Konsep Seorang Bapa

Jun 25, 2020 1 Minit
bapa, anak, memegang tangan
Konsep dan peranan seorang bapa adalah sangat penting.

Dalam konteks Malaysia, kita biasa dengan istilah seperti sifat-sifat keibuan dan keibubapaan.
Ya, secara definisi itu bermaksud proses atau perjalanan membesarkan anak dan menyokong perkembangan anak secara fizikal, emosi, sosial dan juga intelektual.
Walau bagaimanapun, ketika seseorang menghadiri ceramah keibubapaan, sebab atau alasan mereka mengikuti kebiasaannya ialah berkaitan dengan pendidikan anak tentang bagaimana membuat anak berprestasi lebih baik dalam akademik, atau masalah disiplin anak seperti cara menangani kegelisahan anak, cara-cara berkomunikasi yang berkesan, atau topik yang paling popular baru-baru ini – adakah anak saya ketagih dengan internet/permainan video (online gaming), terlalu banyak masa yang diluangkan di gadget terutamanya ketika pandemik COVID-19.
Kebanyakan yang menghadiri ceramah ini ialah 80% adalah perempuan dan anak-anak. Ini menyebabkan kita berfikir bahawa tugas keibubapaan ini adalah lebih kepada tugasan seorang ibu! Atau tanggapan keibubapaan yang diberi oleh ramai orang ialah tugas ibu.

Bagaimana dengan peranan seorang bapa?

Bapa? Mungkin perkataan yang agak asing bagi ramai orang. Apa itu bapa? Tahukah kita bagaimana konsep sebagai bapa di dalam keluarga?
Terdapat tinjauan yang dilakukan kepada masyarakat di Singapura pada tahun 2009 tentang ‘Peranan Seorang Bapa’ dan hasilnya adalah seperti berikut:

  • Pencari nafkah (46%)
  • Penyokong emosi untuk anak-anak (36%)
  • Menguruskan anak-anak setiap hari (3%)
  • Pelindung, pengasuh anak-anak dan mengenali rakan mereka (1%)


Saya rasa seorang ayah sendiri menganggap bahawa ini sudah menjadi pekerjaan yang cukup dilakukan sebagai seorang ayah. Di sini saya harus mengatakan, menjadi ayah yang baik tidak mudah kerana ada banyak lagi yang perlu dilakukan.

Takdir seorang Bapa!

Takdir seorang bapa. Lebih dari sekadar faktor lain, kehadiran bapa kandung dalam keluarga akan menentukan kejayaan & kebahagian anak. – U.S. News & World Report, Februari 27, 1995, pg. 39
Menurut tinjauan Bukti Australia mengenai Kesan Bapa oleh Dr. Stacey Waters dan Dr. Leanna Lester, beberapa penemuan laporan telah didapati:
Ibu bapa adalah pengasuh yang sangat berkesan dalam meramal kesihatan, akademik, sosial dan emosi anak-anak;
Anak-anak yang mempunyai bapa atau tinggal bersama bapa, mereka mempunyai hasil pembelajaran yang lebih baik, kesihatan yang lebih baik, kesejahteraan emosi dan kurang mempunyai masalah tingkah laku.
Walaupun ibu mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap kesihatan, akademik, sosial dan emosi anak mereka, setelah dikaji, bapa mempunyai peranan yang unik untuk membentuk anak mereka.
Pengaruh seorang bapa terhadap hasil anaknya menjadi paling ketara ketika anak-anak mencapai usia sekolah;

Bapa yang selalu menjadi ibu bapa buat anak-anak mereka dari semasa ke semasa mempunyai anak-anak yang lebih berprestasi baik di akademik, sosial, emosi dan menmpunyai kesihatan dan perkembangan yang lebih baik.

Oleh itu, kesan seorang ayah terhadap anak sangatlah BESAR!
Walau bagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahawa kenakalan remaja dapat dilihat dari hubungan yang tidak mempunyai bapa di dalam keluarga.
Ketiadaan bapa mempengaruhi kira-kira 27 juta anak di Amerika, dan ia semakin meningkat. Ini dikaitkan dengan kadar kemiskinan yang lebih tinggi, kegagalan di sekolah, kehamilan remaja, penyalahgunaan bahan, jenayah kekerasan, kemurungan, dan akhirnya kehilangan harapan.

Konsep untuk menjadi bapa yang lebih baik!

Kita bersekolah untuk tujuan akademik. Kita belajar kemahiran untuk memperolehi pekerjaan. Kita juga mempunyai kursus kaunseling perkahwinan untuk mempersiapkan pasangan memasuki kehidupan perkahwinan. Tetapi kita tidak pernah mempunyai apa-apa untuk membantu ketua keluarga menjadi ayah yang lebih baik.
Saya bukan memandang rendah terhadap peranan dan sumbangan seorang ibu. Ibu dan bapa tidak boleh ditukar ganti, atau diganti.
Inilah konsep sebagai seorang bapa. Bapa perlu sedar bahawa penglibatan mereka di aktiviti anak-anak adalah unik dan berkesan untuk pertumbuhan kehidupan anak-anak mereka.
Semakin banyak penyelidikan membuktikan bahawa keberkesanan seorang ayah dan kehadiran ayah mempunyai pengaruh yang unik terhadap kesihatan, sosial, emosi dan akademik anak.
Sebagai anak-anak, ketika kita merayakan Hari Bapa pada bulan Jun, mari kita meraikan dan menghargai keunikan ayah dan berkat mereka kepada keluarga, masyarakat dan negara kita.
Sebagai seorang bapa, inilah dorongan saya kepada golongan bapa: Tidak ada bapa yang sempurna, tetapi kita selalu dapat menjadi lebih baik. Mari kita berkomitmen untuk menjadi seorang bapa yang lebih baik hari ini!
Kita yakin bapa yang komited akan menjadikan keluarganya berkembang maju.
Keluarga yang kuat membina komuniti yang kuat,
Masyarakat yang kuat membina negeri yang kuat.

Kuncinya bermula dengan bapa yang ingin menjadi bapa yang lebih baik.


Sila lihat contoh video di bawah untuk kepimpinan yang boleh diamalkan oleh seorang bapa

Dapatkan necole di sini

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Nilai

Membenamkan Nilai

Oleh Sonia McDonald. Pemimpin yang dihormati, misi anda adalah untuk menghidupkan nilai untuk kejayaan yang berkekalan. Adakah anda bersedia untuk menghayati dan mengamalkan nilai teras organisasi anda?

Apr 17, 2024 5 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest