4 Cara Menunjukkan Nilai Anda Sebagai Pekerja yang Terbaik

Jun 22, 2020 4 Minit
kumpulan, pekerja-pekerja, nilai

Selepas wabak COVID-19, banyak perniagaan mendapati mereka harus berjuang untuk mengatasi dan terpaksa mengecil kerana kerisauan terhadap ekonomi terus meningkat.

Bagi para pemimpin dan pekerja, 2020 telah menjadi tahun yang sangat mencabar dengan banyak ketidakpastian ketika kita semua berusaha untuk mengatasi situasi yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang telah kehilangan pekerjaan, sumber kewangan dan juga perniagaan mereka. Dan bagi mereka yang masih mempunyai pekerjaan, mereka ketakutan, risau dan gelisah akan apa yang terjadi pada masa hadapan.

Bekerja dari rumah atau di luar (bukan di pejabat) memberi banyak kelebihan kepada pekerja dan organisasi. Walaupun ramai yang bekerja keras dari rumah, ia boleh menimbulkan rasa tidak selesa ketika hendak memberikan pendapat melalui mensyuarat dalam talian atau bersemuka bersama pemimpin. Bermakna, usaha anda tidak akan disedari.

Oleh itu, adalah penting jika anda dapat menonjolkan diri terutamanya ketika ekonomi sedang mengalami masalah supaya nilai dan sumbangan anda kepada organisasi dapat dilihat. Ramai orang berasa tidak selesa dengan ‘masuk bakul angkat sendiri’, dan sementara mempromosikan diri boleh dilakukan dengan betul, jika memberi kebaikan dan nilai kepada organisasi anda.

Sama ada kita suka atau tidak, kita semua mempunyai jenama peribadi yang kita jual kepada orang lain setiap hari. Sekiranya kita bersikap pasif, jenama kita akan dibentuk oleh orang lain, dan kemudian bergantung bagaimana orang lain berharap kepada kita.

Kita juga mempunyai pilihan bagaimana menguruskan diri supaya dilihat oleh orang lain, dan bagaimana untuk menonjolkan diri supaya dapat dilihat menjadi yang terbaik.

Ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara (ini bukan sahaja untuk bercakap) dan mungkin sesuatu yang anda tidak biasa atau tidak selesa, tetapi mengambil masa untuk belajar menggunakan kekuatan untuk menonjolkan nilai dalam diri anda.

Sama ada ia membantu anda untuk lebih maju dalam organisasi anda sekarang, atau meningkatkan kebolehan untuk bekerja di syarikat yang sedang mencari pekerja baru (berbakat), dan belajar untuk menonjolkan diri adalah sangat penting pada masa sekarang.

Oleh itu, mari kita lihat 4 cara yang dapat membantu anda menonjolkan diri dan bernilai:

Semasa Waktu Bekerja, Bersikap Produktif

Ini mungkin keterangan yang dapat dilihat, tetapi terdapat banyak gangguan di pejabat yang meyebabkan kita membuang banyak masa di tempat kerja. Saya menerima beberapa pesanan daripada mereka yang memberitahu saya bahawa mereka lebih suka tidak bekerja dari rumah kerana “Saya merasa tidak bermotivasi” atau “Ada banyak gangguan di rumah”.

Pada masa di mana perniagaan masih berjuang untuk terus beroperasi ketika PKP sedang mereda, sangat penting untuk seseorang menunjukkan komitmen mereka untuk terus bekerja, kerana ini dapat membantu mengurangkan masalah dan cabaran yang akan datang.

Ramai rasa mereka boleh menjadi lebih produktif bekerja di pejabat, jadi jika anda adalah salah seorang yang kurang motivasi bekerja dari rumah, cubalah petua ini untuk meningkatkan prestasi anda semasa bekerja dari rumah.

Jadilah Pemain Pasukan yang Proaktif

Semasa bekerja di waktu krisis, perhatian banyak diberikan kepada pekerja dan membantu menjaga kesejahteraan dan prestasi mereka ketika menyesuaikan diri dengan keadaan baru.

Selain itu, bagi pemimpin dan organisasi yang sedang menyesuaikan diri, ia sangat membantu para pemimpin jika mereka mengetahui orang lain bersama mereka dan terus mengambil inisiatif. Jika boleh, selesaikan tugasan anda lebih awal; sekiranya ada masalah yang perlu diselesaikan, cubalah selesaikannya sendiri sebelum menghantarnya.

Tambahan pula, jika anda mempunyai idea yang dapat membantu organisasi berjalan dengan lebih berkesan atau menjana pendapatan tambahan, kongsikannya kepada pihak pengurusan. Ini hanya beberapa contoh bagaimana anda boleh menjadi lebih proaktif dan menunjukkan bahawa anda memahami kesukaran yang dihadapi oleh semua orang dan anda bersedia membantu pasukan mengharungi cabaran yang sedang dihadapi.

Sebarkan Sikap yang Optimis

Tidak ada yang lebih baik daripada orang yang ada di antara satu sama lain dalam organisasi. Terdapat beberapa orang di Leaderonomics, sangat hebat dalam memberi dorongan kepada orang lain ketika mereka sangat memerlukan pertolongan. Ia juga membantu mengeratkan hubungan dan ikatan dalam pasukan, meningkatkan komitmen dan penglibatan.

Sama ada melalui panggilan video, e-mel, WhatsApp atau mesej ringkas dapat membuat perbezaan besar. “Hai Lynn, terima kasih banyak kerana membantu saya dalam projek itu, usaha anda membawa kita ke tahap yang baru”; “Daniel, sungguh mengagumkan bahawa anda dapat memimpin pasukan kita ketika mensyuarat tadi. Saya tahu akhir-akhir ini sangat sukar untuk kita semua, tetapi semuanya menjadi lebih mudah kerana ada orang seperti anda yang maju ke hadapan.”

Pada masa yang tidak menentu, orang – bahkan pemimpin – menghargai apa yang mereka lakukan tersebut penting, dan jika anda adalah seseorang yang menyebarkan rasa optimis ketika sangat diperlukan, kehadiran anda menjadi lebih berharga di organisasi.

Masuk Bakul Angkat Sendiri

Kita semua tahu sekiranya anda mempromosikan diri anda ia terlihat agak berlebihan. Itu mungkin kerana anda tahu segelintir orang yang tidak berbuat apa-apa tetapi bercakap tentang betapa hebatnya mereka dan berapa banyak yang mereka telah capai – anda tahu, anda tidak mahu menjadi seperti orang itu.

Namun, ada beberapa cara memberitahu orang atasan atau pengurus anda tentang apa yang telah anda lakukan, terutama ketika bekerja dari rumah kerana ini dapat membantu memberi pemahaman yang jelas tentang bagaimana anda memberi sumbangan kepada organisasi.

Yang hanya perlu dilakukan adalah, ‘quick update’ atau e-mel setiap minggu atau dua minggu sekali untuk memberitahu, “Hai Steve, hanya untuk memberitahu anda bahawa saya akan menyelesaikan projek itu pada akhir minggu ini. Saya juga telah mengumpulkan komunikasi media yang anda minta, dan sekarang saya sedang membuat ‘Power Point slide’ untuk Webinar yang akan datang. Saya akan menghantarnya kepada anda selewat-lewatnya hari isnin untuk disemak.”

Dengan memastikan perkara menjadi kenyataan, jelas dan ringkas, anda bukan sahaja menjadikan hidup orang lain lebih senang, anda juga menunjukkan nilai diri anda tanpa menunjukkan pujian yang berlebihan pada diri anda.

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

budaya

Adakah Budaya Anda Menghalang Kemajuan?

Ditulis oleh Michelle Gibbings. Menurut PWC, 45% daripada CEO bimbang tentang masa depan organisasi mereka. Pelajari bagaimana budaya yang disengajakan dapat memastikan kejayaan jangka panjang dan ketahanan.

Jun 25, 2024 6 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Membina Pembangunan Diri

Membimbing orang lain dalam kehidupan dan kerjaya mereka dapat memberi peluang kepada kita untuk mengembangkan potensi dan meningkatkan pembangunan diri kita. Mari ketahui lebih lanjut tentang membina pembangunan diri bersama Roshan Thiran.

Apr 03, 2024 44 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest