Media Sosial: 4 Sebab Anda Gagal Dapat Kerja

Oct 23, 2017 1 Minit
gambar media sosial, pohon icon media sosial
Berhati-hati Bila Menggunakan Media Sosial

SEORANG rakan saya kini sedang sibuk dengan projek ‘mencuci’ bersih laman media sosial, khususnya Facebook dan Twitter peribadinya, dengan begitu dedikasi sekali.

Dia kini sedar media sosial bukan tempat yang sesuai untuk meluahkan apa sahaja di hati, tidak kira apa jenis luahan sekalipun. Ini termasuklah apa sahaja yang melibatkan rasa tidak puas hati, kecaman yang melampau, makian dan yang sewaktu dengannya.

Beberapa minggu yang lalu, dia yang amat berkelayakan, berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas gagal mendapatkan pekerjaan setelah beberapa kali melalui temu duga fasa terakhir.

Lebih lima bulan kontraknya tamat sebagai pengurus besar jualan dengan syarikat teknologi maklumat antarabangsa, dia amat gigih untuk mencari pekerjaan yang sesuai. Menurutnya, dengan kelebihan dan pengalaman yang dimilikinya, sepatutnya tidak terlalu sukar untuk menemui majikan baharu.

Dia merungut, setiap kali selesai temu duga terakhir bersama-sama dengan ketua eksekutif dan ketua sumber manusia di mana-mana syarikat, hampir pasti dia akan mendapat berita tentang kegagalan walaupun dia memang yakin dengan diri sendiri dan jawapan yang diberi ketika sesi temu duga berlangsung. Pakaian dan penampilan diri yang terbaik juga amat dititikberatkannya. Jadi, dia hairan apa lagi yang tidak kena.

Media sosial. Ini sebenarnya masalah kawan saya yang baru dia sedar. Terdapat beribu-ribu lagi individu di luar sana terutamanya di Malaysia yang mempunyai masalah yang sama. Kenapa media sosial menjadi penghalang kepada mereka dalam mendapatkan pekerjaan idaman mereka?

Sekiranya anda salah seorang yang aktif dalam mencari pekerjaan masa zaman ini, anda perlu tahu para majikan pasti akan membelek secara diam-diam aktiviti media sosial anda.

Mereka perlu tahu siapa anda sebenarnya di luar waktu pejabat, sama ada anda adalah seorang yang baik atau tidak, boleh dipercayai atau tidak, dihormati ataupun tidak, cepat marah dan melatah ataupun tidak, dan pelbagai lagi.

Jom lihat empat sebab utama kenapa media sosial menjadi penghalang utama anda untuk mendapatkan pekerjaan idaman anda.

Selalu mengadu, marah-marah dan menghentam orang lain

Sekiranya bakal majikan melihat Facebook anda, pertama sekali mereka akan memantau sama ada anda seorang yang kuat mengadu ataupun tidak. Dengan berpandukan status dan komen yang anda muat naik di media sosial, mereka akan sedar yang anda belum lagi matang walaupun sudah berumur 45 tahun.

Matang dalam erti kata sebenarnya ialah tahap kawalan diri ketika marah atau tidak puashati anda terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Reaksi anda di media sosial akan dapat dilihat secara terang-terang oleh sesiapa sahaja.

Walaupun anda berkelayakan untuk menjawat sesuatu pangkat di syarikat mereka, mereka tetap tidak akan memilih anda jika anda selalu mengadu dan asyik menghentam orang lain sahaja. Ini kerana anda berpotensi untuk berbuat demikian kepada syarikat mereka sekiranya anda tidak berpuas hati tentang sesuatu.

Selalu bersedih dan kecewa

Dalam hati ada taman. Golongan ini selalu menceritakan tentang nasib mereka, bersedih dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Jika anda termasuk dalam golongan ini, maka dengan sendirinya anda juga bakal menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. Anda seorang yang terlalu dekat dan mudah sekali untuk berputus asa. Jadi, bagaimana sekiranya terdapat masalah-masalah pejabat yang perlu anda selesaikan nanti. Mereka tidak perlukan anda yang sebegini negatif, tetapi seorang yang gigih dan mempunyai semangat yang tinggi untuk mengatasi apa jua masalah yang mendatang.

Perkauman

Ini satu lagi kelemahan yang terang-terang terdapat di media sosial, yang biasanya akan dapat dilihat oleh para majikan. Apa yang mereka perlu buat ialah dengan menaip nama anda di enjin pencarian seperti Google. Itu sahaja. Pasti akan keluar semua rahsia anda melalui status-status dan komen-komen perkauman yang anda pernah tulis.

Aktiviti yang salah di sisi moral atau undang-undang

Memuat naik gambar-gambar atau video yang berbentuk peribadi seperti pesta muda-mudi, kelab-kelab malam, bergambar ketika memegang gelas air syaitan dan berpeluk-pelukan di antara bukan muhrim juga memainkan peranan penting dalam pencarian pekerjaan anda suatu hari nanti. Ini semua akan dapat dilihat oleh sesiapa sahaja termasuklah bakal majikan anda.

Akhir kata

Apa pun yang anda lakukan di media sosial, janganlah terlalu ingin menjadi ‘anda’ sangat. Setiap apa yang anda tulis di internet, ia akan berada di sana buat selama-lamanya. Jadi, berhati-hati.

 

Azleen Abdul Rahim dikenali sebagai blogger dan pakar strategi pemasaran. Mantra peribadinya adalah memperkasakan individu dan jenama untuk membentuk strategi pemasaran digital dan melaksanakannya sendiri. Untuk menghubunginya, sila hantar e-mel ke editor@leaderonomics.com
Artikel ini diterbitkan buat kali pertama di sini.
Artikel ini adalah pendapat penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak Leaderonomics.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Sumber Manusia

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Bekerja dari rumah

Menetapkan Semula Rutin Kerja-dari-Rumah Anda

Oleh Juliet Funt. Hayati realiti kerja dari rumah baharu dan pelajari cara mengharungi cabaran, menetapkan rutin yang berkesan dan memupuk kerja berpasukan sambil melakukan kekal produktif dan seimbang.

Aug 20, 2023 7 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVanMalaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest