Jika Diberi Pilihan, Adakah Orang Lain Akan Mengikut Kepimpinan Anda?

May 15, 2019 1 Minit
pemimpin membaca

Tanpa mengira jenis pekerjaan atau jawatan yang anda sandang dan siapa yang menganggotai (atau tidak menganggotai) pasukan anda, tugas memimpin bermula daripada diri anda.

Inilah sebabnya anda patut melabur masa untuk menilai prestasi anda dalam memimpin diri dan orang lain. Yang sama penting juga adalah menilai kenapa anda dipilih untuk memimpin pada mula-mulanya.

Pengarang terlaris, Jim Collins, berkata,

“Salah satu pemboleh ubah yang penting dalam menentukan kelangsungan prestasi baik sesebuah perusahaan terletak dalam soalan yang simpel: apakah kebenaran yang terkandung dalam motivasi dalaman, karakter dan cita-cita mereka yang memegang kuasa?”

Sama ada anda sedar atau tidak, kuasa ada dalam tangan anda.

Anda berupa titik pangsi antara masa silam dan masa hadapan bagi kumpulan, pasukan atau organisasi anda. Tidak penting sama ada anda pemimpin yang paling kanan atau anggota tahap masuk yang terbaharu; tidak kira apa kedudukan anda, anda boleh memilih untuk memimpin dan membantu mewujudkan masa hadapan, atau anda boleh melepaskan peluang itu.

Soal sebenar adalah apakah motivasi dalaman, karakter dan cita-cita anda?

Sekiranya anda bermula dengan set minda ingin memimpin, lihat betul-betul pada tingkah laku anda. Fokus pada usaha mewujudkan tabiat kepimpinan yang efektif yang berkisar pada aspek perwatakan. Ia berpunca dari dalam ke luar. Ini bermaksud anda tidak boleh menipu sesiapa. Anda tidak boleh berpura-pura menjadi proaktif atau didorong misi atau empati dengan orang lain — mereka akan cepat menangkap ketakkonsistenan perlakuan anda.

Berkaitan: Memimpin Dari Dalam Ke Luar
Berikut adalah beberapa soalan yang perlu anda renungi:
  • Apakah yang mendorong anda memilih untuk memimpin?
  • Adakah jawapan bagi soalan di atas berfokus semata-mata pada apa yang anda kehendaki untuk diri, atau adakah impian anda merangkumi harapan anda untuk membantu orang lain mencecah pencapaian dalam kembara hidup dan kerja mereka?
  • Adakah tujuan anda sebagai pemimpin jelas diketahui orang lain? Bagaimana anda tahu? Bilakah kali terakhir anda berkongsi tujuan anda dengan orang lain?
  • Adakah anda membentuk tabiat yang dapat membantu anda menjadi pemimpin idaman? Apakah tabiat-tabiat yang perlu anda kikiskan dan yang perlu dipupuk?

 

Dr Patrick Leddin ialah seorang profesor di Vanderbilt University, konsultan global dan penulis rencana dan buku yang bertujuan untuk merangsangkan kreativiti dan meningkatkan prestasi.
Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Given a Choice, Would People Choose to Follow You?

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Organisasi

Cara Memperkasakan Pengurusan Pertengahan Dapat Meningkatkan Budaya Organisasi

Oleh Rebecca Houghton. Temui kuasa pengurusan pertengahan yang diabaikan—degupan jantung organisasi anda—dan cara pemimpin ini membentuk kepercayaan, penglibatan dan budaya.

Jan 22, 2024 3 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Jadilah Pemimpin: Mengukir Sesuatu Kelainan Yang Ketara

Sesuatu kelainan yang ketara boleh diukir untuk meninggalkan impak yang besar. Tetapi, ia harus bermula dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengukir sesuatu kelainan.

Feb 14, 2017 0 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest