Kepimpinan Yang Meninggalkan Impak Di Alam Semesta

Feb 10, 2017 0 Minit
impak, alam semesta

“Saya ingin meninggalkan impak di alam semesta.” – Steve Jobs, Ketua Pegawai Eksekutif Apple

Beberapa minggu yang lepas, saya menerima sebuah buku tentang Steve Jobs daripada penerbit McGraw-Hill yang ditulis oleh jurulatih komunikasi Carmine Gallo.

Kemudian saya mula mengumpulkan semua iklan dalam kempen Apple yang bertema Think Different (Fikir Dengan Berbeza). Kempen tersebut merupakan titik permulaan Jobs menghidupkan kembali syarikat yang ditubuhkannya, dipecat darinya dan kemudian dibawa masuk kembali untuk memulihkannya. Iklan-iklan tersebut kuat impaknya kerana ia pada dasarnya adalah berkenaan kepimpinan dan keinginan Jobs untuk “mengubah dunia”.

Teks naratif iklan tersebut, yang dibacakan oleh Richard Dreyfuss, berbunyi seperti berikut:

“Ini adalah untuk mereka yang gila.
Yang tidak dapat menyesuaikan diri.
Yang suka mencari gaduh.
Pasak bulat dalam lubang-lubang persegi.
Mereka yang melihat sesuatu melalui kaca yang berbeza.
Mereka tidak menggemari peraturan.
Dan mereka tidak menghormati status quo.
Anda boleh memetik kenyataan mereka, tidak bersetuju dengan mereka,
memuji atau memburuk-burukkan mereka.
Cuma satu perkara yang anda tidak boleh lakukan adalah mengabaikan mereka.
Kerana mereka mengubah suasana.
Mereka mendorong umat manusia untuk maju ke depan.
Manakala orang lain memandang mereka sebagai orang gila,
Yang kita nampak adalah genius.
Kerana manusia yang cukup gila untuk berfikir mereka boleh mengubah dunia, adalah mereka yang melakukannya.”

Kempen tersebut memaparkan Thomas Edison, Albert Einstein, Mahatma Gandhi, Amelia Earheart dan beberapa hero syarikat Apple. Jobs menjelaskan bahawa “Anda boleh mengetahui banyak perkara mengenai seseorang berdasarkan ideal-idealnya.” Model teladan Jobs adalah mereka yang “mengubah dunia”.

Jobs sendiri, menurut Jack Welch, adalah “ketua pegawai eksekutif yang paling berjaya hari ini.” Beliau telah mengubah dunia komputer, hiburan, muzik, telekomunikasi dan industri buku.

Sewaktu saya mempelajari kepimpinan Jobs, saya mendapati bahawa sama seperti Nelson Mandela, Gandhi, Napoleon, Welch dan ramai lagi, mereka semua memulakan perjalanan kepimpinan mereka dengan bersendirian dan memencilkan diri untuk ‘mencari diri dan nyala rasa mereka’. Malah yang menariknya adalah saya menemui enam langkah yang membolehkan semua pemimpin hebat “meninggalkan impak di dunia”.

Enam langkah kepimpinan

  1. Ambil masa untuk mengenali diri dan mengenal pasti perkara yang benar-benar anda suka lakukan dan yang mendorong anda.
  2. Tentukan visi anda untuk masa depan yang lebih baik dan tajamkan visi itu sehingga ia merangsang anda.
  3. Perkenalkan visi anda dan rangsangkan dunia dengan mesej visi anda.
  4. Buat satu pelan tindakan untuk mencapai visi tersebut termasuk menggerakkan orang lain bagi memastikan visi anda menjadi satu kenyataan.
  5. Katakan “TIDAK” kepada gangguan dan tumpukan perhatian kepada usaha untuk mencapai visi tersebut.
  6. Laksanakan! Laksanakan! Laksanakan! Dan terus melaksanakan dengan kualiti yang tinggi sehingga semua halangan dapat anda tundukkan.
Bacaan selanjutnya: Pembelajaran 6 Langkah Ke Arah Kepimpinan Hebat Daripada Steve Jobs

Sedikit sebanyak tentang Steve Jobs

Dilahirkan dalam keluarga Syria, bapa dan ibu sebenarnya adalah Abdulafattah Jandali dan Joanne Schieble. Namun beliau dibesarkan oleh keluarga angkatnya, Paul dan Clara Jobs. Ibu bapa angkat Jobs berjanji kepada orang tuanya bahawa beliau akan disekolahkan sehingga ke kolej. Jobs memasuki Kolej Reed tetapi berhenti selepas hanya satu semester.

Walaupun tercicir dari sekolah, beliau terus mengikuti kelas-kelas yang disukainya. Beliau bekerja sebentar dengan syarikat Hewlett-Packard di mana beliau  bertemu dengan Steve Wozniak, yang kemudiannya menjadi rakan pengasas Apple bersama dengannya. Selepas itu, beliau bekerja dengan Atari untuk menyimpan wang kerana beliau ingin pergi ke India untuk “mencari diri”.

Jobs mengembara ke India dan menjadi penganut agama Buddha. Beliau kembali ke tanahairnya dengan kepalanya tercukur dan memakai pakaian tradisi India. Jobs memulakan perjalanan tersebut untuk “mengubah dunia” namun beliau tidak tahu bagaimana.

Sewaktu di India, beliau menyedari bahawa “mungkin sumbangan Thomas Edison kepada dunia adalah jauh lebih besar jika dibandingkan dengan Karl Marx dan Neem Karolie Baba.” Perjalanan Jobs ke India meyakinkannya bahawa tujuan hidupnya di muka bumi adalah untuk “meninggalkan impak di alam semesta” melalui inovasi seperti model teladannya Edison.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Putting A Dent In The Universe.

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

syarikat, bertanggungjawab

Apa yang Memotivasi Syarikat untuk Bertindak Secara Bertanggungjawab

Oleh N. Craig Smith dan Markus Scholz. Meneroka bagaimana kepimpinan beretika membimbing keputusan perniagaan semasa COVID-19, dengan menekankan nilai, suara, dan visi di tengah-tengah cabaran global.

Nov 27, 2024 5 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest