Rangkaian Sosial

Feb 14, 2018 3 Minit
rangkaian sosial, hubungan

Membina rangkaian sosial (social networking) melalui makan tengah hari, makan malam, atau apa-apa peluang adalah perkara biasa. Kita semua pernah melalui saat pertemuan sebegitu dengan orang yang tidak dikenali. Ada yang rasa ini senang kacang sahaja, namun untuk menarik perhatian orang yang baru kita kenali bukan semudah bagi setiap orang. Jika anda tergolong dalam kategori yang terkemudian, berikut merupakan petua yang berguna untuk anda.

1. Yakin pada diri

Tatkala anda mahu memulakan sesi berkenal-kenalan, tarik nafas dalam-dalam dan zahirkan wajah yang penuh dengan keyakinan. 

‘Yakin’ tidak serupa dengan ‘agresif’. Jangan terus terjah orang lain lalu memperagakan produk anda; sebaliknya mulakan dengan salam perkenalan dan ucapkan “Hai, apa khabar?”, disulami dengan senyuman mesra (anda boleh berlatih senyum di rumah).

Perasaan malu dan kurang selesa itu normal, namun anda boleh ketepikan rasa gemuruh dengan mengingatkan diri bahawa sekalipun individu yang anda ketemu merupakan seseorang yang berjaya dan kaya, hakikatnya mereka juga insan biasa dan anda boleh menarik mereka mendengar celoteh anda, jika anda pandai membawa diri.

Berkaitan: 4 Teknik Berkesan Untuk Menjadi Lebih Yakin

2. Buat game plan

Sepertimana anda tidak mahu bertindak melulu dalam peperangan, anda seharusnya tidak bertindak membabi buta dalam usaha membina rangkaian. Buat game plan, dengan menetapkan beberapa matlamat yang perlu dicapai dan hasil yang anda mahu peroleh.

Contohnya, anda boleh merancang untuk berbual atau menetapkan perjumpaan susulan dengan sekurang-kurangnya 10 orang. Anda juga boleh berusaha untuk menetapkan perjumpaan dengan sekurang-kurangnya seorang ketua pegawai eksekutif.

Dengan menetapkan matlamat dalam fikiran, anda boleh berusaha mencapai impian daripada terkapai-kapai tanpa arah tujuan.

Berkaitan: Adakah Anda Proaktif?

3. Mesra dan ikhlas

Aktiviti menjual adalah satu paradoks. Anda perlukan pelanggan untuk membeli, tetapi jika anda berlebih-lebihan dalam menjual, anda akan kehilangan pelanggan. Hal ini sama sahaja dengan rangkaian sosial.

Elakkan diri daripada menerpa dan tahan diri daripada terus bercerita tentang syarikat, produk, mahupun diri anda. Orang ramai lebih senang memberi respons apabila dapat merasa kemesraan dan keikhlasan, jadi kurangkan menjaja kisah perniagaan dalam perbualan, kecuali jika mereka betul-betul berminat.

Sebaliknya, cuba tanya tentang diri mereka. Lagipun, membina rangkaian sepatutnya melibatkan usaha menjalinkan perhubungan. Lebih banyak yang anda ketahui tentang seseorang, lebih bagus sebenarnya.

4. Kenal pasti USP diri

Sekiranya anda berpeluang membuka bicara tentang pekerjaan, bagus untuk anda kemukakan Faktor Pelaris Unik (USP) diri secara padat, dalam masa seminit atau kurang daripada itu. 

Pastikan anda hanya nyatakan perkara yang penting, ringkas tetapi menarik. Cuba buat seperti iklan dalam radio atau televisyen. Idea yang ditonjolkan seharusnya bernas namun mampu menarik perhatian ramai. USP anda sepatutnya memiliki kriteria sebegini.

Jika anda boleh rangka USP diri dan berlatih di hadapan orang lain untuk melihat reaksi mereka sebelum hadir ke majlis, ini lebih bagus.

Berkaitan: Peluang Kerja Lebih Cerah Dengan Penjenamaan Diri

5. Berjalan dan bertegur sapa

Perasaan malu membuatkan anda cenderung untuk tercegat pada sesuatu tempat, namun dalam membina rangkaian sosial, anda perlu pastikan orang ramai melihat dan mendengar tentang anda. Ini bermakna anda harus bergerak dan mendekati orang lain.

Cuba untuk berjumpa dengan seramai mungkin. Jangan biarkan diri dimonopoli, tidak kira betapa berminatnya seseorang dengan diri anda. Anda boleh sahaja mengambil kad daripada individu tersebut dan hubunginya semula sesudah tamatnya majlis.

Bukan semua orang suka menjadi tumpuan dalam sesuatu majlis, namun perancangan serba sedikit (dan petua seperti di atas) dapat membantu anda untuk membina rangkaian sosial. Bersedialah untuk menghulurkan kad sebanyak mungkin kepada hadirin dalam sesebuah majlis!

Selamat membina rangkaian sosial!

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik How To Network?

 

 

 

 

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Hubungan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia 2023

Kejayaan ke Masa Depan: Wawasan daripada Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia 2023 (Bahagian 1)

Oleh Kiran Tuljaram dan Irfan Razali. Temui wawasan tentang kepimpinan, pengurusan perubahan dan banyak lagi daripada Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia 2023. Serlahkan potensi sebenar anda dalam dunia yang semakin berkembang hari ini.

Jul 04, 2023 12 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Fokus Pada Perubahan Kecil

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita menumpukan usaha untuk membawa perubahan kecil pada diri. Lama-kelamaan perubahan menyeluruh akan tercapai. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Jul 19, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest