Sabotaj Diri Sendiri?

Kita selalu mengeluh tentang cabaran dan masalah yang kita hadapi dalam perjalanan kehidupan kita. Selalunya, kita sibuk menyalahkan faktor luar apabila sebenarnya kita sendiri gagal mencapai matlamat kita.
Sering kali mudah untuk kita menyalahkan pihak ketiga, tetapi pernahkah kita terfikir bahawa kita sendiri boleh menjadi penghalang untuk menyelesaikan sesuatu perkara?
Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu tetapi wujud perasaan di dalam diri yang membisik kepada anda dan mengatakan “tidak boleh atau tidak boleh buat”, tanpa penjelasan yang rasional untuk menyokong alasan anda, maka itu adalah petunjuk bahawa anda sedang mensabotaj diri sendiri.
Sekiranya anda melakukan salah satu perkara berikut, ini menunjukkan bahawa anda mempunyai tingkah laku sabotaj diri dan inilah masanya untuk melakukan sesuatu mengenainya.
- Anda tidak menonjolkan kemahiran, kualiti dan perniagaan anda (jika anda memilikinya), kerana takut apa yang akan difikirkan orang lain tentang anda. Yakinlah, itulah kunci untuk mencapai kejayaan.
- Anda adalah penunda. Ini adalah tanda seseorang melakukan sabotaj diri. Anda mempunyai tugas yang pasti menjamin kejayaan anda, tetapi anda selalu menunda untuk menyelesaikannya. Berhenti melenggahkan masa. Tetapkan matlamat untuk menyelesaikannya dan selesaikan semua tugasan yang diberikan tanpa membuang masa.
- Anda berputus asa dengan mudah. Anda sedang mengurus satu atau dua projek baru yang diberikan dan apabila individu lain menegur atau memberi komen, anda akan berputus asa dengan cepat dan membiarkan kekecewaan mengalahkan anda. Jangan memikirkan kegagalan anda. Ini hanya akan menghalang anda daripada terus maju. Belajar dari kegagalan anda dan gunakannya sebagai motivasi atau pengajaran untuk berjaya.
Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com
Kepimpinan