Oleh CRYSTAL CHA

6 Perkara Dipelajari Ketika Perintah Kawalan Dilakukan

Ketika saya sedang menulis surat ini, sudah masuk minggu yang ke lapan atau 57 hari di Finland (ditempat saya menetap sekarang) setelah diberitahu pengumuman kecemasan pada 16 Mac 2020. Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020. Penjarakan secara sosial dilakukan dibanyak tempat.

Lima minggu adalah masa yang singkat. Tetapi, bagi kebanyakan kita, kehidupan selama lima minggu yang lepas telah menjadi kegelapan, kegelisahan, kehilangan, kesedihan, dan ketakutan.

Dalam keadaan seperti ini, ramai yang perlu berfikir secara bijak untuk mengekalkan sumber dan tidak membuat perubahan mendadak. Namun entah bagaimana saya mendapati diri saya menukar pekerjaan, negara dan membuat perubahan besar ketika keadaan tidak pasti.

Sama ada:

  • Saya suka menjalani kehidupan dalam keaadan sukar, atau
  • Pandemik inilah yang sebenarnya disebut oleh orang ramai – panggilan  yang memaksa kita berhenti sejenak dan merenung, dan memikirkan jenis kehidupan yang sebenarnya kita mahukan.

Mungkin dalam kes saya, ini adalah gabungan kedua-duanya.

Pada permulaan ‘lockdown’, rakan-rakan terdekat risau akan keadaan saya. Saya mengalami kesukaran untuk tidur dan kerisauan saya semakin meningkat.

Secara perlahan, banyak perkara menjadi lebih baik. Ia tidak berlaku sekaligus tetapi beberapa hari, ia seperti saya mengundur dua langkah ke belakang dan satu langkah ke depan. Perlahan, tetapi pasti, saya mula tidur dengan lebih lena dan lebih baik. Walaupun seperti belum jelas apa yang akan terjadi di masa hadapan, tetapi saya menjadi lebih yakin bahawa saya mempunyai sumber yang diperlukan untuk menghadapinya.

Walaupun saya tidak menyukai dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang dan rasa seperti hilang kawalan, tetapi saya selalu bersyukur. Minggu-minggu yang lepas telah banyak mengajar saya tentang perubahan didalam kehidupan saya.

Dikongsikan oleh rakan kesayangan saya Jonathan Chu,  saya berfikir ingin meluangkan masa untuk menulis beberapa pembelajaran yang saya dapati.

Corak pemikiran yang kita pilih membentuk situasi pengalaman dan membawa pengaruh yang akan datang

“Becoming is better than being. — Carol Dweck, Mindset: The New Psychology of Success”

Corak pikiran yang saya tetapkan telah mengubah diri saya. Cabaran boleh dikategorikan seperti tekanan, kekecewaan dan kerisauan – atau mereka boleh memilih untuk mengambil peluang untuk menghadapi cabaran.

Dengan menggunakan masa sebaik-baiknya, meluangkan masa aktiviti bersosial, dan tidak diganggu dengan perkara lain seperti keluar lepak, menonton wayang atau membeli belah:

  • Kecergasan diri saya meningkat
  • Waktu tidur lebih teratur
  • Rantai makanan yang sihat (kerana saya mahu menjaga kesihatan dan tidak mahu jatuh sakit)
  • Mempunyai masa untuk perbualan yang jauh lebih bermakna yang saya pernah alami sepanjang tahun – dan menyedari bahawa saya dikelilingi oleh orang-orang yang mengambil berat tentang saya
  • Saya sedar bahawa saya boleh membuat simpanan wang lebih banyak dari menggunakannya
  • Saya belajar untuk mengawal, bukan sahaja bertoleransi – tetapi menikmatinya – prosess untuk menjadi lebih baik

Sepanjang tempoh penyekatan keluar telah dilaksanakan, saya pernah mendengar konsep ‘growth mindset’, dan saya mengambil keputusan untuk membacanya dan buku ini sangat disarankan, Carol S. Dweck Mindset: The New Psychology Of Success. Seperti yang ditulis oleh Dweck:

“Keyakinan diri yang sebenarnya ialah keberanian untuk menjadi terbuka – untuk menyambut perubahan dan idea baru tanpa mengira sumbernya.” (Walaupun sumber itu adalah wabak global yang dahsyat).

Saya melihat kembali pada diri saya sepanjang tempoh penyekatan keluar, bagaimana cara saya menguruskan ketidapastian didalam kehidupan saya, dan ketawa pada perkara-perkara yang melucukan. Saya juga sedar saya mempunyai perubahan, ketidakpastian dan ketidakselesaan.

Oleh sebab itu, saya tidak membazir tenaga untuk risau perkara yang tidak dapat diubah, saya mempunyai kekuatan untuk fokus terhadap penyelesaiannya, alternatif, dan cara yang lebih positif untuk menggunakan masa saya.

Keperluan asas memainkan peranan penting dalam mengatur suasana

Ia agak menarik bagaimana kesan yang positif membawa pada kita:

  • Masa tidur yang cukup
  • Udara segar dan meregangkan tubuh badan
  • Belajar dan mencuba sesuatu yang perkara yang baru
  • Yakin bahawa semuanya akan menjadi baik-baik saja
  • Dapat membantu individu lain

Dan pada hujung tahun lepas saya menghadiri sebuah ceramah dari seorang kenalan yang baru pulang dari salah satu acara Tony Robbins. Beliau sangat teruju untuk berkongsi apa yang beliau pelajari ketika disana – secara percuma. Saya belajar Six Human Needs (6 perkara keperluan manusia).

Kepastian: Jaminan anda dapat mengelak kesakitan dan mendapat kesenangan

Ketidakpastian atau kepelbagaian: Keperluan untuk rangsangan baru yang tidak diketahui atau berubah

Kepentingan: Merasa unik, penting, istimewa atau diperlukan

Hubungan atau cinta: Perasaan dekat atau bersatu dengan seseorang atau sesuatu

Pertumbuhan: Pengembangan, keupayaan, atau pemahaman

Sumbangan: Rasa layanan dan fokus untuk menolong, memberi dan menyokong orang lain

Dari situ saya mula melihat kehidupan dari sudut yang lain. Saya mula memahami mengapa saya mahukan sesuatu perkara lebih dari yang lain, dan memahami keperluan yang saya perlukan untuk memenuhi pelbagai perkara.

Ketika sekatan keluar dari rumah sedang dilakukan, timbul perasaan gelisah kerana membaca atau mendengar berita dari kerajaan tentang perubahan polisi yang membawa ke sesuatu yang negatif – tidak pasti. Di sinilah rutin penjagaan diri sangat penting.

Isitilah penjagaan diri selalunya digunakan sebagai sinonim untuk menjauhi banyak perkara (contoh: dunia luar), untuk penjelasan yang lebih baik ialah, penjagaan diri yang dimaksudkan oleh saya ialah tidak semestinya anda melakukannya seorang diri. Penjagaan diri yang baik melibatkan penjagaan kesihatan seperti waktu tidur, kesihatan fizikal, kesihatan mental, nutrisi, hubungan dan perkara yang memberi kegembiaraan pada diri anda.

Untuk mencapai perkara ini, di waktu sekatan keluar dari rumah, saya memerlukan sokongan. Jadi saya menggunakan alat bantuan untuk tidur (tidak perlu malu dengan perkara ini!). Saya membuat jadual sekurang-kurangnya satu panggilan pada kawan-kawan rapat.

Saya juga merancang waktu yang sesuai setiap bulan pada tempoh sekatan keluar dari rumah, 1-2 jam saya akan melakukan sesi perbualan dengan kaunselor saya (tidak ada yang perlu malu untuk meminta bantuan!).

Saya bertanya jika sesi tersebeut boleh dibahagiakn masa selama 30 minit (jumlah masa yang sepatutnya tidak berubah). Saya tahu jika melakukanya setiap minggu agak sukar – membantu saya untuk meneruskan sesi ini dan mengendalikannya dengan baik. Mengakui keperluan asas kita bermaksud kita dapat menanganinya denga lebih baik.

Menerima bahawa kita tidak dapat mengawal semua perkara

Saya ada 2 tiket kapal terbang yang dibatalkan dari Finland ke Malaysia. Apabila diumumkan perintah kawalan pergerakan di kedua buah negara.

Pada mulanya, ketidakpastian itu merupakan kembimbangan yang terbesar. Tetapi beberapa hari, saya belajar untuk menerima.

Walaupun tiket penerbangan saya dibatalkan untuk kali kedua, penerbangan seterusnya lapan hari selepas itu, dan saya agak terkejut kerana saya tidak gelisah dan berada di posisi yang tenang.

Saya memilih untuk melihat kebaikkan pada situasi ini – saya mempunyai lebih banyak masa bersama kucing saya, dan lebih banyak masa mengucapkan selamat tinggal pada kawan-kawan saya di Finland. Saya juga memilih ini untuk melihat peluang yang ada untuk belajar.

Saya menghantar mesej kepada kawan saya. “Setelah saya sampai di Malaysia, ada cerita yang ingin kongsikan dengan anda dan kesabaran yang saya ada!”

Saya sangat tertarik dengan agama Buddha dan stoicism dan konsep terpisah yang mereka berdua kongsi. Sebagai INFP (Introvert, iNtuitive, Feeling, Perceiving) dan Enneagram Type 4, saya mudah dihanyutkan oleh emosi ketika ini. Saya juga cenderung tertarik pada emosi negatif, dan tidak mempercayai emosi positif.

Saya juga seorang yang berfikir berlebihan dan berkelakuan berlebihan. Kemunduran yang kecil telah menjadi semakin besar.

Berpisah bukan bermaksud ‘anda tidak mengambil berat’ (walaupun tajuk buku ini – klik disini untuk mengetahuinya oleh Mark Manson). Sebaliknya, jangan mempedulikan perkara-perkara secara berlebihan yang melampaui batas kita

Dengan menerima perkara yang kita tidak boleh ubah, kita memberi tenaga fikiran dan mental untuk fokus pada perkara-perkara yang kita BOLEH ubah.

Pengalihan fokus ini memberikan kita alternatif baru, penyelesaian baru dan cara baru untuk keluar dari situasi sukar yang tidak akan kita lihat sekiranya kita tetap fokus pada masalah kita.

Mengetahui bahasa cinta dan mempratikkan adalah penting untuk merasa hubungan, sokongan dan dipelihara

Bahasa cinta saya ialah dikategori sentuhan. Ia bukan sahaja di aplikasikan di hubungan bersama pasangan tetapi saya juga tidak sedar bahawa ia juga di hubungan persahabatan. Dunia pada hari ini, perdebatan tentang isu sentuhan ini agak sensitif. Di dalam akademik perdebatan sengit berlaku untuk menyeimbangkan keperluan sentuhan anak-anak.

Sentuhan yang positif dapat meningkatkan sistem imun dan kesihatan jantung dan penting untuk perkembangan awal bayi. Buktinya, terdapat istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan bayi yang tidak sihat kerana sistem sarafnya kurang berkembang kerana kurangnya sentuhan – ‘kegagalan untuk berkembang maju’.

Ahli terapi keluarga Virginia Satir pernah berkata:

“Kita memerlukan empat pelukan sehari untuk terus bertahan. Kita memerlukan 8 pelukan sehari untuk dipulihkan. Kita memerlukan 12 pelukan sehari untuk pertumbuhan.”

Saya sedar akan sesuatu yang saya rindui ketika perintah sekatan keluar rumah adalah perkara seperti: pelukan yang hangat, tangan di bahu saya, melihat mata seseorang, rasa kehangatan secawan kopi yang baru dibuat ketika barista menyerahkannya kepada saya.

Untuk mengatasi kekurangan sentuhan, saya harus  meningkatkan usaha saya untuk berhubung dengan orang lain melalui bahasa cinta lain yang sangat penting bagi saya – masa yang berkualiti dan kata-kata penegasan.

Saya menyertai aktiviti permainan alam maya, membuat lebih banyak panggilan, menjadualkan panggilan ke dalam calendar saya, mengangkat telefon dan membuat panggilan pada rakan secara spontan.

Disebalik kegelisahan dan kesedihan kerana kehilangan perkara yang normal, satu perkara yang selalu saya rasa bersyukur adalah mempunyai lingkaran rakan, dekat dan jauh di sekeliling saya.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana saya harus mengharungi ini semua selama beberapa minggu tanpa komuniti untuk berkongsi suka dan duka, kecewa, sedih dan ketawa dengan jenaka. Saya akhir-akhir ini seperti dikelilingi oleh ‘ribut cinta’.

Perkara yang baik mengambil masa

Semasa sekatan keluar, saya belajar bahawa melabur dalam pertumbuhan peribadi saya dan menjaga kesihatan mental dan fizikal akan mengambil masa!

Walaupun ia menjimatkan masa selama dua jam sehari tanpa berulang-alik, ia mengejutkan saya betapa cepatnya saya dapat mengisi masa itu dengan bersenam, memasak, dan makan.  Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah, lebih banyak masa yang digunakan oleh saya untuk merancang- rancangan untuk bersenam, merancang untuk makan, dan juga merancang untuk membeli-belah barang dapur.

Kebanyakan kita diajar untuk membetulkan dengan mengunakan jalan pintas. Walaupun saya yakin usaha mencapai kecekapan adalah penting, saya rasa sama pentingnya untuk mengenal pasti bahawa untuk mencapai tahap kualiti dan kecemerlangan tertentu, ia memerlukan MASA yang tepat.

Satu perkara yang telah saya pelajari tentang pengurusan sebagai seorang mahasiswi dahulu (12 tahun kemudian, saya masih berusaha untuk berjaya!) dan ia mengambil lebih masa tidak sama seperti yang kita rancang.

Begitu juga di kehidupan peribadi saya, saya mengelak mengadakan perjumpaan (online meeting) yang secara berterusan, dan menyimpan satu jam untuk bersenam walaupun saya hanya merancang untuk bersenam selama 30 minit. Gangguan berlaku secara berterusan, dan masa tambahan memberi kita ruang untuk ‘mengejar’ ketika kita ketinggalan dari jadual.

“Kita mungkin berada di badai yang sama, tetapi kita tidak berada di kapal yang sama.”

Semasa saya merenung beberapa perkara yang telah saya pelajari semasa global pandemik ini, ini sangat penting: dapat meneruskan perkembangan dan pertumbuhan peribadi diwaktu sekatan keluar rumah adalah tanda baik.

Untuk jangka masa yang lama, saya membesar melihat diri adalah golongan keluarga yang miskin kerana setiap bulan akan mendapat gaji.

Menjadi anak sulung dan yang pertama lulus dari universiti, belajar menggunakkan buku yang dikitar semula dari pelajar dahulu, saya sentiasa melihat kekurangan pada diri saya daripada yang lain.

Namun, berkat pendidikan, saya memperolehi banyak peluang dan pengorbanan ibu bapa saya  – saya telah membuat lonjakan yang besar dari golongan sosioekonomi.

Beberapa tahun yang lalu, saya mendengar ceramah daripada Anna Rosling, co-author dari Factfulness: Ten Reason We’re Wrong About the World – and Why Things Are Better Than you Think.

Ia agak mengejutkan kerana saya termasuk dalam senarai 15% populasi pendapatan yang paling tinggi (atau yang tertinggi dari 4 tahap pendapatan). Di Malaysia, ia digelar T20 (20% yang tertinggi).

Ini adalah penyataan dan kenyataan yang serious bagi saya. Sekiranya kita membandingkan diri kita dengan orang lain, kita akan selalu merasa ‘kekurangan’ apabila sebenarnya, ramai dari kita membaca ini (dengan sambungan internet, penguasaan bahasa Inggeris yang baik, dan pendidikan yang baik) mempunyai perkara-perkara yang hanya diimpikan oleh lain dan berdoa.

Saya menjumpai ayat ini yang diterbitkan di Facebook (tidak pasti siapa yang menulis ini):

“Kita mungkin berada di badai yang sama, tetapi kita tidak berada di kapal yang sama.”

Saya bersetuju dengan penyataan ini.

Sepanjang sekatan keluar dari rumah, mengingatkan saya bahawa saya berada di tempat saya, bukan kerana saya berebut peluang, tetapi kerana saya mempunyai peluang.

Bagi kita yang boleh, semoga ini adalah peringatan untuk mereka yang mempunyai peluang untuk membantu mereka yang kekurangan.

Apa yang anda pelajari tentang diri anda dan dunia semasa sekatan ini? Saya ingin mendengar pendapat anda!

 

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.