Sabotaj Diri Sendiri?

Jun 19, 2020 1 Minit
sabotaj, diri, lemas diri

Kita selalu mengeluh tentang cabaran dan masalah yang kita hadapi dalam perjalanan kehidupan kita. Selalunya, kita sibuk menyalahkan faktor luar apabila sebenarnya kita sendiri gagal mencapai matlamat kita.

Sering kali mudah untuk kita menyalahkan pihak ketiga, tetapi pernahkah kita terfikir bahawa kita sendiri boleh menjadi penghalang untuk menyelesaikan sesuatu perkara?

Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu tetapi wujud perasaan di dalam diri yang membisik kepada anda dan mengatakan “tidak boleh atau tidak boleh buat”, tanpa penjelasan yang rasional untuk menyokong alasan anda, maka itu adalah petunjuk bahawa anda sedang mensabotaj diri sendiri.

Sekiranya anda melakukan salah satu perkara berikut, ini menunjukkan bahawa anda mempunyai tingkah laku sabotaj diri dan inilah masanya untuk melakukan sesuatu mengenainya.

  1. Anda tidak menonjolkan kemahiran, kualiti dan perniagaan anda (jika anda memilikinya), kerana takut apa yang akan difikirkan orang lain tentang anda. Yakinlah, itulah kunci untuk mencapai kejayaan.
  2. Anda adalah penunda. Ini adalah tanda seseorang melakukan sabotaj diri. Anda mempunyai tugas yang pasti menjamin kejayaan anda, tetapi anda selalu menunda untuk menyelesaikannya. Berhenti melenggahkan masa. Tetapkan matlamat untuk menyelesaikannya dan selesaikan semua tugasan yang diberikan tanpa membuang masa.
  3. Anda berputus asa dengan mudah. Anda sedang mengurus satu atau dua projek baru yang diberikan dan apabila individu lain menegur atau memberi komen, anda akan berputus asa dengan cepat dan membiarkan kekecewaan mengalahkan anda. Jangan memikirkan kegagalan anda. Ini hanya akan menghalang anda daripada terus maju. Belajar dari kegagalan anda dan gunakannya sebagai motivasi atau pengajaran untuk berjaya.

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

 

 

 

 


 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Perwatakan, Kebolehan Diri

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

kepimpinan

Soalan Bukan Sekadar Rasa Ingin Tahu

Oleh Dan Rockwell. Kebanyakan soalan di tempat kerja direka untuk kelajuan, pematuhan dan penutupan. Soalan-soalan ini memang menyelesaikan tugas, tetapi jarang mencetuskan idea baharu. Pelajari cara mengemukakan soalan yang mampu menyingkap individu di sebalik meja kerja itu — serta idea hebat seterusnya yang mungkin mereka simpan.

Dec 23, 2025 2 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Akui Kesilapan Di Tempat Kerja: 10 Cara Terbaik

Kita tidak boleh lari dari kesilapan. Biarpun naluri kita akan lazimnya mempertahankan diri tetapi sekiranya kita bersalah, akuilah kesilapan itu. Tontoni video TOP 10 untuk belajar cara-cara mengakui kesilapan di tempat kerja.

Aug 09, 2017 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest