Tip Kepimpinan: Belajar Dengan Melihat Dan Melakukan

Feb 09, 2018 • 1 Minit
melihat, penglihatan, pandangan

Kebanyakan orang percaya bahawa cara paling baik untuk belajar ialah dengan mengikuti kelas dan mendengar ceramah.

Namun, kajian menunjukkan bahawa cara terbaik mempelajari sesuatu ialah dengan melihat dan melakukan. Bukan hanya dengan mendengar.

Latihan dalam kelas membentuk hanya 10% daripada pembelajaran dan pertumbuhan sebenar. 70% pembelajaran terdiri daripada pengalaman dan 20% adalah melalui pemerhatian dan mencontohi orang lain.

Jadi, untuk terus tumbuh dan berjaya, anda perlu sentiasa menimba pengalaman. Melibatkan diri dalam projek baharu, mengasah kemahiran baharu atau membuat sesuatu yang berbeza yang membolehkan anda bertambah maju. Ia bukan rumit. Anda tidak payah mengikuti kelas yang mahal-mahal. Setiap orang boleh belajar.

Artikel berkaitan: Adakah Anda Proaktif?

Jadi, nasihat saya kepada anda:

“alami dan lakukan sesuatu yang baharu!  pemimpin-pemimpin mempelajari sesuatu apabila mereka sendiri melakukan aktiviti tersebut.”

 

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Alt

Keberanian untuk Menghadapi Ketakutan sebagai Seorang Pemimpin

Oleh Alexandra Roulet. Ketakutan wujud lebih dekat dengan kepimpinan daripada yang kebanyakan orang sedari. Apabila pertaruhan melibatkan pekerjaan orang lain, kelangsungan organisasi, dan masa depan yang tidak menentu, bahkan pemimpin yang berpengalaman pun merasai beratnya.

Apr 05, 2026 • 4 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 • 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Berani Gagal

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran berkata setiap orang mesti berani gagal dan belajar daripada kegagalan untuk terus maju dalam kembara kehidupan. Kejayaan pasti dalam tangan kelak.

Jul 28, 2017 • 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest