Belajar Cara Berhubung, Berkolaborasi Dan Menyumbang

Jul 02, 2019 2 Minit
berkolaborasi, menyambung, pasangan

Beberapa tahun yang lepas, Leaderonomics mula bekerja bersama dengan Together We Can Change the World (TWCCTW) (Bersama Kita Boleh Ubah Dunia) dengan tujuan membina pemimpin yang lebih baik dan membantu mengumpul dana untuk organisasi bukan kerajaan dan inisiatif komuniti melalui penganjuran Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia (Malaysia Leadership Summit).

TWCCTW adalah organisasi yang dianggotai oleh penceramah-penceramah utama dari serata dunia, yang meluangkan masa mereka secara sukarela untuk membantu menyokong golongan kurang bernasib baik dan menyumbang kepada inisiatif komuniti yang transformatif.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leaderonomics, Roshan Thiran berkata:

“Semuanya bangkit dan jatuh kerana kepimpinan. Kami percaya bahawa apabila seseorang maju sebagai pemimpin – apabila pemimpin menjadi lebih baik –semuanya akan bertambah baik. Kepimpinan perlu melangkaui batas mewujudkan organisasi yang berjaya. Ia perlu berfungsi sebagai perubahan positif yang diperlukan dunia.”

 

Sidang kemuncak tahun ini, yang membawa tema Berhubung. Berkolaborasi. Menyumbang. akan berlangsung pada 11 Julai di Pusat Konvensyen Setia City.

Senarai penceramah kepimpinan global

Seramai 10 penceramah kepimpinan global akan berkongsi pandangan dan wawasan tentang bagaimana pemimpin boleh menambah baik diri dalam usaha berhubung dan berkolaborasi dengan rakan kerja dan pelanggan, dan menyumbang kepada pembinaan dunia yang lebih baik, bersama.

Senarai penceramah adalah seperti berikut: 

  • Scott Friedman, pakar lawak motivasi: The Best Way to Predict the Future is to Create it (Cara Terbaik Untuk Meramalkan Masa Hadapan Ialah Dengan Menciptanya)
  • Manoj Menon, futuris dan pakar transformasi digital yang berwibawa: Transformative Leadership in the Era of the 4th Industrial Revolution (Kepimpinan Transformatif dalam Era Revolusi Industri Keempat)
  • George Walther, pakar komunikasi yang berwibawa: Power Talking: Master Your Words for Maximum Connection, Collaboration, and Contribution (Kuasa Dalam Percakapan: Menguasai Kata-kata Anda Untuk Mencapai Hubungan, Kolaborasi, dan Sumbangan Maksimum)
  • Mark Bayoud, pengasas bersama Anden dan pejuang pelarian yang penuh semangat:  One of a KIND Leader: Make kindness a daily practice in your workplace (Jenis Pemimpin yang BAIK HATI: Jadikan Kebaikan Hati Amalan Harian Di Tempat Kerja Anda)
  • Paul Larsen, jurulatih transformasi peribadi dan penceramah yang berjaya: Connect, Collaborate & Contribute: Find Your Voice and Make a Difference! (Berhubung, Berkolaborasi & Menyumbang: Cari Suara Anda Dan Buat Perbezaan!
  • Rebecca Morgan, pakar kepimpinan: Leadership Lessons from Silicon Valley – Leading to Make an Impact (Pengajaran Kepimpinan Dari Lembah Silikon – Memimpin Untuk Mencapai Impak
  • Carolyn Rose Hart, pengasas Step Up Step Out: Resiliency: Contribute and Serve with Clarity, Focus and Grace (Kebingkasan: Menyumbang Dan Berkhidmat Dengan Kejelasan, Fokus dan Sifat Yang Baik
  • Raju Mandhyan, konsultan bisnes dan kepimpinan: The Subtleties of Authentic Influence (Ketakketaraan Pengaruh Yang Tulen)
  • Kim Underhill, pakar psikologi industri dan organisasi: New Age Leadership: Connect, Collaborate & Contribute (Kepimpinan Era Baharu: Berhubung, Berkolaborasi & Menyumbang)
  • Jana Stanfield, penyanyi album platinum dan penulis lagu: The Power of Contribution (Kuasa Sumbangan)

Senarai penaja

Maybank, kumpulan perkhidmatan kewangan yang terbesar di Malaysia dan kumpulan perbankan yang terkemuka di Asia Tenggara adalah penaja tajuk; SP Setia, syarikat hartanah  infrastruktur dan perniagaan yang utama di Malaysia adalah penaja tempat; dan Tenaga Nasional, syarikat elektrik terbesar di Malaysia adalah penaja emas.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Learning How to Connect, Collaborate and Contribute.

 

 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Bunga

Membuka Potensi Anda: Memanfaatkan SkillsFuture Singapura untuk Pertumbuhan Peribadi

Oleh Germaine Ignacio. Apabila mempertimbangkan kos kursus SSG yang agak rendah berbanding dengan alternatif peningkatan kemahiran yang lain, mengambilnya adalah tidak perlu, terutamanya jika anda boleh mencari masa.

May 28, 2023 4 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Tingkap yang Pecah

Dalam episod ini, Roshan Thiran, Ketua Pegawa Eksekutif Leaderonomics cuba memberi tipnya mengenai kuasa seseorang untuk mengendalikan benda-benda yang kecil. Jika kami dapat menjayakan benda-benda yang kecil, lama-lama ia akan membawa kejayaan yang besar

Jan 04, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest