Kepimpinan Jacinda Ardern Dalam Menangani Krisis

Jul 03, 2020 2 Minit
jacinta arden

New Zealand sudah menang!

Itulah yang diperkatakan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. Nama pemimpin wanita ini menjadi sebutan selepas peristiwa penembakan dalam masjid di Christchurch setahun lalu. Semenjak itu kepimpinan beliau menjadi perhatian dunia.

Berikut adalah 5 perkara tentang kepimpinan beliau berhadapan cabaran COVID-19 di New Zealand:

1. Berani Buat Keputusan

New Zealand merupakan antara negara yang terawal mengenakan ‘lockdown’ (perintah berkurung) kepada rakyat beliau. Berdasarkan kajian Gallup dua sifat yang tidak boleh dirunding sebagai pemimpin adalah:

i. Mengumpulkan pasukan

ii. Membuat keputusan yang baik (Make great decisions)

Seorang pemimpin perlu membuat keputusan yang terbaik berdasarkan situasi dan pilihan yang ada. Untuk membuat keputusan yang baik beliau perlu mendengar dan mendapat pandangan (terutamanya daripada Director General Kesihatan Ashley Bloomfield), serta mengetahui prioriti.

2. Semangat Berpasukan

Sebagai pemimpin, beliau menggambarkan New Zealand adalah satu pasukan besar. Beliau menggunakan terma seperti “our team of 5 million” menggambarkan kita perlu merempuh bersama sebagai satu pasukan yang besar, pasukan New Zealand. Beliau tidak melaungkan “war on COVID-19” sebaliknya beliau memberi seruan “unite against COVID-19”.

3. Empati

Sejak peristiwa berdarah di Christchurch, beliau menunjukkan kualiti empati yang sangat tinggi. Beliau memakai selendang melawat keluarga korban pengganas. Penganalisis menggambarkan beliau menggunakan kaedah sains and empati dalam menangani krisis COVID-19. Sains dalam panduan membuat keputusan, empati dalam kaedah menanganinya. Dalam perutusan, beliau sering akhiri dengan “Be strong, be kind”. Semasa perbahasan, beliau berhujah, “it is about people. This entire government from the moment we were elected, has been focus on people.”

4. Kepimpinan Berasaskan Nilai

Nilai adalah apa yang memberikan garis panduan dalam setiap keputusan yang beliau buat. New Zealand adalah negara seperti komuniti. Mereka meletakkan keselamatan penduduk lebih utama berbanding ekonomi – ‘Health Before Economy’. Beliau berkata “surely, a dead or dying population is bad for the economy”. Beliau banyak menggunakan pengukuhan yang positif seperti “I ask all New Zealanders to do what we do so well. We are creative, practical and community minded” dan beliau juga menggalakkan rakyat untuk “take care of each other”.

5. Kuasa Komunikasi

Dalam perutusan beliau, beliau menjelaskan atas dasar apa keputusan dibuat, dan rakyat faham kenapa. Berkomunikasi secara kerap juga antara perkara yang beliau lakukan, termasuk facebook live dalam keadaan santai di rumah tengah-tengah malam. Setiap perkara yang saya jelaskan diatas juga saya letakkan quotation kerana setiap ayat yang beliau ucapkan dipilih dengan sangat teliti dan memberikan ketenangan kepada rakyat.

Jacinda Ardern bagi saya pemimpin yang hebat. Beliau sangat berpengalaman dalam mengharungi krisis demi krisis. Tak perlu jadi karismatik dan egoistik untuk jadi pemimpin. Sebaliknya jadi diri sendiri (authentic), mendengar, membuat keputusan yang betul dan berkomunikasi dengan bijak.

Apa pandangan anda tentang Jacinda?

Diterbitkan dengan kebenaran. Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

 

 


 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Wanita & Kepimpinan

Alt
Johan Irwan Kamarozaman adalah pengasas Leap Leadership Academy dan pengarang Komunikasi Warna. Dia mempunyai minat yang mendalam terhadap membantu orang mempertingkat tahap komunikasi dan kepimpinan diri mereka.

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Bagaimana Membawa Orang Lain Bersama Memacu Kejayaan Kepimpinan Anda

Oleh William Arruda. Adakah pemimpin hari ini memikirkan tentang membawa orang lain bersama-sama semasa mereka berkembang dalam kerjaya mereka? Ketahui mengapa 'Angkat Sambil Anda Mendaki' adalah penting untuk kepimpinan yang tulen.

Jul 29, 2024 3 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Membina Pembangunan Diri

Membimbing orang lain dalam kehidupan dan kerjaya mereka dapat memberi peluang kepada kita untuk mengembangkan potensi dan meningkatkan pembangunan diri kita. Mari ketahui lebih lanjut tentang membina pembangunan diri bersama Roshan Thiran.

Apr 03, 2024 44 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest