Mengkaji Potensi Pertumbuhan Perniagaan di Asia

Oct 17, 2017 4 Minit
pemimpin bercakap, perniagaan, perkembangan

Ketika Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Kumpulan REA bagi Singapura dan Malaysia, Haresh Khoobchandani, mengambil tempat di pentas, dia menekankan bahawa potensi bagi pertumbuhan perniagaan di rantau ini adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Di hadapan sekumpulan pemimpin perniagaan muda yang bersemangat tinggi di AmBank BizCONFERENCE di Johor, dia berkata “Selamat datang ke zaman gangguan.”

‘Gangguan’ mungkin perkataan yang menakutkan dalam perbendaharaan kata seorang pemimpin perniagaan, tetapi Haresh dengan pantas mengatakan bahawa ia sebenarnya adalah kunci kepada pertumbuhan pesat yang akan berlaku dalam pasaran Asia.

Mengapa pertumbuhan perniagaan di Asia?

Dalam erti kata yang mudah, ini adalah kerana 88% daripada bakal satu bilion golongan kelas pertengahan akan berasal dari Asia. Ini bermakna dua pertiga daripada kesemua orang kelas pertengahan di dunia akan bertapak di benua ini.

Sejajar dengan proses globalisasi yang berterusan, syarikat-syarikat mencipta semula cara-cara mereka mempromosi dan menjual produk-produk, dan ini bakal menjadikan Asia sebagai pasaran terbesar mereka.

Organisasi-organisasi terbesar dunia yang berpusat di Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah dan Timur Tengah, telah pun meramal perubahan ini dan membuat perancangan lebih awal. Bagi mereka yang membuka perniagaan di Asia, terutamanya syarikat-syarikat tempatan, mereka dapat menjangka pulangan yang memberangsangkan.

“Dunia kini semakin pantas berubah berbanding masa lain dalam sejarah manusia,” kata Haresh kepada peserta persidangan.

“Ramai berfikiran bahawa perubahan hanyalah sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang kita patut takuti. Pemikiran sebegini memang jauh dari betul kerana saya percaya inilah masa terbaik untuk membina perniagaan di Asia Tenggara.”

Kebangkitan golongan milenial, sebagai pekerja dan juga pengguna, serta pertambahan pemimpin wanita, bermakna pertumbuhan bukan lagi hanya datang daripada homogeni.

Pemilik perniagaan kini perlu menggunakan kesempatan untuk lebih mengenali sifat dan tingkah laku demografi yang berbeza dan kepelbagaian inilah yang akan menjadi tajuk hangat  di masa akan datang.

“Kita selalu dengar bahawa pekerja adalah aset kita yang paling penting,” kata Haresh.

Sebenarnya, pekerja lebih cepat menyesuaikan diri berbanding perniagaan itu sendiri. Kegagalan mengenal pasti keadaan inilah yang akan membawa kemusnahan kepada syarikat-syarikat besar di dunia.

Adalah dijangkakan bahawa syarikat-syarikat yang disenaraikan sebagai 500 terbaik di dunia, kebanyakannya mempunyai jangka hayat sepanjang 15 tahun sahaja.

Dari aspek yang lain, dalam masa 10 tahun dari sekarang, 75% adalah syarikat-syarikat yang belum beroperasi lagi pada 2017, berpandukan kajian oleh EY. Potensinya tetap ada, cuma persoalannya sekarang siapa yang boleh menyesuaikan diri kepada inovasi.

Mempromosi dalam negara

Inilah sebab mengapa AmBank memilih untuk mengumumkan siri ceramah percuma termasuk acara-acara menarik bagi membantu pemilik dan pemimpin perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memahami dan memanfaatkan potensi yang kini terdapat di hujung jari.

Bagi AmBank BizCONFERENCE kedua di Johor yang dihadiri oleh beratus-ratus peserta, Haresh ditemani lima penceramah lain termasuk Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan AmBank, Chris Yap; KPE Leaderonomics, Roshan Thiran; KPE Leaderonomics Good Monday, Joseph Tan; dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Valiram, Sharan Valiram.

Kumpulan Valiran milik Sharan adalah contoh terbaik syarikat yang terpaksa berubah mengikut masa untuk kekal relevan. Ia ditubuhkan pada tahun 1935 oleh datuk Sharan sebagai pembuat tekstil, sebelum Sharan dan adik-beradiknya menukar hala tuju perniagaan ke bidang peruncitan.

Pada asalnya, Kumpulan ini mengkhusus kepada jualan runcit di lapangan terbang di mana kedai-kedai kecil menjual bahan mentah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang. Kini, terdapat 350 kedai yang mewakili lebih daripada 200 jenama.

Langkah menukar hala tuju perniagaan sebuah perniagaan yang telah mantap adalah pertaruhan yang besar tetapi ia jelas memberi pulangan akhirnya.

Sharan mengaku bahawa tindakan mengambil risiko sedemikian bukanlah untuk mereka yang lemah semangat.

“Pada mulanya, kami tidak tahu langsung bagaimana beroperasi dalam ruang peruncitan,” kata Sharan.

Mengenang kembali masa lalu, saya menyesali beberapa keputusan yang telah saya buat. Tetapi itu adalah proses pembelajaran dan kegagalan masa lampau itulah yang membentuk siapa kami sebagai pemimpin dan sebagai Kumpulan hari ini.

Belajar daripada yang terbaik

Visi utama AmBank mengadakan acara-acara sebegini adalah supaya para perserta dapat belajar bagaimana KPE tempatan dan pemimpin perniagaan memantapkan perniagaan mereka.

Pemimpin-pemimpin ini dibantu untuk memahami kejayaan dan kegagalan yang dilalui oleh Haresh, Sharan dan ramai lagi, ditambah dengan pembinaan keupayaan dalaman oleh ‘guru budaya’ Roshan Thiran dan Joseph Tan, akan memberi pemilik perniagaan di Johor dan seluruh negara platform terbaik untuk berkembang.

Acara-acara lain dalam siri AmBank BizCONFERENCE di Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching juga ditunjangi pakar perniagaan yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang serupa.

Para penceramah seperti Goh Ai Ching dari Piktochart dan Charles Liew dari SHiNE Pharmacy, serta Vivy Yusof dari FashionValet dan Dato Patrick Liew dari iCube Innovation telah menunjukkan yang syarikat-syarikat Malaysia juga berupaya mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat dunia.

AmBank percaya terdapat ramai lagi bakat terpendam yang akan ditemukan melalui sesi berkongsi pengalaman seperti ini ke seluruh negara.

Dengan itu, Chris menutup sesi di Johor dengan mengumumkan pelancaran AmBank BizRACE, pertandingan sekali seumur hidup khas untuk PKS di Malaysia memenangi hadiah dan pengalaman eksklusif.

Terbuka secara percuma kepada semua KPE dan pemimpin perniagaan di Malaysia, pertandingan ini menjanjikan hadiah yang menarik dan program perkembangan bagi membantu syarikat-syarikat maju ke peringkat seterusnya.

Pertandingan ini menawarkan hadiah bernilai lebih daripada RM2 juta untuk diberi kepada PKS yang mempunyai potensi terbaik untuk berkembang di peringkat antarabangsa. Barisan hakim yang dikagumi akan memilih dengan teliti calon terbaik di setiap peringkat pertandingan.

Bersandarkan kepada pandangan Haresh bahawa Asia Tenggara bakal menjadi pusat perkembangan perniagaan dunia, inilah masa terbaik untuk AmBank melancarkan inisiatif ini bagi memberi syarikat-syarikat Malaysia platform untuk berkembang ke seluruh dunia.

 

Siri AmBank BizCONFERENCE akan berakhir di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 1 November. Permohonan untuk AmBank BizRACE akan tutup pada 15 November. Untuk menyertai persidangan ini dan mengorak langkah dalam kembara ini, layari  ambankbizclub.com. Untuk menyertai AmBank BizRACE, kunjungi ambankbizclub.com/register.Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Dissecting The Potential For Growth In Asia.

 

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

10 Cara untuk Meningkatkan Kepimpinan Anda

Oleh Rebecca Houghton. Ruang terbesar yang gagal oleh program kepimpinan ialah pengurusan pertengahan. Kami memerlukan B-Suite lebih daripada yang pernah kami miliki tetapi mereka tidak mempunyai banyak kejayaan baru-baru ini. Tanpa sebarang sokongan, B-Suite mengalami keletihan dan hasilnya adalah jurang yang semakin melebar antara C-Suite dan B-Suite.

Jun 27, 2023 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Akui Kesilapan Di Tempat Kerja: 10 Cara Terbaik

Kita tidak boleh lari dari kesilapan. Biarpun naluri kita akan lazimnya mempertahankan diri tetapi sekiranya kita bersalah, akuilah kesilapan itu. Tontoni video TOP 10 untuk belajar cara-cara mengakui kesilapan di tempat kerja.

Aug 09, 2017 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest