Adakah kita melihat seorang memimpin itu dari segi karisma seseorang, ataupun seseorang yang berpandangan jauh? Semangat yang tak mudah padam atau seorang yang berterus terang. Mungkin juga seseorang yang mempunyai ilham yang tinggi?
Bukan itu saja, sifat kepimpinan juga harus dipratikan pada masa yang tepat. Memimpin bukan saja memberitahu tapi melaksanakan tanggungjawab bersama dengan kumpulan. Menurut pendapat anda, bagaimana seseorang harus memimpin?
Seorang yang sentiasa mendengar atau pandai berbicara?
Seorang yang melihat pada gambaran terperinci atau pada gambaran yang besar?
Seorang yang berlembut ataupun bertegas?
Seorang yang mempunyai kuasa ataupun mempunyai pengaruh yang besar?
Atau seorang yang mempunyai kemampuan untuk mengajar ataupun belajar?
Jadi, mana satu jawapan yang betul? Ironinya, jawapan yang betul adalah kesemuanya sekali.
Menurut buku The Art of War, Sun Zhu berkata, kemurahan hati dan moral yang tinggi mungkin dapat dipratikan ketika memerintah sesebuah negara tetapi tidak dapat dipratikan ketika mentadbir seangkatan tentera.
Ini berarti, kepimpinan dilakukan mengikut:
Konteks
Keadaan
Selain itu, kepimpinan merangkumi 5E iaitu:
Energy – Tenaga
Energize – Memberi tenaga
Edge – Memberi kelebihan
Execution – Melaksanakan tanggungjawab
Extreme – Ekstrem
Seperti kata Simon Sinek:
Ada dua cara untuk mempengaruhi sikap individu: anda boleh memanipulasikanya atau anda boleh memberi pengaruh.
Seperti apa yang dilakukan David Moyes, beliau berkata tiada sebarang formula dalam kepimpinan. Kepimpinan boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Contohnya, beliau membuat keputusan dengan menggunakan dua cara iaitu mengikut data dan juga mengikut gerak hati.
Tambahan, kepimpinan juga dilakukan mengikut tindak balas kita ketika sesebuah keputusan perlu dilakukan. Pemimpin juga harus melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama untuk kumpulan atau organisasi.
Oleh Kiran Tuljaram. Daripada memupuk perhubungan yang berkembang maju kepada memanfaatkan kuasa penambahbaikan tambahan, dapatkan wawasan yang tidak ternilai yang boleh digunakan dalam konteks peribadi, profesional dan masyarakat.
Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.
Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran berkata setiap orang mesti berani gagal dan belajar daripada kegagalan untuk terus maju dalam kembara kehidupan. Kejayaan pasti dalam tangan kelak.