Bina Masa Hadapan Dengan Membimbing Generasi Muda

May 13, 2019 4 Minit
generasi muda

Setiap kali saya bertemu dengan profesional muda dan pelajar, salah satu kebimbangan mereka adalah bagaimana mereka boleh membangunkan keyakinan diri secara berpanjangan. “Bagaimanakah saya boleh menaruh lebih banyak kepercayaan pada diri dan mencapai cita-cita saya?”

Hakikat bahawa golongan muda bergelut dengan keyakinan diri bukan sesuatu yang mengejutkan. Di bahagian dunia sebelah sini, bukan salah kalau ditafsirkan bahawa setiap keputusan mengenai kehidupan dibuat untuk mereka, termasuk bidang pengajian dan kerjaya yang perlu diceburi.

Mungkin rasa senang hati juga untuk mengetahui bahawa keluarga mereka sentiasa prihatin dengan kebajikan mereka tetapi apa akan terjadi apabila anak-anak muda ini mula mahu membuat keputusan untuk diri tetapi tidak tahu langsung bagaimana untuk melakukannya?

Inilah kenapa keyakinan diri amat penting. Jadi, apakah erti keyakinan diri?

Ia bermakna mempunyai kepercayaan pada diri dan keupayaan diri; menampilkan diri dengan baik dan mengetahui bahawa anda terdaya membuat keputusan yang bernas yang boleh membantu anda untuk mengembang, membangun dan mencapai matlamat-matlamat anda.


Yang menjadi masalah ialah ramai orang tidak mempunyai kepercayaan diri yang kuat, kerana kehidupan mereka sehingga kini adalah terlalu terselindung atau mereka tidak digalakkan untuk menyoal kenapa sesuatu perkara itu diusahakan mengikut cara sedemikian, menolak had batas, dan melangkah ke luar zon selesa mereka.

Jika anak-anak muda adalah masa hadapan negara kita, mereka perlu diberi ruang dan kebebasan untuk membangun keyakinan diri mereka. Kalau tidak, nescaya masalah akan timbul.

Kita kerap mendengar cerita tentang anak-anak muda yang mendapat gred yang bagus dan kelayakan yang hebat tetapi terjerumus apabila mereka mula bekerja. Kenapa? Sebab utama adalah kerana mereka kurang yakin untuk mendampingi suasana kerja yang menuntut kemahiran seperti komunikasi, menyelesaikan masalah, dan kerja berpasukan.

Di Leaderonomics, kami sentiasa berusaha untuk membina pemimpin. Dalam kem belia dan program sekolah yang kami anjurkan, kami menumpukan pada aspek membantu peserta membina kemahiran percaya pada diri.

Kami percaya bahawa sikap adalah lebih penting daripada bakat. Ilmu dan kemahiran boleh dibangunkan pada bila-bila masa, tetapi sikap seseorang dibentuk dari zaman kanak-kanak lagi.

Jika kita mendidik anak-anak kita dengan betul semasa usia mereka masih kecil lagi, kita sememangnya membantu anak-anak muda kita untuk mengambil kendali dan mengemudi negara kita mengikut hala tuju yang positif.

Jadi, bagaimanakah kita boleh membantu anak muda kita membina keyakinan diri?Berikut adalah beberapa cara berkesan yang saya gunakan untuk membina pemimpin sepanjang beberapa tahun ini:

1. Kenalpasti minat dan dorongan mereka

Kerap kali, kita akan bertanya apakah peranan yang bakal disandang mereka. Apabila mereka tidak dapat menjawab, kita akan berasa terdesak untuk membuat keputusan itu bagi pihak mereka. Tetapi, dari mula lagi, itu adalah soalan yang salah.

Sebaliknya, kita patut berfokus pada apa yang suka dilakukan oleh mereka buat masa ini, apa yang memberi erti kepada mereka sekarang, dan membantu mereka membangun keyakinan diri melalui apa yang amat bererti kepada mereka.

Biarpun minat mereka mungkin berubah kemudian, ini tidak berapa penting. Yang penting, mereka membina rasa diri yang kuat buat masa ini, dan bukan cuba membina diri berasaskan masa hadapan yang masih bertahun-tahun lama lagi.

2. Galakkan mereka supaya biasakan diri untuk mencuba atau membaca sesuatu yang baharu

Tanpa kira umur, mereka yang kurang keyakinan diri biasanya mengamalkan rutin dan tabiat yang sama, dan mereka selesa dengan sebarang pandangan dan ilmu yang siap dimiliki.

Dalam kata lain, mereka tidak berusaha untuk keluar dari zon selesa. Mencuba perkara baharu atau membaca tentang sesuatu subjek yang kita tidak pernah minati sebelum ini akan menzahirkan jaluran neural yang baharu untuk membantu kita menyelusuri dan mengerti pengalaman baharu.

Apabila kita mengalami dunia di sekeliling kita, kita akan menjadi lebih yakin tatkala kita menghadapi situasi dan cabaran baharu.

3. Bimbing mereka untuk sentiasa kekal positif tetapi realistik

Kemenangan kecil membuahkan perbezaan besar apabila kita mengambil masa untuk meraikannya. Pekerja muda sering membandingkan diri dengan rakan-rakan kerja yang lain, dan selalunya akan menganggap diri masih tidak sebaik atau tidak sehebat seperti orang lain.

Ibu bapa, khususnya, mungkin mempunyai pandangan salah bahawa kritikan akan mendorong anak-anak muda untuk meningkat maju. Hakikatnya, kajian menunjukkan bahawa apabila individu digalakkan untuk mencapai gol kecil secara konsisten, nilai diri mereka akan meningkat. Ia akan terus meningkat apabila individu itu menerima pujian dan galakan, dan bukannya kritikan.

4. Bantu mereka untuk membantu orang lain

Amat memberangsangkan sekali apabila kita dapat melihat bagaimana kemahiran, kebolehan dan pengetahuan kita berupaya meningkatkan kehidupan orang lain. Jauh di lubuk hati, kita semua mempunyai keinginan untuk menyumbang dan membantu orang lain mengatasi cabaran dan berkembang dalam hidup mereka.

Dengan melakukannya, kita dapat melihat dalammasa sebenar apa yang kita mampu lakukan dan berapa banyak yang kita boleh menyumbang kepada orang di sekeliling kita.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Anda Seorang Pemimpin

Alt

Roshan is the Founder and “Kuli” of the Leaderonomics Group of companies. He believes that everyone can be a leader and "make a dent in the universe," in their own special ways. He is featured on TV, radio and numerous publications sharing the Science of Building Leaders and on leadership development. Follow him at www.roshanthiran.com

Cadangan Buat Kamu

Kemanusiaan

Navigasi Masa Depan Dengan Sentuhan Kemanusiaan

Oleh Graham Ward. Patutkah pemimpin mengamalkan "penetapan minda" atau "penetapan dwi minda" dalam era digital yang semakin berkembang ini? Ketahui lebih lanjut mengenai "penetapan minda teknikal" dan "penetapan minda adaptif" yang diperlukan untuk mengemudi landskap kecerdasan buatan dengan berkesan.

Aug 19, 2024 6 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Kepimpinan Itu Ekstrem

Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!

Jul 16, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest