Kegagalan Asas Kejayaan

Dec 12, 2019 • 3 Minit
pandangan, tangan sebagai tanda kejayaan

Mengikut pengalaman hidup saya, saya telah melalui banyak kegagalan dalam kehidupan walaupun kegagalan itu hanyalah perkara yang kecil tetapi ia boleh memberi kesan kepada seseorang individu kesan yang besar.

Sebahagian orang, kegagalan boleh membuat seseorang individu trauma sehingga mereka menjadi takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau membuat salah, kerana takut akan di hakimi oleh orang di sekeliling.

Oleh sebab itu, ramai diantara kita yang mengalami tekanan jiwa dan depresi yang teruk sehingga ada di antara kita putus asa. Sebenarnya, ramai yang mengganggap kegagalan ini adalah jalan yang terakhir dan tidak boleh di ubah.

Jika kita melihat kembali perjalanan cerita tokoh-tokoh yang terkenal dan ternama hari ini pasti anda semua akan kagum membacanya.

Tiga tokoh-tokoh ternama di dunia

Siapa yang tidak mengenali Micheal Jordan, pemain bola keranjang terhebat di dunia. Jika kerana kegagalan yang pernah beliau alami, dibuang oleh pasukan senior sekolah beliau tidak berada di tempatnya sekarang. Dari kegagalan itu, Micheal Jordan bangkit, terus berusaha dan buktikan bahawa beliau mampu menjadi berjaya.

“Usaha tangga kejayaan” tanpa usaha kita tidak akan mencapai kejayaan contohnya, Abraham Lincoln lahir dalam keluarga yang miskin dan yang pastinya beliau mengalami pelbagai kekecewaan dan tekanan hidup namun, beliau bukanlah seorang yang cepat berputus asa. Sepanjang kegagalan beliau, beliau belajar dari kesilapan sehingga pada suatu masa beliau menjadi president yang terunggul di Amerika Syarikat.

Berkaitan Terlalu Takut Dan Risau Sehingga Mengganggu Fikiran

Tetapi sebagai manusia yang lahirnya sentiasa mahu yang sempurna, kita menjadi takut untuk melakukan kesalahan. Kita selalu menekankan di dalam diri kita bahawa cubaan pertama haruslah sentiasa berjaya tetapi kita tidak sedar kegagalan sebenarnya mematangkan kita.

Menjadi pemimpin yang berjaya, kita haruslah berani mengambil risiko untuk membentuk diri supaya ada kemajuan dan menjadi seorang yang berinovasi.

Begitu juga, di setiap organisasi pemimpin harus memberi peluang kepada pekerja untuk melakukan tanggungjawab dengan melakukan kesalahan. Dari sahaja kita dapat membentuk diri kita untuk menjadi lebih baik. Melakukan kesalahan membuat kita sedar dimana kelemahan kita, dan dimana seharusnya kita betulkan.

Berkaitan Mengotori Tangan Anda

Pencipta mentol elektrik, Thomas Edison telah gagal hampir sebanyak 10,000 eksperimen sebelum terciptanya mentol elektrik yang sempurna. Namun, beliau tidak melihat kegagalannya sebagai pengakhiranya tetapi beliau menjadikan ia sebagai cara-cara penciptaan lampu yang tidak berjaya.

Tokoh-tokoh yang berjaya banyak mengajar kita bagaimana memandang kesilapan sebagai kekuatan untuk kita bangkit. Di mana kita juga harus belajar mempunyai semangat dan keyakinan diri seperti mereka.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Alt

Adakah Anda Seorang Pemimpin Hebat? Tanyakan Diri Anda Satu Soalan Ini

Oleh Chester Elton dan Dave Ulrich. Apabila ditanya, “Apakah penilaian paling asas untuk menentukan seorang pemimpin yang berkesan?” kami tidak merujuk kepada penilaian 360 darjah, kajian, atau rangka kerja. Sebaliknya, kami mengajukan satu soalan yang mudah.

Mar 30, 2026 • 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 • 10 Min Podcast

Alt

Wong Xiao Qing | Perkara Asas daripada Profesional

Wong Xiao Qing ialah Pengarah Sumber Manusia di Western Digital, dengan rekod yang terbukti dalam memimpin perubahan di industri penerbangan dan minyak serta gas, serta dalam persekitaran korporat serantau.

May 18, 2025 • 6 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest